Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Gangguan perkhidmatan Maybank Sabtu & Ahad ini

Gangguan perkhidmatan Maybank Sabtu & Ahad ini

Imej
Gangguan perkhidmatan Maybank Sabtu & Ahad ini. Perkhidmatan Maybank KawanKu ATMs, MEPS, Terminal Layan Diri dan Perbankan Telefon KawanKu mengalami gangguan bermula jam 12 pagi hingga 7 pagi pada Sabtu dan Ahad ini. Ia berikutan kerja penyelenggaraan tahunan sistem Maybank di seluruh rangkaiannya dalam tempoh berkenaan, bagi memastikan kecekapan perkhidmatan bank itu. Turut terjejas, Maybank2u.com, Perkhidmatan Perbankan Mudah Alih Serantau, ATM Maybank KawanKu 24 jam dan Perkhidmatan Kad Debit bermula 3 pagi hingga 7 pagi. Maybank2E, TradeConnex dan Pengurusan Tunai Serantau bermula jam 12 pagi hingga 12 tengahari. Stok Dalam Talian M2U (Dagangan Tempatan) bermula jam 3 pagi hingga 9.30 pagi pada Sabtu dan 2 pagi hingga 7 pagi pada Ahad. Manakala perkhidmatan Stok Dalam Talian M2U (Dagangan Global) bermula jam 4.30 pagi pada Sabtu hingga 7 pagi Ahad. Maybank mengumumkan notis berkenaan menerusi laman webnya hari ini. Bank itu berkata, bagi mengelakkan sebarang kesulitan da