Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kuih raya

Back to nature 2015 : Durian? Kuih Raya?

Imej
Back to nature 2015 : Durian? Kuih Raya? Kebetulan, musim buah.

Kuih Raya @Gelang Patah

Imej
Kuih Raya @Gelang Patah. Sedar tak sedar, diam tak diam; hari raya tinggal kurang seminggu ja. Tah kenapa tetiba aku terasa. Harga sekarang memang benar benar meruncing. Kalau dulu aku dapat dua kali ganda barangan berbanding dengan harga yang diletak sekarang. Perghhh... Memang nilai matawang kita makin menurun. Tetambah kami yang tinggal di sempadan selatan. Nilai jual yang sama lebih baik disalur ke negara jiran. Mana taknya kat sini jual RM20 dibanding dengan nilai yang sama SGD20, lebih baik jual ke sana kan. Entah lah. Apa yang kita dapat buat?

Persiapan lebaran

Imej
Persiapan lebaran. 28 Julai ituhari, baru la dapat kami bergerak ke serata tempat untuk melengkapkan persiapan aidilfitri tahun ni. Banyak tempat kami jelajah. Dari bukit indah untuk cari kasut iqa dan adik inaz, sampai la ke ulu pulai cari kuih raya... read on...

Kuih tunjuk Aidilfitri 2011

Imej
Semalam, pakat kuar gi cari kuih raya. Sekadar tunjuk tunjuk aje la ini tahun. Tunjuk tunjuk pun, kena la memilih. Tak nak la pulak beli 5 jenis, tapi rasa 1 jenis ajer kan. Tu pasal kuar sebelah malam. Sebab nak rasa sebelum beli. Target, larkin. Dapat la 5 rm 100. Kalau kat angsana, minggu lepas tanya 4 rm100. Pergghhh... Beli ala ala ada ajer la... Yang paling suka, adik inaz. Dari memula sampai, sampai balik, kerjanya mengunyah kuih ja. Published with Blogger-droid v1.7.4

It's making kuih raya time!!!

Imej
Tarikh : 29 Ogos 2010 Masa : 11.30 pagi Tempat : Kat rumah la Mood : Laaa.. dah nak raya eekks.. Pagi ni aje la tinggal masa yang free lagi. So, takleh buang masa sangat dah. Raya pun dah nak dekat, kuih apa pun tak bikin lagi. Sejak kerja pejabat ni, aku lagi teruk dari dulu. Lagi tak ingat cuti bila. Kalau masa kat sekolah pun dah tak ambik pot, kat pejabat ni lagi la buat tak kisah. So, hari ni kita akan habiskan masa menggentel kuih siput.. Rupa memang la kiut, yang siksanya nak menggentel dia tu. Naik merah ibu jari. Iqa ngan inaz sama naik. Siap berapron tu. Lama-lama diaorang dah tensen. Penat. Makin lama makin buruk. Masa ni baru hero turun. Dah setel. Yang dapat 3 balang beso kuih siput, dan ibu jari memasing yang merah. hehehe... Klik untuk cerita penuh Rajin dedua balqis nih.. yang tak tahan siap berapron tuh. sip baik topi chef tarak Bila dah jadi memang la cun, tapi nak membuatnya.. pergghhh Yang iqa berjaya siapkan Adik pun sama naik