mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label terseliuh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label terseliuh. Papar semua catatan

Sabtu, 6 November 2010

Kesian adik inaz

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tarikh : 5 November 2010
Masa : 10.30 malam
Tempat : Rumah den
Mood : Sedihnya

Sian adik inaz. Tadi masa masuk tandas kat sepital, boleh la pulak terpelecok kaki ke dalam mangkuk tandas tu. Kisahnya dia masuk lam tandas ngan kakak dia. Sekali kakak dia nak kuar, dia malu terus terjah ke pintu. Tak perasan kaki kemana, terus terpelecok lam tu. sib baik leh kuarkan. Tapi ada sikit bengkak dan melecet la. Nangis ja tadi. Aku sapu ubat. Pastu atuk dia pulak sambung urut dan terus balut kaki dia tak nak kasi gerak banyak. Sesekali aku bangun bukak balutan, urut kasi darah lancar balik, baru balut semula. Sian adik.

Klik untuk cerita penuh



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Lepas urut terus tertidur..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sian adik inaz

Enjoice...Sharing is power!!!

Isnin, 25 Januari 2010

Kaki oh kaki, kenapa engkau sakit...

©2010mknaceunlimitedBila keluar jer posting Perlantikan Pengawas tu, maknanya aku selamat la bawak keter sampai ke sekolah. Tapi memang azab la rasanya. Azab.. bila nak menukar dari menekan minyak ke menekan brek. Perghhh.. memang sedap sungguh rasa kaki tu. Tuhan jer yang tau.

Sampai jer sekolah, kononnya nak try jalan dengan elok la. Nak cover la konon kan. Tapi tak boleh. Rasa sangat sakit. Apalagi masa nak panjat tangga tu. Tapi apapun, semua dapat disettlekan, walaupun agak slow.

Pas dah settle semua aku dok kat Pusat Akses jer. Malas nak bergerak banyak. Sekali si Dila cakap dia ada minyak panas kalau nak try pakai. Amik jer la. Banyak gak aku sapu, picit-picit sikit kaki tu. Lama-lama hilang jugak rasa sakit tu. Ingatkan dah bebetul hilang. Masa try turun tangga tu terasa jugak la. Tapi dah kurang sikit. Jalan pun tak dengkot-dengkot sangat dah. Kurang sikit la kan.

©2010mknaceunlimitedPastu aku try la pi kelas. Kuar awai sikit. Pasai kaki ada sikit-sikit rasa sakit. Terutama bila turun naik tangga la. Aku rasa dah makin ok dah. Dah baper kali dah aku tenyeh minyak tu. Ada dah 4 kali aku sapu. Habis satu kaki. Tapi hasil dia leh tahan gak ler. Boleh la aku ngajar sambil diri lam kelas.

Sekali masa nak naik balik ke Pusat Akses lepas dah habis kelas, nampak lak misi-misi dari Jabatan Kesihatan wat yearly checkup. Check gigi. Alamak. Kamera kat atas. Kalau pakai henpon, lama lagi la aku nak transfer. Naik jer ler atas. Tapi kali ni rasa sakit tu macam dah hilang dah. Aku jer ler yang rasa kot. Pasai ada sengal-sengal sikit lagi. Amik kamera, turun balik. Amik gambo, borak-borak ngan nurse tu.

Yang kelako. Bebudak pakat tutup muka.

Malu la cikgu. Nanti glamer satu Malaya. Cikgu mesti taruk lam web sekolah kan.
Bila lagi nak glamerkan.

Lebih kurang amik gambo. Naik atas balik.

©2010mknaceunlimitedKejap jer masa dok kat sekolah hari ni. Tak kira berapa kali aku call rumah tanya perkembangan Iqa. Camner Iqa, camner Inaz. Pastu sekali borak lak ngan Sajuli. Pergi ler balik katanya. Ko dok tepon jer apa ko dapat. Balik, terus bawak gi Klinik. Tu belum ayat Shah lagi tu. Aku pun apa lagi. Tepon mama ajak balik.

Cakap ngan Dila, petang ni kena balik awal pasal nak hantar anak gi klinik, cakap ngan GB; pastu terus punch balik. Amik mama, terus balik. Sampai jer rumah terus bawak bebudak berdua ni gi Klinik.

Sampai jer Nusa Perintis jem giler. Tempat parking penuh. Aku gamble jer parking, turunkan semua. Sekali keter belakang aku kebetulan keluar. Apa lagi. Usha jer belakang. Banyak lak keter. Jangan la korang masuk parking tu. Nasib memang menyebelahi aku. Ngam.. Sikit jer jauhnya dari klinik. Jauh satu lot jer dari klinik.

Settle semua.. Dua-dua dapat MC dua hari. Balik jer terus bagi ubat kat Iqa ngan Inaz. Iqa makan antibiotik jer, pasal tadi dah kena cucuk bontot dia. Panas sangat. Pas settle bagi ubat, terus call sekolah agama dia maklumkan iqa tak gi hari ni ngan esok.

©2010mknaceunlimitedBungkusan ni dari tadi aku letak jer atas meja tu. Ye lah.. Family first kan. Aku pun dah lupa pasal bender ni sampaila mama tanya apakebender tu.

Alah, hadiah pasal abang pakai kepiah.
Membohongla.
Iyer..

Hahahha.. Hadiah ni Kak Zi bagi tadi. Sambil membebel la. Mana taknya. Hadiah tahun lepas. Aku lak jenis tak reti bahasa nak ambik dari dia. Hari Jemaat lepas pun dia cakap terkejar-kejar dia cari aku. Sekali aku dah kuar. Tu yang hangin tu.

So, semua pakat eager nak bukak. Amik jer la. Pi bukak jauh-jauh kat sana. Tuan dia rilek jer. Anak-anak lak yang eager. Kasi can ajer la. Dalam dia ada jajan dua set.. nasib baik. Kalau tak ada yang bergusti. Pastu ada jam. Last sekali ada mug ni la. Terima kasih banyak Kak Zi.

©2010mknaceunlimitedPastu si Iqa lak leh merengek.. Lapo ni.. Nak makan apa. Iqa tak lalu nak makan. Memula aku letak jer bubur yang nenek dia dah masakkan tu. Makan juga dia sikit. Pastu iqa cakap lagi.

Iqa lapar la bah..
Aik.. bukan dah makan bubur ka..
Tak best.. Iqa tak lalu..
Iqa nak makan apa..
Nak Mihun Soto..

Mihun soto lagi.. Memang tadak menu lain la si Iqa ni kan. Layan jer la. Tepon ucu dia suruh beli mihun soto masa dia on the way balik nanti. Ucu beli dua bungkus soto. Mama pun tereager sekali nak makan. Sekali bila tuang... alamak.. apasal soto daging.. hampes tul kedai tu. Ucu pun dah cakap soto ayam. Kan dah tak makan semua orang. Terpaksa la aku habiskan dua bungkus soto tu sengsorang

ps : aku ingatkan kaki aku dah ok, pasal dah leh jalan elok dah; tapi bila nak sujud tadi... Ya Allah.. sakitnya...