mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label mahmoodiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mahmoodiah. Papar semua catatan

Ahad, 19 Disember 2010

Separuh hari ku bertiduran

Klik untuk gambar yang lebih besar
Ingat lagi masa aku dapat ubat ni dulu.. penuh satu plastik nih
Apasal bila aku sakit ja mesti aku kena paksa tidur. Asal sakit, tidur. Asal tidur, penat. Bangun, makan ubat lagi, tidur. Bosan tul. Dari sepenuh tidak plastik nih, sekarang dah tinggal sikit. Yang buat tidur yang kecik kaler kuning tuh jer. Apasal doktor mesti kasi ubat yang membuatkan aku takleh terjaga ja. Tapi yang penting, luka kat kelopak tu cam dah tak sakit sangat dah. Cam dah kering dah. Alhamdulillah. Harap harap tak yah ulang gi spital lagi noo>>>>



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni ajerla benda yang aku kena hadap seharian. Pasal cuti asik belasah ajer la ubat kuning tu. Tu yang asik tidur ja satu hari tuh. Tapi kurang la sikit gatal kat mata nih. Yang penting, bangun mesti lalok seketika. Jalan pun terhoyong hayang...

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Makan nasi penuh lauk la pulak hari ni. Nasi boh sikit ja. Nak kena tukar stail makan la lepas nih..

Enjoice...Sharing is power!!!

Khamis, 16 Disember 2010

Moh ke Spital

Klik untuk gambar yang lebih besar
Ni ler bender yang aku dapat tadi nih masa kat spital kat mahmoodiah tu
Bangun ja pagi tadi, lain macam la pulak aku rasa. Apasal lak nih. Sebelah mata aku cam tak leh bukak nih. Alamek.. Problem nih. Dah tu dah janji la pulak nak buat sistem baru pagi nih. Last last mandi, bersiap dan terus drive ke tempat kije. Tapi memang rasa lain macam betul drive ngan mata kanan separuh ja terbukak.

Masuk opis terus aku mula setelkan sistem semak penempatan nih. Setel enjin ja. Data dari iskandar nanti. dua tiga kali tunjuk kat bos, rasanya dah ngam. Tinggal nak tunggu data ja lagi. Tunggu punya tunggu, aku rasa memang lama lagi nih. Terus mintak permisi nak gi spital. Belasah ajer la. Mata pun dah mula sakit dah nih. Lam 11.30 aku kuar ke spital.

Aku harap memang tak lama la, dan aku dapat apa yang aku nak. 11.55 dah setel pendaftaran, 12.03 dah setel checkup semua, 12.13 setel semua termasuk amik ubat. Pergghhh.. Memang agak mantap jugak sistem baru nombor kat spital nih.. Doktor kata dah nanah dah kat kelopak tu. Makan dulu ubat tu, lam 2 minggu kalau tak surut jugak, kita potong sikit la.. Aiiyaaa!!! Tak nak la sampai cenggitu..

Setel kat situ gi makan dulu. Ingat nak makan kat spital ja tapi lauk tak best la pulak. Makan kat ZZ bawah spital tuh. Balik sambung balik extract data untuk en. Azhar pulak. Ni pasal data jawatan untuk staf yang akan pencen tahun depan. Setel semua. Duk tak duk dah sampai masa balik. Balik ni nak makan ubat yang tahan gatal tuh. Doktor kata better makan lepas balik kerja pasal ubat tu memberi rasa mengantuk yang maha dasyat..

Balik ja nengok banyak betul surat atas printer aku. Akhirnya.. dapat jugak kad ceupac aku.. Kalau dapat semalam.. ada aku gi pakar puteri hari ni.. hmmm.. dah memang dah tertulis gamaknya.. Klik cerita penuh untuk detail>>>


©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ubat untuk mata aku.. Kena titis 2 titis 3 kali sehari.. Mak aiihh!!!

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Yang ni paling ganass.. memang dah tahap melantak ubat dah nih.. Antibiotik. 2 biji sekali makan, 4 kali sehari.. Memang penuh ubat la perut aku lepas nih

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni ubat tahan gatal super tidur punya.. Sila makan semasa berada di rumah sahaja..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Deretan surat yang menanti atas printer di rumahku

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni toksah citer.. memang datang on time ajer..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Yang ditunggu tunggu telah tiba..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Semua nama kasi masuk.. senang

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Satu kad untuk aku, dan satu kad untuk mama

Enjoice...Sharing is power!!!

Rabu, 29 April 2009

Klinik Pesakit Luar Mahmoodiah

Photobucket

Pagi ni macam biasa. Bangun, mandi & siap-siap. Sekali masa ayang nak bangun tu dia terjerit-jerit. Belakang dia sakit balik. Tapi ni teruk lagi ni. Sampai takleh nak gerak ni. Hish.. Ingatkan semalam dah ok sikit lepas abah picit.

So, terus ajak ayang gi spital. Cam biasa taknak pergi, dok kisah nak gi sekolah jer. Gila apa. Dah sampai tahap tak kuasa nak gerak nak gi sekolah lagi. Sudah-sudah la. Jaga diri tu dulu. Aku bab ni aku memang dah tak leh terima dah. Komitmen apa lagi, sampai diri sendiri pun tak terjaga. Sekarang aku dah faham perasaan abah aku dulu pasal komitmen aku yang membabi buta suatu ketika dulu. No such thing as 200% komitmen. Orang gila jer yang bagi komitmen 200%.

So, lepas call guru besar; amik cuti rehat 1 hari, terus aku bawa ayang gi GH. Dia boleh lagi dok borak pasal sekolah ngan aku. Kalau nak ngajar nanti camne. Tak yah banyak la. Nak panjat tangga naik punch cukupla. Tak sampai nyer.

Sampai jer kat depan Skudai Plaza, nampak lak bulan membelakangi Kolej Selatan. Fullauweii.. Cunnya.. Ni jer yang aku leh amik. Sesambil tu sempat ngajo ayang pasal adjust EV untuk amik gambo camni. Hehehe... Terus tak pikir sangat pasal sakit dia dah. Pegang kamere phone sambil dok cuba snap gambo kole selatan tu.

Photobucket

Teruskan perjalanan. Baru terperasan danga bay dah terbarai. Habis diaorang nak luaskan lagi kot kawasan dia. Memula tak perasan. Aku sebenarnya nak amik gambo rumah yang banyak bot tu, tapi ini yang dapat.. hampes.. Best jugak kan layan amik gambo lam jem ni kan..

Photobucket

Sesampai kat spital cam biasa turunkan ayang kat poliklinik. Pastu gi park. Haih.. Apasal kosong jer ni kan.. Sekali ayang call. Bang, kena gi klinik mahmoodiah la. Sudah.. mahmoodiah mana lak ni. Kecoh tul la.

Photobucket

Apa lagi, terus call abah tanya klinik mahmoodiah kat mana
Ala kat atas bukit
Bukit mana lak ni, kuar spital ker tak ni
Camner nak cakap aa, tapi dekat ngan umah mayat
Bah, dekat-dekat wad arwah pak long dulu eekk
Haa.. dekat-dekat situ la, tapi jangan sampai kuar spital tu
Haa.. Apa lagi terus pecut la. Sib aku baik. Jalan punya jalan terus nampak signboard. Sib baik belasah punya belasah kena lak tu.
Aku terus bawak keter sampai depan pintu. Aku sorang jer buat camtu tadi. Abis tu ayang ni mana leh gerak jejauh sangat kan. Sekarang tiba cabaran kedua, acara parking keter. Cari punya cari last last aku kena parking depan wad pompuan sana tu. Jenuh la nak menapak. Dah la tu masa kuar tadi tersenggol tayar kat divider. Sib baik tak pape.

Photobucket

Sekarang aku kena menapak ler pulak ke atas.
Apalagi.. jalan la..

Photobucket

Sekali sampai punya la ramai orang. Mana ayang ni. Aku usya punya usya, dia dah kat depan. Amik nombor. Terus jer aku gi kat dia. Nomor bape.
1105.
Mak aih baru 4 minit buka dah nomor 105.

Photobucket

Bawak ayang ke kaunter B
Kaunter ni baru tempat daftar sebenar
Ayang tunggu jap
Nak kuar yer
Tu mesti nak amik gambo ler tu
Biasa la
Aku amik shot ni dari atas bukit sebelah kubur sana tu

Photobucket

Pastu turun.
Masa nak masuk balik perasan kantin
Beli metro sama karipap sardin 6 ketoi
Nampak barisan tak pendek-pendek
Gila tul la

Photobucket

Sesambil nunggu tu makan karipap sambil baca metro
Nampak budak kecik dok usya jer kat aku
Aku bagi la seketoi karipap kat dia
Sekali nombor budak tu lak yang kuar
Aikk
Biar betoi
Aku yang sampai dulu
Tengok lagi
Nombor 1115
Nombor 1131
Gila apa
Au dah berangin la ni
Apa kejadahnyer ni
Pastu datang lak group Puspatri tak silap aku
Lam 8 orang terus potong jer Q
Hai
Ni dah lebih
Aku gi kaunter 3 tu
Terus jer mulut celupar aku dah menjalankan kewajipan dia
Mana nombor 1105 ni kak
Dah terbang ke dah kena jual ni
Dia kata dah kat kaunter 8 kot
Apa kot-kot ni kak
Baik saya tak yah amik nombor
Aku gi kaunter 8
Mulut aku takleh nak tutup lak
Kesian gak aku nengok kerani tu
Tak pandang langsung muka aku
Ingat kejap ker daftar sampai 1 jam ni
Last-last dapat gak kad ni
Apa kejadahnyer

Photobucket

Pastu gi bilik 19
check lebih kurang, kata bini aku la
main cuit-cuit itu jer
pastu kena suntik sekali
pastu baru gi amik ubat
Sempat lak borak ngan sorang uncle ni
Tapi aku rasa cam familiar lak muka dia
Pas amik ubat balik..

Photobucket

Dah.. takde mood dah nak nulis.
Penat..