Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Dua maut

Dua maut, seorang parah nahas di Terowong Menora

Imej
Dua maut, seorang parah nahas di Terowong Menora. Malang tidak berbau. Berhati-hati di jalan raya. KUALA KANGSAR: Dua maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 256 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke utara berdekatan Terowong Menora di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, kemalangan membabitkan empat kereta dan sebuah treler itu dipercayai berpunca daripada treler berkenaan yang hilang kawalan sebelum merempuh empat kereta di hadapannya. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh ketika dihubungi mengesahkan dua mangsa maut di tempat kejadian manakala kesemua mangsa terbabit adalah seramai 15 orang.