HADIAH SKIM BIASISWA SUKAN (SBS) TAHUN 2015 Tawaran baru Hadiah Skim Biasiswa Sukan (SBS) kepada atlet murid yang layak bagi tahun 2015 dibuka mulai 5 Januari 2015 dan tamat pada atau sebelum 30 Mac 2015 . Syarat kelayakan seorang atlet murid untuk pertimbangan mendapat Biasiswa Sukan, Kementerian Pelajaran adalah seperti yang berikut: Warganegara Malaysia Sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Harian, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK); yang berada di bawah tanggungjawab Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan ATAU Sedang belajar di Kolej Vokasional di Tahun 1 dan 2 sahaja ATAU Sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Sukan Malaysia yang berada di bawah tanggungjawab Bahagian Sukan. Menunjukkan prestasi cemerlang dalam jenis-jenis sukan tertentu dengan sekurang-kurangnya telah mewakili negeri di peringkat kejohanan MSSM dan L