mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label karnival ICT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label karnival ICT. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Mei 2011

Alhamdulillah

Klik untuk gambar yang lebih besar
Bergambar bersama Galaxy Tab yang digunakan semasa pelancaran ituhari...
Selesai jugak akhirnya acara terbesar untuk Unit ICT tahun ni. Karnival ICT + Pelancaran Semarak Mahkota Pendidikan. Jadi gilang gemilang disebabkan ianya dirasmikan oleh TMJ sendiri.

Penat memang penat la. Habis ja majlis, tersandar lega kat kerusi tu. Tapi kelmarin dan semalam; aku dah mula sibuk balik. Data EMiS banyak lagi nak kena betulkan. 16 Mei ni kewangan dah nak tarik data tu. Bahaya kalau salah ni. Hmm... tak abis abis ngan sibuk aku ni.

Klik sini untuk lihat foto karnival ict
Klik sini untuk lihat foto Semarak Mahkota Pendidikan

ps : aku memang tak snap walau sekepin pun picas picas ni.. aku kutip dari sesapa ja yang lalu sebelah aku. TQ pada yang sudi kasi kat aku tu. Dari 1000++ aku dah pilih <200 untuk dimasukkan lam FB PPDJB.
Enjoice...Sharing is power!!!

Isnin, 1 Jun 2009

Karnival ICT 2009 - Penutup

PhotobucketHari ni merupakan hari kedua merangkap hari terakhir Karnival ICT di SK & SMK Tanjung Adang ni. Cam biasa pepagi lagi dah kuar merempit lagi. Tapi kali ni bawak slow, tak macam semalam. Sesampai jer nengok keter dah banyak. Mesti pasal seminar yang dijalankan pagi ni.

Memula terus cari parking dulu. Tak la susah sangat pasal aku bawak motor jer. Parking bebetul depan pagar sekolah menengah. Orang memang dah ramai mendaftar. Ambik beberapa keping gambar dan mula la merayap ke belakang. Nak ambik gambo bebudak pendaftaran ni susah tul. Suruh posing sikit asik pusing muka ke lain jer. Entah la..

Photobucket Photobucket

Pastu naik pulak ke dewan. Setting lebih kurang. Tak lama pastu si Hakim lak datang. Aku suruh jer dia cover kat atas sebab aku nak gi amik gambo pertandingan pasang komputer. Lam masa aku dok amik gambo ni terperasan lak sorang mamat ni masuk ngan kamera. Tengok model jer aku dah suspect wartawan. Dengor shutter jer pun dah tau. Tegur, rupanya dari berita harian. Aku cakap sekali kat atas ada seminar pastu ada majlis penutup.

Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket
PhotobucketDah settle semua baru si Hakim datang.
Ko dah lambat la
Ye ker, semua dah habis ker.
Ye ler, ko nak baper taun diaorang pasang pc. Bebudak tadi pasang 2 minit jer
Huih.. bior betui
Aku nak bohong wat per
Ni nak gi mana ni
Makan la
Makan kat mana
Memaner la

Terus kitaorang turun ke padang. Carik la apa yang ada. Last-last dedua amik nasik goreng kampung sama hot dog, air mocha.. Belasah jer makan sebelah kantin tu. Selesai makan pergi ke SK lak. Sekali aku terperasan la pulak ada pertandingan kat makmal. Alamak.. terus aku buka brosur. Betul la.. aku terlupa masih ada pertandingan kuiz komputer. Terus aku lari masuk ke makmal. Apa-apa la. Last kopek ka apa ka, janji ada. Nasib aku memang baik..

Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket

Dah settle kat sini baru kitaorang pergi semula ke dewan. Apasal lak skrin kat depan ni kuning lak ni. Aku wat selamba badak jer naik ke atas pentas gerakkan jari kat touchpad dia. Turun ke bawah nengok skrin.. Aik masih kuning. Baru nak naik balik, Is tepon. Ada masalah la. La.. patut ler.. Letak kamera. Terus naik ke atas. Sesatu kabel aku check. Sekali power kabel yang tak nyala. Tukar ajer la ke plug lain. Sib baik. Settle. Takde sapa perasan lak tu. Kes naya tul la.

Photobucket Photobucket
Photobucket

Pastu si Hunaidi lak sampai. Apa lagi minta copy gambo kat Hari Guru dulu. Pastu aku copykan lak movie wolverine ke laptop tu. Sempat layan jap sebelum majlis penutup. Majlis penutup berjalan lancar. Alhamdulillah.

Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket

Penyampaian cenderahati kepada penceramah dan hadiah kepada pemenang

Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket

Lepas jer majlis penutup, terus aku turun ke bawah. Siap berkemas dah ni. Pasal Iqa dok sibuk ajak pergi Jom Heboh sana.Sekali Pn. Suzy lak mintak tolong aku amikkan gambo press conference. Takpe lah.. Layan la kejap.

Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket

Rupanya bukan kejap. Aku lak yang terikut sampai ke lawatan ke booth-booth. Layan jer ler. Dah abis sumer, baru aku berkemas balik. Copykan dulu ke laptop Is baru balik..

Photobucket Photobucket
Photobucket

And now..
Off I go to ..
ummpph ..
hmmm ..
maybe ..
Jom Heboh!!
Kot?!?

Slideshow





Anjuran bersama:
Photobucket

Ahad, 31 Mei 2009

Karnival ICT 2009 - Perasmian

PhotobucketPagi ni bermulalah Karnival ICT zon Nusajaya bertempat di SK dan SMK Tanjung Adang. Sepatutnya pagi ni aku kena cover kat Dewan MBJBT, tapi lepas perbincangan dengan rengrakan; Hunaidi akan topup kat Dewan MBJBT sementara aku dan Hakim topup kat Tanjung Adang.

Pepagi lagi aku dah sampai. Pagi ni merempit jer. Malas nak bawak keter pasal nanti kena bersesak memarking kereta. Tempat ni sempit jer. So, baik aku naik motor jer. Pas beberapa lama dok kat situ, Pn. Suzy dan Iskandar dari UEM pun dah mula kelihatan. Iskandar masih bengkerk nampaknya. Biasala.. Aku kan yang bagi cadangan itu ini untuk perasmian hari ni. Dia yang kena buat.

PhotobucketFoto pertama yang aku ambik adalah briefing hakim. Ada lak En. Kadir selaku ketua hakim. Tanya punya tanya diaorang akan jadi hakim untuk pertandingan modul P&P.

Pastu aku gi lepak-lepak jap kat meja pandaftaran. Lam beberapa minit kemudian Kadir lepak ngan aku pastu ajak cari makan.

Ko dah biasa kan tempat ni.
Boleh la.
Mana kita nak makan.
Ooo.. Kata luar tu jer.

PhotobucketSekali aku tunjuk kat Kadir, terkejut dia. Itu nak bunuh aku ker. Jauh tu. Last-last kuar ngan keter gak. Call En. Saifuddin. Katanya lagi lima minit sampai. Sama la ngan si Hakim. Last-last kitaorang tunggu kat kedai makan jer ler. Sib baik kitaorang pergi dulu, dapat gak makan nasi lemak last kopek. Kadir paling untung pasal dia dapat nasi lemak udang. Memang tinggal satu jer pun, dan aku memang tak makan udang so.. offer kar dia la..

Pas semua dah settle down, dah abis makan, dah abis pow Iskandar. Baru gerak semula ke SK Tanjung Adang. Si Hakim ke SMK Tanjung Adang. Tak sampai lima minit, hujan turun selebat-lebat tidak.. Kisahnya aku akan lepak kat pertandingan modul ajer ler gini.

Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket

Pas dah settle semua, aku jengjalan sekitar SK dulu. Kat sini pameran dari sekolah-sekolah Nusajaya dijalankan. Memang best cuma orang cam tak perasan sangat sebab ada gap yang besar diantara SK dan SMK.

Photobucket Photobucket

Lepas tu baru bergerak merentas padang ke SMK pulak. Kat sini kebanyakan pameran adalah jemputan khas.

Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket

Lam kul satu, aku lepak kat booth TM. Bes gak nengok dia nyer product. Siap register untuk Iqa lagi. Pastu Iskandar datang. Wooi.. Lepak kat sini ker. Ada masalah la kat atas. Masalah dia adalah sound jack laptop ke PA takde. Lepas tengok lebih kurang, kitaorang ambik keputusan untuk beli jer adapter untuk sambung jack sound dari laptop ke PA. Pastu disebabkan kabel audio pendek, kita minta tambah meja baru + keluarkan VGA cable Iskandar yang panjang tu.

So kena la gerak ke pekan Gelang Patah cari adapter. Sib baik kedai tu bukak. Lepas satu masalah.

Perasmian pun berjalan lancar pada sebelah petangnya. Siap YB Aziz Sapian pun turun jugak. So, masa majlis penyampaian hadiah, YB jadi tukang sampainya.

Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket

Lepas dah settle kat atas, upacara lawatan pun berjalan. Habis semua booth diaorang lawat. Cuma masa keluar dari booth robotik aku terkejut gak. Apasal semua dah berkemas nih. Rupanya dah jam 5. Mak aih.. cepatnya masa berjalan..

Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket


Slideshow




Anjuran bersama:
Photobucket