mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label apa nak buat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label apa nak buat. Papar semua catatan

Selasa, 16 Februari 2010

Apa nak dibuat - hidung berdarah

©2010mknaceunlimitedMalam ni memang suhu panas tul. Jarang berpeluh malam-malam buta cenggini. Mana taknya. Suhu kat mesia sekarang ni pun dah sikit lagi nak sama ngan suhu gurun padang pasir sana nun. Ni kira musim orang demam dan segala mak nenek penyakit lain la ni.

Minggu lepas pun ada sorang budak lam kelas aku bleeding teruk. Darah kuar ikut hidung dan mulut dia. Malam ni mama lak jadi cenggitu. Banyak gak darah kuar ikut hidung. Tapi tak seteruk budak tu.. Apa nak buat..

Memula picit hidung. Kasi semua darah tu keluar dulu. Basuh dan basahkan kepala lagi bagus. Pastu amik daun sirih. Gulungkan dan sumbat lam hidung. InsyaAllah.. Kalau takde sirih gulung tisu dan taruk kat hidung. Pastu suruh baring dan bungkuskan ais dalam sehelai kain yang bersih. Letak kat hidung dan dahi. Suruh rehat, tak yah pikir apa-apa. Dan itu la jugak apa yang aku buat kat mama..

*picture credited to pbase artist Pathfinder


Khamis, 11 Februari 2010

Apa nak dibuat - sengatan lebah

©2010mknaceunlimitedLepas bunyikan loceng pagi tadi, aku terus turun ke tapak perhimpunan macam biasa, maklumlah.. aku kan cikgu bertugas minggu ni. Baru bebudak nak menyanyikan lagu negaraku tetiba henpon aku berbunyi ngan gumbiranya..

Ko ada kat maner?
Ni haa.. kat bebudak tahun 1 ni ha..
Naik jap.. ada budak kena sengat lebah ni..

Mak aih... Ada lak yang kena sengat lebah. Dia dok kacau lebah ka.. Aduhaii.. Pepagi dah ada masalah. Aku terus naik. Budak ni dok perit menahan sakit.

Ko ada kacau lebah ke?
Tak cikgu.. saya tengah menulis lam kelas, tetiba rasa sakit. sekali nengok ada lebah kat tangan..

::Klik untuk cerita penuh::


Alahaii.. apa nak buat ni. Kalau ikut cara orang tua-tua, pi cari asam jawa. Tumbuk ngan air. Tempek kat situ.. Sekali cikgu raila bagi minyak sapu. Sapu sikit pastu aku terus isi borang bawak budak gi klinik. Apa-apa pun better refer ngan doktor kan.

Lepas tu apa lagi terus aku gi Seri Orkid.. Pergghhh.. dua kali dalam seminggu. Rekod baru aku ni.. Sampai jer terus aku bawak gi kecemasan. Nurse tarak.. Aku gi depan cari nurse yang leh tolong. Terus dia cari nurse yang kosong. Settle.. Budak tu kena satu suntikan. Tak tahu la ubat apa yang disuntik tu, pasal aku kat luar. Nurse tak kasi masuk. Tapi aku sempat nengok tadi masa aku hantar borang kat doktor tu. Tapi memang well done la.. Masa aku hantar tu baru pukul 7.20 pagi. Klinik kerajaan biasa leh cater bender ni dengan baik sekali. TQ TQ beri-beri mach..

Yang lambat hanyalah nak amik ubat, pasal farmasi bukak jam lapan.. Orang dah beratur dah.. Aku antara yang awal pun dapat nombor 4. Time aku amik ubat, sempat aku kerling nengok nombor orang yang baru tekan mesin tu pun dah nombor 28.. Kencang tul.. Dapat tiga jenis ubat.. 1.. panadol untuk tahan sakit.. 2.. pil warna kuning untuk alahan.. 3.. pil hijau untuk kurangkan bengkak..