mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label olahraga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label olahraga. Papar semua catatan

Rabu, 10 Februari 2010

Video-video Olahraga Zon Skudai 2010



Video ni merupakan video yang si shahir ambik semalam semasa dia dok jaga tengok peserta lari. Hebat tul.

Sambil bertugas pun boleh ambik bideo ka..
Alaa.. Aku tangkap peserta kelapan. Tu dah acara akhir.. mana ada peserta kelapan.. Paling tinggi enam jer..

Patut la tengok dia enjoy jer merakam guna videocam paling canggih, yakni henpon dia. Tahniah kepada encik shahir.. Korang leh nengok lagi bideo-bideo dia kat youtube dengan men'search' di bawah user aslindskodeng.. (ish..ish..ish.. no komen, walaupun terasa nak komen)



Selasa, 9 Februari 2010

Seharian di Stadium Larkin

©2010mknaceunlimitedHari ni seharian la aku kat Stadium Hassan Yunus ni. Stadium lebih senang kami panggil Stadium Larkin jer.. Sebut Stadium Hassan Yunus kena pikir dua tiga kali la jugak.. Kesahnya ada Kejohanan Olahraga Zon Skudai kat sini pagi ni.

Pagi ni aku kena in-charge bebudak quartermaster ni. Bebudak pengakap sekolah aku la. Pukul 7.20 kena merentas Angsana, memang haru la jawabnya. Dan memang, pagi ni jem memang giler babas sekali. Tensen beb.. Alhamdulillah.. berkat potong jalan dalam beberapa kali berjaya gak kami sampai sana lam kul 8.45 pagi. Semua sekali lak tu.

Sekali tengok, si Shahir ada kat sana, si Sajuli tu ada kat tangga sinun. Habih la bilik-bilik khas berkait ICT sekolah aku hari ni, tutup rapat la jawabnya. Semuanya pakat kuar khusus untuk olahraga zon skudai ni nampaknya.

::Klik untuk cerita penuh::


©2010mknaceunlimited
Bebudak QM aku.. dah macam dugong jumpa pantai gamaknya. Troli pun pakat jakun nak naik reramai.. Sian tul aku nengokkan. Ada jugak yang kena sedas dua ngan aku ni..

©2010mknaceunlimited
Aku??! Pun cam dugong jumpa bendela jugak ka hahahaha.. asik orang len jer posing, aku pun nak gak.. ni kamera kedua aku yang disnap oleh hazim..tq tq

©2010mknaceunlimited
Snap sendiri maaa... kalau aku bawak ultra mesti lagi besh ni.. hehehe.. bersama atlit sementara tunggu acara petang.. Tu apasai buat peace depan cikgu, dah cam kena jolok idung pun ada.. hahahaha

©2010mknaceunlimited
Dapat la 3 gangsa.. semua acara berpasukan.. jadi la..

Gambar-gambar penuh acara akan dimasukkan kelak. La ni tak larat lagi la gamaknya...

Isnin, 8 Februari 2010

Preparation for tomorrow...

©2010mknaceunlimitedEsok ada kejohanan olahraga zon skudai. Tahun ni diaorang buat kat Stadium Larkin sana tu. Tadi pun cikgu Usop dah cakap esok aku pun terlibat gak kat stadium. Sekolah kitaorang incharge quartermaster sebenarnya..

So, tadi aku dah borak-borak la pasal esok. Iqa akan gi sekolah agama ngan ustazah noriah. Pastu balik ucu dia amikkan. Settle kot pasal iqa. InsyaAllah. Tu pun tadi taknak gi ngan orang lain. Nak aku jugak. Camner la kalau aku asik kuar jer nanti ni.

Balik jer terus charge bateri kamera. Esok aku akan bawak dua kamera dengan 1 flash. Semestinya D70s akan aku pakai ngan tele 70-300mm, D60 aku letak 18-70mm. Flash pun aku akan pakai dengan D60 ni. Bateri grip dedua aku tak bawak, aku bawak bateri spare jer. Bateri AA cam biasa bawak 2 set jugak. Muat-muat lam beg lowepro 4AW aku ni. Harap-harap semua berjalan ngan baik esok. InsyaAllah..

::Klik untuk cerita penuh::


©2010mknaceunlimited
Mulanya nak amk pakai SE7501 aku jer, sekali bengong la pulak. Nak tak nak terpaksa panjat kerusi guna aku nyer 70-300mm.. Tu pun out focus.. Tempat kosong tu memang D70 aku yang punya.

©2010mknaceunlimited
Settle semua.. harap-harap semua berjalan lancar esok..

©2010mknaceunlimited
Stadium Larkin.. here I come...