mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label dengan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dengan. Papar semua catatan

Ahad, 12 Oktober 2014

Tunku Ismail Ingatkan Generasi Muda Guna Media Maya Dengan Matang

Tunku Ismail Ingatkan Generasi Muda Guna Media Maya Dengan Matang.


Generasi muda diingatkan supaya menggunakan media maya dengan matang dan penuh sikap bertanggungjawab bagi mengekalkan perpaduan rakyat di dalam negara.

Generasi muda sebagai pewaris kepimpinan negara, kematangan generasi muda juga perlu dipupuk khususnya dalam mengurus kepelbagaian kaum, bangsa, agama, dan budaya yang membentuk masyarkat hari ini.

Sikap bertoleransi, saling hormat menghormati, menjauhi prejudis serta tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama lain juga merupakan perkara yang perlu disuburkan dalam kehidupan generasi muda hari ini.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Sabtu mengingatkan generasi muda supaya menggunakan media maya dengan matang dan penuh sikap bertanggungjawab bagi mengekalkan perpaduan rakyat di dalam negara.
Tunku Ismail yang juga Pro-Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bertitah penguasaan alam siber tanpa sempadan dibimbangi mewujudkan sikap buruk sekaligus meruntuhkan asas perpaduan yang dinikmati selama ini.
"Isu-isu sensitif yang menyentuh kedudukan agama, institusi raja, warisan, adat sesuatu kaum serta undang-undang negara sering berlegar di media baru-baru ini.
Jika sikap tidak bertanggungjawab segelintir generasi muda itu tidak dibendung, adalah dibimbangi sikap buruk berkenaan akan meruntuhkan asas perpaduan negara," titah baginda pada Majlis Konvokesyen Ke-14 UTHM, di Parit Raja, di sini, hari ini.
Hadir sama, Naib Canselor UTHM Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin.
Tunku Ismail bertitah sebagai pewaris kepimpinan negara, kematangan generasi muda juga perlu dipupuk khususnya dalam mengurus kepelbagaian kaum, bangsa, agama, dan budaya yang membentuk masyarkat hari ini.
Baginda bertitah sikap bertoleransi, saling hormat menghormati, menjauhi prejudis serta tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama lain juga merupakan perkara yang perlu disuburkan dalam kehidupan generasi muda hari ini.
"Perlu kita semua insafi bahawa sekiranya perpaduan yang kita kecapi tidak dipelihara dengan sebaiknya, maka, tidak mustahil benih-benih perpecahan dan persengketaan akan muncul serta merebak.
Kita dapat lihat pada hari ini, bila tercetusnya perpecahan dan persengketaan sesama sendiri di sesebuah negara, maka, kestabilan negara akan terjejas," titah baginda.
Konvokesyen selama tiga hari bermula hari ini menyaksikan 3,477 siswazah pelbagai jurusan menerima Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma maing-masing.
-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Isnin, 30 Disember 2013

Guru Jelajah Benua Afrika Dengan 'Kapcai'

Guru Jelajah Benua Afrika Dengan 'Kapcai'. Hebat guru kita ni. Anda juga boleh layari blognya di pautan http://www.ceritaku.my/ ataupun FBnya di pautan https://www.facebook.com/pages/Africa-Ride-2013/1412536382297133?ref=hl


Guru Jelajah Benua Afrika Dengan 'Kapcai'
GEORGE TOWN, 30 Dis (Bernama) -- Seorang guru membuktikan dengan semangat 'Malaysia Boleh' segalanya mungkin termasuk menjelajah benua Afrika dalam tempoh 42 hari dengan menunggang kapcai (motosikal 110cc) seorang diri.
Atas inisiatif sendiri, Mohammad Lasim Deraman, 47, memulakan perjalanan sejauh lebih 10,000 kilometer pada 15 Nov lepas di Cape Point iaitu kawasan paling selatan di benua Afrika, dan merentasi antaranya Tanzania, Bostwana, Zambia sebelum mengakhirinya di Mount Kenya, gunung kedua tertinggi di benua itu.
"Saya pilih benua Afrika kerana keadaan geografinya yang mencabar dengan kawasan pergunungan, danau, sungai dan gurun yang saya rasa punya rahsia tersendiri," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Guru pendidikan khas di sebuah sekolah menengah di Cheras, Kuala Lumpur itu berkata sebelum ini beliau pernah bermotosikal menjelajah seluruh pulau Borneo serta kepulauan Indonesia.
Menceritakan pengalamannya sepanjang jelajah di benua kedua terbesar dunia itu, Mohammad Lasim berkata antara yang membanggakannya ialah nama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad begitu dikenali oleh masyarakat di sana.
Mereka cukup gembira apabila diminta bergambar bersama bendera Malaysia, kata anak jati Kota Baharu, Kelantan itu.
Menurut Mohammad Lasim, pada awalnya beliau merancang ke tanah suci Makkah melalui Nairobi, selepas tiba di Moyale (bandar di sempadan Ethiopia dan Kenya) pada hari ke-34, namun terpaksa membatalkan hasrat kerana berlaku perang saudara di Nairobi.
"Kedutaan juga menasihatkan saya berpatah balik kerana pertempuran melibatkan pertumpahan darah dan sangat berbahaya," katanya.
Usai jelajahnya di benua Afrika, guru itu tidak terus pulang ke tanah air. Sebaliknya beliau menghantar kapcainya ke Thailand dan mengambil keputusan menjelajah negara Gajah Putih berkenaan yang dicapainya dalam tempoh tiga hari.
Beliau kemudian menunggang ke selatan Thai dan memasuki negara ini pada 26 Dis lalu menerusi Bukit Kayu Hitam sebelum ke sini untuk bertemu rakan-rakan.
Ditanya mengenai tip bagi yang berminat mengembara dengan kapcai, Mohammad Lasim berkata seseorang perlu tahu penyelenggaraan asas motosikal seperti menampal tayar sebelum berbuat demikian.
Mengembara dengan kapcai ini suatu yang menarik kerana selain kos yang rendah juga memberi peluang kita berinteraksi dengan masyarakat setempat, katanya yang seronok dapat melihat kehidupan pelbagai etnik di Afrika termasuk etnik Zulu yang masih mengekalkan tradisi mereka termasuk tinggal di dalam pondok jerami.
-- BERNAMA

Selasa, 13 November 2012

zamrispoon: Teknik fotografi dengan animasi (cinemagraphs)

Teruja la pulak nengokkan posting dari zamrispoon: Teknik fotografi dengan animasi (cinemagraphs) par...: Apa yang kamu dapatkan jika mencampurkan jurugambar profesional dengan pembuat animasi? Jika kamu menjawab: gambar animasi yang mengagum...

Cool giler... Aku share sekeping picas, yang lain boleh gi blog dia...


ps : aku nak buat jugak aaahh...

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life
Ping your blog, website, or RSS feed for Free