Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kementerian Pendidikan kaji guru 40 tahun jalani pemeriksaan kesihatan

Kementerian Pendidikan kaji guru 40 tahun jalani pemeriksaan kesihatan

Imej
Kementerian Pendidikan kaji guru 40 tahun jalani pemeriksaan kesihatan. Kementerian Pendidikan Malaysia mahu guru sekolah yang menjangkau usia 40 tahun menjalani pemeriksaan kesihatan. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, cadangan itu adalah sebahagian daripada usaha bagi memastikan guru yang berkhidmat di bawah kementerian berada dalam keadaan sihat. “Dalam prosedur semasa, guru hanya perlu melakukan pemeriksaan perubatan pada pertama kali dilantik dalam jawatan. Dalam tempoh itu sehingga mereka dinaikkan pangkat, pemeriksaan kesihatan hanya mengikut kesedaran mereka sendiri. “Saya percaya, apa yang kita lakukan adalah satu keperluan kepada guru-guru untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mengikut umur 40 tahun, kerana kebiasaannya umur begitu kesihatan kita mula merosot dan berisiko menghadapi penyakit,” katanya kepada pemberita, semalam. Mengulas lanjut katanya, lebih daripada 400,000 guru di seluruh negara menghidap beberapa masalah kesihatan termasuk tahap kolest