Wilcha Seharian

Wilcha Seharian

Wilcha Seharian. Akhirnya. Setelah beberapa kurun. Terpakailah juga akhirnya medical card CuepacCare aku tu. Dalam keadaan belah bagi. Sampai jugak kami ke Hospital Pakar Puteri. Bukak je pintu dah petugas hospital tunggu dengan wilcha ni. Susah payah jugak aku nak gerak ke sini. Dalam keadaan kaki aku yang hanya boleh berada lam posisi 90 degree tu aje, akhirnya dapat jugak naik ke atas wilcha tu. Punya la laju ditolak, hahaha; dah sakit tu memang la aku kata laju dan ngeri. Ngan sakit kaki sekali tokleh gerak mana-mana. Siap cakap kat mama, jangan la tolak laju-laju. Takut ni. Sekali toleh. Aiyeee. Sekali petugas tu la yang tolak sambil mama senyum-senyum nengok gelagat aku.

Masuk dalam terus mama daftarkan aku. Eheh. Nak ngambik gambo ler. Dah nama bloger kan. Baru je nak snap. Dah. Jom kita ke bilik doktor. Aisehman. Sekali laju pulak sesi daftar ni. 9.15 pagi. Kami pun tiba le ke bilik doktor. Berbaris deretan wilcha dengan aku yang paling depan. Kekeke. Huhuhu. Macam nak grandprix nih. Kekekeke. Punya la ramai yang nak jumpa Dr. Lim. Macam macam gelagat manusia ada. Bisik kat mama. Semua sepesan cam aku kan. Malah ada yang lebih teruk jalannya. Sedih aku nengokkan. Nampaknya. Aku tak kesorangan.

Sesekali nampak seorang lelaki berbaju pink keluar. Jalannya laju betul. Keluar. Jap je. Masuk balik. Nurse yang jaga kat sini pun laju laju jalannya. Sama cam lelaki yang aku rasa doktor Lim tadi tu. Time flies. Sedar sedar dah 12.30 tengahari. Alamak. Klinik tutup jam 1 petang. Masak ni kalau nak kena return sebelah petang. Alhamdulillah. Sekali, jam 12.45 tengahari, nama aku dipanggil. Tapi. Tu baru dapat masuk ke ruangan menunggu sebelah dalam pulak.

Harap harap sempat la aku pas ni. Alhamdulillah. Dapat juga aku jumpa doktor Lim pagi tu. Suka berlawak orangnya. Dah la aku ni penakut. Dan aku rasa memang dia leh baca. Soh aku naik ke atas katil untuk periksa lebih lanjut. Dengan susah payah aku naik. Nurse pun banyak tolong jugak sampai aku dapat baring atas katil tu. Adoi la. Cam steven dia gerakkan kaki aku. Aiyooo. Memang sakit. Dia luruskan. Dia bengkokkan. Pastu dia wat assumption pertama. Kaki awak lebih sakit bila bengkok. Yup. Pasal dia dah buat praktikal bersama, sambil nengok muka dan tahap aku menahan kesakitan tadi. Hehehe.

K. Pastu dia tanya ni pakai medical or sendiri. Aku kata medical card. K. Kita akan buat beberapa test lepas ni. Ujian darah. Pastu kita teruskan dengan MRI scan. Tapi sebelum tu saya mau kasi suntik ubat kat bontot dulu. Huhuhu. Bende yang mengerikan mula dah terbayang kat kepala aku. Mula la pelbagai persoalan mula timbul balik kat kepala. Nak tahu apa jadi. Tungguuuu!!!

Ps: Yang tak seronoknya adalah... hari tu adalah hari jadi aku. Huhuhuhu

klinik dr lim

barisan yang dah nak jumpa dia

ni barisan kedua yang masih menunggu untuk masuk ke dalam

ngengade jap


---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied