mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label pontian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pontian. Papar semua catatan

Sabtu, 5 November 2016

Selamat Pengantin Baharu Iskandar & Afiqah


Selamat Pengantin Baharu Iskandar & Afiqah. Tadi singgah ke parit masjid, pontian. Gi majlis perkahwinan kawan sekerja mama ni. Tahniah dan selamat pengantin baru.

Selasa, 10 November 2015

Hari Graduasi Tadika Nadi Permata 2015

Hari Graduasi Tadika Nadi Permata 2015

Hari Graduasi Tadika Nadi Permata 2015. Pagi tadi. Di Dewan SK Tengku Mahmood Iskandar 1. Layankan aje. Jadi wakil ibu bapa Gelang Patah untuk sampai sepatah dua kata. Memang sepatah dua kata betul aku kasi. Hehehehe.

Selasa, 4 Ogos 2015

Laman DiRaja Pontian jadi permulaan Kembara Mahkota Johor 2015

Laman DiRaja Pontian jadi permulaan Kembara Mahkota Johor 2015


KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2015 pada tahun ini bertemakan “MUAFAKAT BANGSA JOHOR”. Pengembaraan KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2015 akan menjelajah di setiap pelusuk bandar dan kampung di seluruh negeri Johor dengan perjalanan sejauh melebihi 850 km; selama 4 hari dan 3 malam untuk bertemu rakyat jelata.

Bermula pada 10 hingga 13 Ogos 2015, D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR, SULTAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA’ZIM BERSAMA AHLI ROMBONGAN KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2015 akan menemui anda di setiap laluan pengembaraan KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2015.

10 OGOS 2015 (Isnin) DAERAH PONTIAN, BATU PAHAT DAN MUAR;
– Laman DiRaja, Pontian (acara pelepasan)
– Simpang Pt. Panjang, Pontian
– Taman Rekreasi Tampok Laut, Pontian
– Dewan Hj. Hashim, Kg. Pt. Tengah, Batu Pahat
– Lorong Haji Sidek, Parit Raja, Batu Pahat
– Dewan Orang Ramai Kg. Parit Yaani, Batu Pahat
– Parit Sulong, Batu Pahat
– Kg. Batu 15, Mukim Ayer Hitam
– Pekan Bakri, Muar

11 OGOS 2015 (Selasa) DAERAH MUAR, LEDANG, SEGAMAT DAN KLUANG;
- Tangga Agung Bgn Sultan Abu Bakar (acara pelepasan)
– SMK Persisiran Perdana, Ledang
– Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Serom 3
– Kg. Paya Redan, Pagoh, Muar
– Padang Awam, Lenga
– Dataran Labis, Segamat
– Kg. Sri Gajah, Chaah
– Kangkar Baru, Batu Pahat
– Kg. Melayu Batu 3 1/2, Paloh, Kluang

12 OGOS 2015 (Rabu) DAERAH KLUANG, MERSING DAN KOTA TINGGI;
- Kem Batalion ke-5 RAMD Batu 3, Kluang (acara pelepasan)
– Perumahan Kilang Sawit PPNJ, Bt. 17, Kahang
– Sek. Ren. Jenis Keb. Tamil, Kahang
– Felda Nitar 1, Mersing
– Jeti Penyabong, Mersing
– Jemaluang, Mersing
– Felda Tenggaroh 3 (Projek Sentuhan Kasih)
– Jeti, Sedili Besar, Kota Tinggi
– Padang Awam, Tg. Sedili, Kota Tinggi

13 OGOS 2015 (Khamis) DAERAH KOTA TINGGI, KULAI JAYA, JOHOR BAHRU
- Tanjung Balau, Kota Tinggi (acara pelepasan)
– Felda Semenchu, Kota Tinggi
– Menara Jam, Kota Tinggi
– Felda Taib Andak, Kulaijaya
– SMK Sultan Ibrahim, Kulaijaya
– Kampung Sinaran Baru, Kempas
– Hutan Bandar MPJBT, Mutiara Rini (majlis penutup)

Majlis Penutupan Rasmi pula akan diadakan di Hutan Bandar, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah di Mutiara Rini, Johor.

Ayuh… berikan sokongan anda bersempena KEBERANGKATAN D.Y.M.M. SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR, SULTAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA’ZIM BERSAMA AHLI ROMBONGAN KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2015 dan kehadiran Y.A.B Menteri Besar Johor serta para pemimpin Negeri bermula pada 10 – 13 OGOS 2015 ini di acara KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2015,

“MUAFAKAT BANGSA JOHOR”

Jangan ketinggalan untuk menyertai pelbagai program yang disediakan di setiap lokasi, termasuklah sukan rakyat, demonstrasi pembuatan produk Industri Kecil & Sederhana (IKS), pameran, persembahan kebudayaan dan banyak lagi…. Bersama-samalah kita memeriahkan acara KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2015, “MUAFAKAT BANGSA JOHOR” pada 10 – 13 Ogos 2015…. Acara ini di bawakan khas kepada anda oleh Kerajaan Negeri Johor.



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Jumaat, 3 Julai 2015

Bazar Ramadan Pekan Nenas, Pontian


Bazar Ramadan Pekan Nenas, Pontian. Letaknya bersebelahan dengan medan selera, berhadapan dengan masjid pekan nenas. Saja singgah sini on the way back. Quite something. Banyak variasi makanan yang berbeza. Memang lain pada yang lain. Yok kita layan.

Pasar Ikan Awam, Pontian


Pasar Ikan Awam, Pontian. Balik dari KL ituhari. Lalu jalan lama sebab antor naza. Langsung singgah pontian. Nak tengok ikan katanya. Boleh tahan. Cuma kami sampai agak lewat. Dah dekat maghrib. Banyak yang dah bungkus.

Ahad, 28 Jun 2015

Perbincangan JK Majlis Iftar bersama TKPPM


Perbincangan JK Majlis Iftar bersama TKPPM. Sedikit perbincangan pagi tadi. Berkenaan majlis yang akan berlangsung pada esok harinya. Tahniah pada PPD Pontian yang terpilih. Semoga semuanya berjalan lancar hendaknya.

Selasa, 30 Disember 2014

Pendaftaran Sijil Lahir Fiqri and a little bit of shopping


Pendaftaran Sijil Lahir Fiqri and a little bit of shopping. Dalam jam 8.00 pagi aku mula keluar. Banyak target hari ni. Yang penting. Setelkan dulu urusan sijil lahir fiqri terlebih dahulu. Aku biasanya akan buat di JPN Pontian. Ramai tanya apasal aku suka buat kat Pontian. Dari 4 anak aku, Iqa jer yang aku buat kat Kuala Selangor, yang lain semuanya kat Pontian. Jawabnya mudah. Jarak aku ke JB dan Pontian adalah sama. 25++ km. So, why bother gi JB yang dah semua orang tahu sesak habis sedangkan aku leh gi pontian yang memang aku masuk jer terus turn aku. Layannn...

Sabtu, 15 November 2014

Tadika Nadi Permata Concert and Graduation Day


Tadika Nadi Permata Concert and Graduation Day. Siang tadi, seharian jugak kami kat kolej matrikulasi. Majlis konsert dan graduasi tadika nadi permata. Nak cerita panjang sini tak guna. Read on. Setiap gambar membawa cerita tersendiri. Enjoice!!!

Sabtu, 1 November 2014

Let's go to Melaka using old road


Let's go to Melaka using old road. Pikir punya pikir. Last last aku pilih lalu jalan lama. Cuci mata sikit. Gerak lam jam 12 tengahari. Arrive at the Hotel on 4 pm. OK ler tu.

Khamis, 22 Mei 2014

Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2014

Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2014. Petang tadi. Selesai majlis khusus untuk guru diperingkat negeri. Perayaan Hari Guru. Buat di MRSM Pontian. MB Johor bersama exco Pendidikan turut serta menyerikan majlis. Jom kita layan...

majlis perasmian gilang gemilang

Isnin, 26 Ogos 2013

Kembara Mahkota Johor 2013 - Day 1


Kembara Mahkota Johor 2013 - Day 1
24 Ogos 2013 (Sabtu)

8.00 pagi
MAJLIS PERASMIAN DAN PELEPASAN KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2013
MENARA AQABAH, MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG, JOHOR BAHRU

10.00 pagi
KAMPUNG SUNGAI TEMPAYAN PEKAN NENAS, PONTIAN
Persembahan kebudayaan
Penyampaian bantuan MAIJ dan JKM kepada penerima bantuan
Program Raya Sekampung bersama rakyat setempat
Lawatan tapak perkhemahan pelajar sekolah daerah Pontian dengan menyaksikan perbarisan dan hasil kerja peserta perkhemahan


12.00 tengahari
DATARAN DATUK JALOK, BENUT, PONTIAN
Penyerahan bantuan kepada warga miskin dan warga kurang upaya
Pameran dan demonstrasi membuat burasak dan lain-lain makanan tradisional tempatan
Pameran masyarakat tempatan / produk IKS / demo anyaman
Permainan tradisional masyarakat Bugis dan Jawa
Penyampaian bantuan MAIJ dan sumbangan raya kepada penerima bantuan
Majlis santapan
Cabutan bertuah untuk 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor

1.15 petang
SENGGARANG, BATU PAHAT
Majlis ramah mesra bersama-sama masyarakat setempat


2.00 petang
DESA SRI BANANG, MINYAK BEKU, BATU PAHAT
Penyampaian bantuan MAIJ dan JKM kepada penerima bantuan
Majlis Potong Jambul

3.30 petang
SUNGAI SIMPANG KIRI PEKAN PARIT SULONG, BATU PAHAT
Masakan tradisional (masakan Melayu, Cina, India dan Orang Asli)
Tinjauan kawasan sejarah dan replika jambatan Parit Sulong
Acara sukan airPenyampaian bantuan MAIJ kepada penerima bantuan
Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor


5.00 petang
PANCHOR, MUAR
Gerai Wak Juki (cendol dan sup kambing).
Pertandingan minum cendol oleh 10 orang peserta pilihan
Pertandingan mewarna warga emas pelbagai kaum
Pertandingan menarik bas.
Pertandingan minum air botol “LAMNATE” dengan penyertaan pelbagai kaum
Menandatangani plaque Replika udang galah
Acara menarik bubu, menyaksikan rakit berhias dan melepaskan pertandingan perahu
Pertunjukan keselamatan oleh pihak Bomba dan penyelamat
Penyampaian bantuan MAIJ dan JKM kepada penerima bantuan
Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor

6.40 malam
ISTANA TANJUNG MUAR
Bermalam

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 27 Julai 2013

Aktiviti cuti hujung minggu sebelum puasa


Aktiviti cuti hujung minggu sebelum puasa. Banyak yang kena buat sebelum puasa menjelma. Hehehe. Dah la dijangka kesibukan melanda puasa ni nanti. Layannnzzz... Read on...

Ahad, 16 Jun 2013

And the rest of the week


And the rest of the week, packed dengan pelbagai aktiviti. Dari ldp, mesyuarat sampai lah taklimat aku yang terakhir untuk sistem pengurusan sekolah di pontian. Memang pack tul minggu ni. Tapi yang pelik, hari-hari yang dilalui terasa panjang sangat. OK jugak tu kan. Read on...

Sabtu, 16 Mac 2013

Persidangan Pendidikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Negeri Johor

Persidangan Pendidikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Negeri Johor. Pepagi lagi aku dah kuar. Sampai awal. Singgah makan dulu kat Tenggayun. Makan nasi lemak sotong ngan air milo. Baru tiga hinggit. Seronoknya makan sini.

Dah sampai, setelkan dulu ngan team pontian. Selaraskan ngan geng pencatat. Pastikan flow lancar. Alhamdulillah. Selesai semuanya dengan baik. For my part la. And, actually my part cuma buku program, banner dan backdrop jer pun. Kesian la pulak ngan pontian. En. Kamarudin pun minta bantu. Bantu la apa yang patut. Yang dapat nama, kita jugak kan...

For more ...
Sesi 1 : Ceramah | Sesi 2 : Forum | Sesi 3 : Mesyuarat Agong | Sesi 4 : Perasmian

Persidangan Pendidikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Negeri Johor

Persidangan Pendidikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Negeri Johor

Persidangan Pendidikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Negeri Johor Persediaan

Persidangan Pendidikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Negeri Johor

Tempat : Dewan Teknokrat, Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, Pontian, Johor
Masa : 10 pagi

Persidangan Pendidikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Negeri Johor Persediaan

Setting untuk forum

Persidangan Pendidikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Negeri Johor Persediaan

Jumaat, 11 Mei 2012

Kembara Mahkota Johor 2012


Picas shared from http://www.mppg.gov.my

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, akan mengetuai jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2012 selama empat hari yang akan bermula pada 13 Mei ini dalam ekspedisi yang disertai oleh motosikal berkuasa tinggi. Dalam siri jelajah meliputi jarak 1,012 kilometer itu, Sultan Ibrahim akan menunggang motosikal Harley Davidson Street Glide. Pelancaran ekspedisi itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di perkarangan pasar raya TJ Mart, Kulaijaya dan akan berakhir di Plaza Angsana, Johor Bahru.



Picas shared from http://www.medkom.my

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Obet Tawil, berkata Sultan Ibrahim telah berkenan untuk menyampaikan sumbangan kepada 952 penerima terpilih yang terdiri daripada golongan yang memerlukan bantuan di seluruh negeri ini. Antara barang sumbangan berkenaan ialah mesin rumput, mesin pengadun tepung, mesin jahit dan ketuhar yang kesemuanya bernilai RM786,780. Selain itu, tarikan terbaru kembara kali ini adalah acara cabutan nombor bertuah untuk dua pemenang di setiap daerah yang berpeluang mendapatkan sebuah motosikal Honda EX5 setiap seorang

Sepanjang program berlangsung, Sultan Johor turut berkenan untuk mengadili pertandingan memasak Bubur Lambuk 1Malaysia di Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi. Baginda juga dijadualkan menyaksikan pertandingan sukan rakyat, pertandingan masakan tradisional, pertandingan boling kelapa serta demonstrasi dan pameran makanan tradisi Jawa dan Bugis. Ekspedisi berkenaan akan singgah di 20 tempat termasuk Felda Residence Tanjung Leman, Mersing; kampung Parit Haji Hassan, Kluang; kedai kopi Nanyang Pekan Yong Peng, Batu Pahat; Taman Awam Tasik Segamat; kampung Teratai, Bukit Serampang, Ledang; Pantai Leka, parit Jawa, Muar; kampung Puteri Menangis, Pontian dan Kompleks Komuniti, Kempas.




Logo 2012 ciptaan Muhamad Gazali A. Rahim


Posted via Blogger PC edisen


Khamis, 10 Mei 2012

Kursus Peningkatan Profesionalisme Emis Online Negeri Johor 2012 - Penutup

Semalam hari last untuk semua JU negeri di Kolej Matrik ni.Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Lepas ni boleh la buat kursus untuk guru data di daerah masing masing.



Bangunan utama



Bilik kuliah di tingkat 3, actually



Taklimat terakhir



Isi borang borang berkaitan




Lepas ni ada kuiz... pop kuiz




Sesi menjawab kuiz




Ni geng JB nih.. nampaknya ada 3 bunga ja lam JU negeri..




Penyampaian sijil penghargaan pada team eprd kl. Apasal aku nampak so chubby.. hehehr




Team JU EMiS negeri




Jumpa lagi di Pasir Gudang, hari ini.


Posted via Blogger PC edisen

Selasa, 8 Mei 2012

Kursus Peningkatan Profesionalisme Emis Online Negeri Johor 2012

Pagi ni, selepas semua urusan dengan pengarah; langsung aku ke sini. Nak tengok suasana kursus dan tempat. Bukannya apa, sekali tetiba esok ada aral, sekurang-kurangnya aku dah jengah la jugak kan tempat ni. So far so good. Cuma dari tempat penginapan a bit down to student's life balik la kan. Ye lah. Apa yang dapat you expect dari kolej yang baru tukar dari sekolah teknik sebelum ni kan. For sure la kan.



Nice place actually, for me la. Dengan langit cemerlang pulak tu hari ni.



Cik Azlin dan Encik Rahim dari EPRD sebagai penceramah.



Asrama yang menimbulkan a bit kontroversi.



Kursus untuk sesi petang diteruskan lagi.


Posted via Blogger PC edisen

Isnin, 23 April 2012

Jeram Batu, Pontian

Masa nak gerak, sempat ke hujung jalan. Just nak tahu apa yang ada. Rupanya dah sampai hujung jalan darat dah pun. Perrrhghh.. pemandangan memang terbaeekkk!!!!