Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Cuepacs minta kerajaan pertimbang umur bersara daripada 60 kepada 62 tahun

Cuepacs minta kerajaan pertimbang umur bersara daripada 60 kepada 62 tahun

Imej
Cuepacs minta kerajaan pertimbang umur bersara daripada 60 kepada 62 tahun. Hmmm... Yang ni aku tak berapa setuju sangat. Cukup-cukup la. Kena la beri laluan pada generasi muda untuk rasa peluang yang sama. KEMAMAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan supaya membuat pertimbangan bagi melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada 62 tahun. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata kebanyakan negara melanjutkan usia persaraan kepada 65 tahun seperti Thailand, Singapura, Sri Lanka, negara Eropah serta Amerika Syarikat dan kita sebagai negara, yang menuju negara maju harus mengambil langkah sama. "Pertimbangan umur persaraan perlu dibuat, berikutan ekonomi negara yang tidak menentu dalam menuju negara maju. "Selain itu, kerajaan menanggung kos yang tinggi untuk melahirkan pegawai yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran...seperti pensyarah, kebanyakan mereka pada usia 55 hingga 56 baru mendapat Ijazah Ke