Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PELAWAAN

PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA TAJAAN BADAN ASING TAHUN 2020 : JICA KNOWLEDGE CO-OPERATION PROGRAM FOR LONG TERM PARTICIPANTS – SDGS GLOBAL LEADER (JFY2020)

Imej
PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA TAJAAN BADAN ASING TAHUN 2020 : JICA KNOWLEDGE CO-OPERATION PROGRAM FOR LONG TERM PARTICIPANTS – SDGS GLOBAL LEADER (JFY2020). Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan penajaan biasiswa kepada pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi peringkat pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) di Jepun di bawah program SDGs Global Leader (JFY2020).         Pegawai yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal JPA di http://esilav2.jpa.gov.my . Bersama-sama ini disertakan salinan surat edaran JPA bertarikh 8 Ogos 2019 seperti di lampiran untuk makluman dan rujukan jua. Pegawai yang berminat hendaklah membaca dengan teliti syarat-syarat permohonan yang dinyatakan di dalam surat pelawaan tersebut. a. Surat edaran b. Maklumat Am Program c. Universiti disaran d. Borang permohonan e. Borang perakuan Permohonan kemudahan tersebut adalah tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan,

PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) SESI PENGAJIAN 2019/2020

Imej
PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) SESI PENGAJIAN 2019/2020. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berminat untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2019/2020 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam. Pegawai yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan biasiswa tersebut tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan serta memenuhi syarat/dasar permohonan yang ditetapkan oleh pihak JPA. Pemohon perlu memastikan data yang dikemukakan adalah tepat. Para pemohon juga diingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan jika maklumat yang dikemukakan adalah palsu dan tindakan boleh diambil mengikut peraturan/undang-undang sedia ada. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov