mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Kurasi Kandungan Pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kurasi Kandungan Pendidikan. Papar semua catatan

Isnin, 9 Jun 2014

Pertandingan Blog & Kurasi Kandungan Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2014

Pertandingan Blog & Kurasi Kandungan Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2014


Bermula dari tahun 2008, Pusat ICT UPSI telah menganjurkan  pertandingan educational blogging yang telah menjadi acara tahunan bagi menggalakkan perkembangan blogging di Malaysia dalam konteks pendidikan. Pada tahun ini, Pusat ICT UPSI dengan sukacitanya ingin memaklumkan satu nafas baharu dalam pertandingan ini yang sekarang di jenamakan sebagai EDU2014.

EDU2014 adalah satu platform untuk menggalakkan perkongsian kandungan dan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan. EDU2014 pada tahun ini adalah anjuran bersama UPSI, Digital Malaysia dan Joota.  Secara khusus, ia adalah anjuran Pertandingan Blog dan Kurasi Kandungan Peringkat Kebangsaan. Sila layari http://ict.upsi.edu.my/index.php/edu2014 untuk keterangan lanjut dan pendaftaran.

Dengan penjenamaan baru EDU2014, pertandingan tahun ini akan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu, Kategori Blog dan Kategori Joota Edu(Kurasi Kandungan).  Kami amat berbangga kerana ini adalah kali pertama di Malaysia satu pertandingan Kurasi Kandungan di adakan. Konsep Kurasi kandungan adalah satu konsep yang menjadi topik hangat di Amerika Syarikat dan kita mahu rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam gelombang ini, terutama sekali aplikasinya dalam pendidikan. Untuk maklumat lanjut mengenai Kurasi Kandungan sila ke http://www.joota.com/jootaedu


Tarikh Tutup Pertandingan

Skop Pertandingan

  • Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berdasarkan kategori pertandingan.
  • Blog/ deck yang dipertandingkan perlu mempunyai kandungan berbentuk ilmiah dan berasaskan pendidikan.


Syarat-syarat penyertaan
  1. Blog/laman Joota yang hendak dipertandingkan mestilah boleh dicapai melalui Internet pada bila-bila masa.
  2. Para peserta adalah bebas untuk menggunakan kreativiti sendiri termasuklah mendapatkan khidmat nasihat daripada para pakar di seluruh dunia.
  3. Kandungan dalam blog/laman Joota mestilah bebas daripada malicious code, virus, pornografi, perkauman, kebencian, bahan yang diharamkan, politik atau isi kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia.
  4. Sebarang plagiarism yang terlibat dalam pembangunan blog/laman Joota adalah tanggungjawab peserta.
  5. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap   sebarang pencerobohan intelektual atau hak cipta   sekiranya peserta melanggar peraturan di atas.
  6. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa memberi sebarang sebab.
  7. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
  8. Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya perlu tanpa memaklumkannya kepada para peserta.
  9. Pihak penganjur berhak meminda hadiah kepada nilai yang setara tanpa perlu mendapat persetujuan para peserta.
  10. Pemenang atau wakil dimestikan hadir untuk mengambil hadiah pada hari penyampaian   hadiah, jika tidak secara automatik hadiah tersebut akan dibatalkan.


Kriteria Penilaian

Kandungan
  • Perkongsian ilmu / maklumat mengikut kategori berunsurkan pendidikan
  • Kesahihan maklumat

Rekabentuk
  • Kreatif
  • Penggunaan elemen Multimedia (Video, Animasi, Audio)
  • Interaktif/dinamik
  • Mesra Pengguna
  • Rangkaian Sosial

Nilai Tambah
  • Fungsi/aplikasi tambahan yang berfaedah kepada pengguna.
  • Maklumat tambahan yang berfaedah kepada pengguna
  • Pautan ke laman web yang berkaitan
  • Kolaborasi dengan komuniti
  • Joota adalah platform pengurusan kandungan di dalam Awan Internet. Ia membolehkan pengguna untuk menyusun kandungan, berkongsi dan   membina kumpulan sosial berteraskan pelbagai jenis kandungan dan maklumat.

Hadiah Pertandingan 'Educational Blogging'


Hadiah 'Tablet' dan Sijil Penyertaan disediakan untuk tempat PERTAMA sehingga tempat KETIGA bagi setiap kategori.


Kategori Pertandingan

Kategori : Blog Pendidikan
  1. Sekolah  : blog mestilah mengenai subjek yang diajar atau dipelajari di peringkat sekolah rendah atau menengah
  2. Terbuka  : blog mestilah mempunyai nilai ilmiah yang mengandungi unsur pengajian sepanjang hayat (life-long-learning)
Kategori : Joota Edu
  1. Institusi Pengajian Tinggi : Deck mestilah mengenai subjek yang diajar atau dipelajari di peringkat pengajian tinggi.
  2. Sekolah  : Deck mestilah mengenai subjek yang diajar atau dipelajari di peringkat sekolah rendah atau menengah.

Pertanyaan

Pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh dikemukakan kepada pihak Urusetia Pertandingan Educational Blogging iaitu:-

- Siti Munirah | 015-4811 7556 (8 pagi - 5 petang) | siti.munirah@ict.upsi.edu.my
- Norashikin | 015-4811 7917 (8 pagi - 5 petang) | norashikin@ict.upsi.edu.my

* Sebarang pertanyaan berkaitan Joota, boleh menghubungi pegawai di talian 013 397 9651 atau email: hello@joota.com



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free