Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tadika Kemas Wawasan

Tadika KEMAS Wawasan : Hari Penyampaian Anugerah Kecemerlangan dan Cenderahati

Imej
Tadika KEMAS Wawasan : Hari Penyampaian Anugerah Kecemerlangan dan Cenderahati. Seronok ici. Hari Selasa dah hari last. Ada majlis. Ada persembahan. Ada hadiah. Ici dapat beg dan hadiah sahsiah. Suka tau. Lepas tu ada makan makan. Best!

Tadika KEMAS Wawasan : Lawatan Sambil Belajar @ UK Agro Farm

Imej
Tadika KEMAS Wawasan : Lawatan Sambil Belajar @ UK Agro Farm. Sakan ici hari ni. Dari awal subuh dah petah bercerita benda yang bakal dibuat. Yang lainnya sentiasa diupdate cikgu tadika dia setiap masa. Suka dia masa amik balik tadi. Cerita pasal kambing. Cerita pasal rusa. Best!

Tadika KEMAS Wawasan : Sambutan Hari Kebangsaan 2019

Imej
Tadika KEMAS Wawasan : Sambutan Hari Kebangsaan 2019. Seawal jam 7.30 pagi kami dah sampai di Tadika. Daftar kehadiran dan dapat nombor. 007 tau. Nombor maktab mama dulu ni. Semua murid berkumpul dulu sementara menunggu program bermula. Program dimulakan dengan nyanyian dan upacara menaikkan bendera. Selepas selesai ucapan daripada pengerusi tadika dan perasmi, semua bergerak ke tempat pelepasan. Semua murid akan berlari ditemani penjaga. Ici akan berlari dengan Iqa. Dapat nombor 11 tau. Bukan main-main ni walau iqa cakap banyak kali jatuh masa lari tadi. Hehehe. Selepas makan sarapan yang disediakan semua bergerak pulang.

Tadika Kemas Wawasan : Majlis Yasin dan Tahlil serta Sambutan Hari Guru

Imej
Tadika Kemas Wawasan : Majlis Yasin dan Tahlil serta Sambutan Hari Guru. Pinjam gambo ticer Zaiha ye. Gambo masa majlis dan sambutan. Atuk yang gi untuk majlis ni. Ici ada la terselit sekeping dua gambo. Selamat Hari Guru, Terima Kasih Cikgu!

Tadika Kemas Wawasan : Ici @ Hari Orientasi Murid Baharu 2019

Imej
Tadika Kemas Wawasan : Ici @ Hari Orientasi Murid Baharu 2019. Pagi ni ici gi tadika kemas dengan atuk dan mama. Orientasi ni dari jam 8 sampai 10 pagi. Kisahnya. Dia dok perati mama ngan atuk je. Tak lepas mandang. Berjaya cipta rekod murid pertama nangis lam kelas ni sebelum yang lain mula sambung. Sebab. Mama ngan atuk dia nyorok. Kekeke. Ici. Ici.

Tadika Kemas Wawasan : Pengesahan Pendaftaran dan Pembayaran Yuran 2019

Imej
Tadika Kemas Wawasan : Pengesahan Pendaftaran dan Pembayaran Yuran 2019. Mulanya nak gerak ke SK Nusa Perintis. Tapi pasal dok mikir sini buka seawal jam 8 maka kami ke sini dulu. Dapat nombor satu beb. Kekeke. Jumpa teacher ici. Tahun depan ici masuk kelas 5 tahun. Hari Ahad ni ada kelas suaikenal dari jam 8 hingga 10 pagi. All the best Ici.