Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pembayaran

Tarikh Pembayaran Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2014

Imej
Tarikh Pembayaran Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2014 Pihak Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada Khamis 18 Disember 2014 telah mengumumkan secara rasmi bahawa dividen ASB 2014 adalah 7.50 sen seunit manakala bonus 1.00 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014. Oleh itu, pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus bagi tabung ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit mulai 2 Januari 2015. Sementara itu, semua urus niaga bagi ASB akan ditangguhkan pada 23 Disember 2014 sehingga 1 Januari 2015 bagi tujuan pengiraan pendapatan dan bonus. Pengumuman Rasmi Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2014 Dividen 7.50 sen seunit, Bonus 1.00 Sen Seunit Tarikh Pembayaran Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2014 Pembayaran dividen dan bonus ASB 2014 akan dikreditkan ke akaun pengguna pada 2 Januari 2015. Oleh itu, para pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan ASB masing-masing di ibu pejabat PNB atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara. Via Blogger PC Edisen E

Pembayaran Zakat Fitrah Di Negeri Johor 1433h/2012

Imej
Picas from  ustaznoramin.com Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya. Inilah di antara keindahan Islam di sebalik pensyariatan sesuatu ibadah kepada penganutnya. Sesungguhnya peranan zakat dalam membina sosio ekonomi dan sosial masyarakat Islam amatlah penting dan mesti dihayati sepenuhnya oleh setiap muslim. Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) menetapkan dua kadar bayaran zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini iaitu RM5 atau RM8.00 seorang untuk tahun ini. Penetapan kadar zakat fitrah tersebut adalah mengambil kira harga semasa beras yang dimakan oleh umat Islam di negeri ini. Takrif Zakat Fitrah  Zakat dari segi bahasa bermaksud bersih, suci, subur dan berkembang.Zaka