mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Kaki Bengkak : Setting New Mindset. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kaki Bengkak : Setting New Mindset. Papar semua catatan

Ahad, 17 April 2016

Kaki Bengkak : Setting New Mindset

Kaki Bengkak : Setting New Mindset

Kaki Bengkak : Setting New Mindset. Entah kenapa, aku rasa dah dua minggu aku hanya bergantung harap dengan 4 biji pil ni aje. Macamana aku tau? Pasal dah dua minggu aku tak puasa. Malam. Aku akan makan selepas Isya'. Paginya. Kalau masih sakit, aku akan telan lagi set; bila aku dah sampai opis. Tu yang jadinya aku dah lali dengan ubat ni. Jadinya? Aku dah tak rasa sakit. Padahal. Kaki aku dah bengkak dan memerah.

Hari ni aku rasa hari yang paling aku lalok. The best part. Lalok aku ni ala ala nak ngantuk, tak ngantuk. Aku pun tak paham. Aku pun tak tau camner pandangan orang tentang aku. Sebab aku rasa aku OK aje. Tapi pagi ni aku rasa kaki aku paling teruk membengkak. Dan aku tak rasa bisa, sakit hanya bila aku jalan. Apa yang aku dah buat sebenarnya dua minggu ni. Aku merobotkan diri aku. Aku upkan limit badan aku,

Petangnya aku amik timeoff. Gi klinik. I have to do something. Kaki aku bukan sikit-sikit nyer bengkak. Kalau dulu, aku dah terbaring tokleh buat apa apa. Kali ni. Pasal aku dah sibuk mengupkan limit badan aku, haram tak rasa apa-apa. Lepas dua sesi bersama pegawai aku, aku gerak ke klinik. Around 2.40 jugak baru sampai. Dapat la nombor 1130. Perrghhh... Nombor dipanggil masa tu ... 1104. Masak la. Orang sebelah aku dok membebel aje. Nombor dia? 1144. Kalau dia biasa ke hospital swasta, aku rasa dia pun relaks aje cam aku. Sama aje. Lagi teruk pada tu kot.

Dalam kul 5 baru aku dipanggil. Masuk. Terus bincang ngan doktor. Aku cakap aku nak try tanpa ubat tahan sakit. Cuma aku nak minta ubat bengkak. Doktor kata OK je. Lagipun ubat tahan sakit tak berapa elok, terutama untuk buah pinggang. Maka. Dapatlah aku set baru tanpa ubat tahan sakit. Kita tengok gimana. Petang tadi dah selesai satu round. Sapuan pada kaki. Bedung. Lepas maghrib. Aku wat sapuan kedua. Taruk Patch Acustop. Bedung. Makan ubat bengkak. Hope for the best. Fingger crossing!!! Harap semua OK esok pagi. Harap harap dapat puasa semula esoknya.