mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label 10 pusat Tingkatan Enam Mod 1 di seluruh negara kini dikenali sebagai Kolej Tingkatan Enam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 10 pusat Tingkatan Enam Mod 1 di seluruh negara kini dikenali sebagai Kolej Tingkatan Enam. Papar semua catatan

Isnin, 23 Mei 2016

10 pusat Tingkatan Enam Mod 1 di seluruh negara kini dikenali sebagai Kolej Tingkatan Enam

10 pusat Tingkatan Enam Mod 1 di seluruh negara kini dikenali sebagai Kolej Tingkatan Enam

10 pusat Tingkatan Enam Mod 1 di seluruh negara kini dikenali sebagai Kolej Tingkatan Enam. Berkuatkuasa hari ini, semua 10 pusat Tingkatan Enam Mod 1 di seluruh negara kini dikenali sebagai Kolej Tingkatan Enam, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Mahdzir berkata keputusan itu dibuat dalam usaha kementerian memantapkan imej, kualiti dan sistem pendidikan Tingkatan Enam sekali gus sebagai memberikan motivasi kepada pelajar berkenaan.

"Bagaimanapun penamaan kepada Kolej Tingkatan Enam ini hanya diberikan kepada pusat Tingkatan Enam Mod 1 sahaja.

Dengan langkah penamaan kepada kolej ini diharapkan pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar dengan cemerlang di Tingkatan Enam ini," katanya selepas Majlis Perasmian Kolej Tingkatan Enam Taman Mahsuri di sini, Ahad.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan, Datuk Abdullah Mad Yunus dan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Sofaruddin Ismail,

Katanya pusat Tingkatan Enam Mod 1 mempunyai premis berasingan dengan sekolah arus perdana dan mempunyai pentadbiran tersendiri serta beroperasi dengan sekurang-kurangnya 12 kelas.

Mod 2 pula merujuk kepada pemusatan kelas Tingkatan Enam sekurang-kurangnya 12 kelas di blok berasingan di sekolah arus perdana manakala Mod 3 merujuk kepada pemusatan kurang daripada 12 kelas dan berkongsi blok di sekolah arus perdana.

Mahdzir berkata selain itu Kolej Tingkatan Enam mempunyai premis dan pentadbiran yang tersendiri, guru yang dilantik khas dan persekitaran pengajaran dan pembelajaran prauniversiti yang kondusif.

Beliau berkata pada 2020, Kolej Tingkatan Enam itu dijangka bertambah sebanyak 44 buah, pusat Tingkatan Enam Mod 2 (91 buah) dan Mod 3 (384 buah).

Sementara itu Mahdzir berkata Kolej Tingkatan Enam Taman Mahsuri ini juga nanti akan dikenali sebagai Kolej Tingkatan Enam Kulim yang kini mempunyai hampir 600 pelajar Tingkatan Enam.

Ketika berucap, beliau mahu pelajar menjadi insan yang berjaya dan mampu membawa negara ke era yang lebih gemilang.

"Kita tidak mahu ada politik kebencian dan tidak membenarkan rasis perkauman dan kementerian mahukan mereka berjaya pada masa hadapan," katanya.


Sumber : Astro Awani           http://buff.ly/1TpvG0g
Gambar : pkgbtpnkedah.moe.edu.my

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,