mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label muar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muar. Papar semua catatan

Ahad, 13 Disember 2015

Inn Home Hotel, Muar

Inn Home Hotel, Muar

Inn Home Hotel, Muar. Check in. Quite ok. Ada tempat parking gitu. Bilik ok. Leh nampak sungai muar.

Muar, here we come

Muar, here we come

Muar, here we come. Getting ready for Muar. Asalnya sehari je, interview MRSM. Dapat surat. Terus lajak ke Putrajaya. Meeting. Dah terpenuh barang.

Sabtu, 13 Jun 2015

Second Round on Giant Bubble @Dataran Tanjung Emas


Second Round on Giant Bubble @Dataran Tanjung Emas. Malam ni makan kat gerai kat stesen teksi sebelah Muar Traders. Sekali kebudaks ajak lagi main belon kat Dataran. Aiyooo...

Jumaat, 12 Jun 2015

Conquering the pool @Hotel Classic, Muar


Conquering the pool @Hotel Classic, Muar. Tak sabar kebudaks nunggu aku habis kije. Agak lewat jugak tiba semula ke Muar. Sampai aje semua dah tak sabar. Hai.. Lam bilik pun ada tub ler. Tu yang mama dia kata dah 5 round sampai dah boring lam tub. Kekeke. Turun. Ngan kolam budak, ngan kolam dewasa. Semua pakat mandi. Layan aje ler...

Giant Bubble @Dataran Tanjung Emas, Muar


Giant Bubble @Dataran Tanjung Emas, Muar. Sempat melepak kat dataran tanjung emas. Ramai pulak orang melepak dan bermain kat sini. Ada giant bubble. Ada roller skate. Ada kereta bateri. Ada castle angin. Leh tahan gak la hidup kat sini. Kasi kebudaks ni main bubble aje. Dia cas RM4 with 5 scoop of bubble dan 3 batang pemegang. Layanzz...

Khamis, 11 Jun 2015

Eating out @Wak Jos, Sabak Awor, Muar


Eating out @Wak Jos, Sabak Awor, Muar. Sebelah malamnya kami pakat makan kat Wak Jos kat deretan kedai. Dia terletak bersebelahan dengan medan ikan bakar. Suka tempat ni sebab ianya lebih kondusif berbanding medan ikan bakar. Nice food here. Makan sampai dah tok leh masuk dah. Ikan siakap yang paling kecik pun agak besar bagi kami. The price is RM80++ kalau tak silap.

Hotel Classic, Muar - first hotel check-in untuk Fiqri


Hotel Classic, Muar - first hotel check-in untuk Fiqri. Haaa... baru la leh nulih blog. Setel percutian selepas kerja. Baru dapat duduk semula depan PC nih. K. Hari Selasa lepas kena audit Ledang. So. Mula la merancang camne nak gi and what so ever. Lepas di bako teman auditor yang lain, dan memandangkan aku kena berada di sana jam 9.00 pagi; maka. Terus bulatkan tekad untuk bermalam dulu. Of coz not in tangkak la, pasal tangkak a bit takde hotel sangat.

So, terus check tenet. Cari hotel yang ada pool supaya kebudaks tak ler boring sangat duduk situ masa aku wat kije nanti. At last. Keluar la nama hotel classic. Call. Dapat. Terus book 2 malam. Kesian nanti tak tau nak ke mana kalau aku amik just semalam. Setel. Petang. Terus gerak. Sampai sana around 6.30pm jugak. Quite OK ler.

Khamis, 23 April 2015

SJKC Chung Hwa Asahan Site Visit


SJKC Chung Hwa Asahan Site Visit. Foto-foto sekitar lawatan tapak semalam. Memang betul-betul kat sempadan Melaka sekolah ni. Masuk pun ikut Melaka. Dah 100 tahun umur sekolah ni. Dari segi ICT, alhamdulillah OK. A little bit perlu dibantu.

Sabtu, 4 Oktober 2014

Perisa Asli Mak Pon Muar


Perisa Asli Mak Pon Muar. Ni pun edisi agak lama. Masa gi Muar itu hari. Ntah bila dah lama dah ni. Masa nak balik. Tanya jugak. Apa yang special kat sini. Ada tempat beli something tak. So. Kami gi cari perencah. Dapat la gi mak pon. Ada perencah asam pedas, mee bandung, ikan bakar, rendang, mee rebus, soto, petis, dan mee siput. Leh tahan lama. Aku beli perencah ikan bakar. Sampai sekarang pun masih ada belen suku.

Sabtu, 9 Ogos 2014

Fun time at Sabak Awor Resort, Muar


Fun time at Sabak Awor Resort, Muar. Perghhh.. And lastly. Semua pakat checkin at Sabak Awor Resort. Dan petang tu, habis satu resort kami jelajah. Tokei besar sendiri bawak kami pusing-pusing. Marbeles. Ingatkan dapat naik bot pusing pusing. Tapi masa tak cukup la. Kalau takk...

Bengkel Pelabelan Guru negeri Johor


Bengkel Pelabelan Guru negeri Johor. Kami berkampung 6 hingga 7 Ogos di Muar, PKG Parit Bunga to be exact. Lihat satu demi satu guru yang mismatch. Dari 3% dah tinggal 2% yang bebetul purely mismatch. Alhamdulillah.

Sabtu, 7 September 2013

Muar : The place where my savvy got rabak


Muar : The place where my savvy got rabak. 18 Januari. Memang tokleh lupa punya. Kat sini la my savvy got rabak bontot. Tu pun seket jah. Ekekeke. Citernyer, kat trafik light sebelum muo. Tah mana tempat ntah. Yang ada simpang empat, ada pekan kecik sikit tu. Sekali ada satu triton ka pajero ntah... punya la laju terus langgo aku nyer bontot savvy. Aku ketepi dia terus mecut blah. Hampeh tul. Sebab aku nak kejo majlis bersama MB teruih jalan ja la.. dia mecut arah lain. Huhuhu... Layannn...

Isnin, 26 Ogos 2013

Kembara Mahkota Johor 2013 - Day 2


Kembara Mahkota Johor 2013 - Day 2
25 Ogos 2013 (Ahad)

8.00 pagi
MAJLIS PELEPASAN DI TANGGA AGONG BANGUNAN SULTAN ABU BAKAR 

8.45 pagi
TAMAN TANGKAK JAYA, LEDANG
Lawatan tapak pameran kesihatan
Lawatan ke Medan Selera Taman Tangkak Jaya
Majlis ramah mesra DYMM Sultan Johor bersama rakyat
Demonstrasi masakan roti canai terbang, wi-cang dan tosei
Penyampaian bantuan MAIJ dan JKM kepada penerima bantuan
Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor

11.00 pagi
KOMPLEKS BELI BELAH 1SEGAMAT, SEGAMAT
Perasmian Kompleks beli belah 1Segamat
Restoran Sushi Octopus
Aktiviti bermain bola keranjang
Tayangan dokumentari khas Kembara Mahkota Johor
Demo gubahan bunga
Demo mewarna lukisan
Persembahan oleh OKU dan PDK
Persembahan kereta kawalan jauh.
Pertandingan penalty shootout di antara pasukan KMJ dan pasukan Segamat
Pertandingan paintball target shooting di antara pasukan KMJ dan pasukan Segamat
Penyampaian bungkusan dan sumbangan kepada para penerima bantuan
Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor


12.45 tengahari
GELANGGANG BOLA KERANJANG, JALAN YEW CHOR, PEKAN CHAAH, SEGAMAT
Majlis ramah mesra bersama-sama masyarakat kaum Tiong Hua

1.15 petang
SMK SERI BALI, CHAAH, SEGAMAT
Persembahan kawad formasi dan persembahan gajet badan beruniform
Demo pembuatan dodol dan kuih-kuih tradisional pelbagai kaum
Pertandingan kaligrafi Cina, kolum dan khat jawi
Persembahan choral speaking dan sesi motivasi bersama pelajar
Sesi menanam pokok
Pertandingan memanah
Pertandingan futsal kain pelikat

3.20 petang
KANGKAR BARU, BATU PAHAT
Majlis ramah mesra bersama-sama masyarakat setempat


4.00 petang
PADANG MPK PALOH, KLUANG
Lawatan tapak pameran
Demonstrasi mengopek kelapa secara tradisional dan moden
Pertandingan mengopek kelapa secara moden di antara pasukan KMJ dan pasukan rakyat
Penyampaian bantuan MAIJ dan JKM kepada penerima-penerima bantuan
Persembahan daripada KEMAS
Sukan rakyat berupa sukan sorong rim

5.00 petang
KOMPLEKS SUKAN, PERBADANAN STADIUM KLUANG
PROGRAM DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Perlawanan bola sepak


5.45 petang
SERI LAMBAK, KLUANG
Bermalam

8.45 malam
DEWAN JUBLI INTAN KLUANG
MAJLIS TAZKIRAH DYMM RAJA ZARITH SOFIAH
Majlis Tazkirah bersama-sama penduduk kampung


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Kembara Mahkota Johor 2013 - Day 1


Kembara Mahkota Johor 2013 - Day 1
24 Ogos 2013 (Sabtu)

8.00 pagi
MAJLIS PERASMIAN DAN PELEPASAN KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2013
MENARA AQABAH, MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG, JOHOR BAHRU

10.00 pagi
KAMPUNG SUNGAI TEMPAYAN PEKAN NENAS, PONTIAN
Persembahan kebudayaan
Penyampaian bantuan MAIJ dan JKM kepada penerima bantuan
Program Raya Sekampung bersama rakyat setempat
Lawatan tapak perkhemahan pelajar sekolah daerah Pontian dengan menyaksikan perbarisan dan hasil kerja peserta perkhemahan


12.00 tengahari
DATARAN DATUK JALOK, BENUT, PONTIAN
Penyerahan bantuan kepada warga miskin dan warga kurang upaya
Pameran dan demonstrasi membuat burasak dan lain-lain makanan tradisional tempatan
Pameran masyarakat tempatan / produk IKS / demo anyaman
Permainan tradisional masyarakat Bugis dan Jawa
Penyampaian bantuan MAIJ dan sumbangan raya kepada penerima bantuan
Majlis santapan
Cabutan bertuah untuk 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor

1.15 petang
SENGGARANG, BATU PAHAT
Majlis ramah mesra bersama-sama masyarakat setempat


2.00 petang
DESA SRI BANANG, MINYAK BEKU, BATU PAHAT
Penyampaian bantuan MAIJ dan JKM kepada penerima bantuan
Majlis Potong Jambul

3.30 petang
SUNGAI SIMPANG KIRI PEKAN PARIT SULONG, BATU PAHAT
Masakan tradisional (masakan Melayu, Cina, India dan Orang Asli)
Tinjauan kawasan sejarah dan replika jambatan Parit Sulong
Acara sukan airPenyampaian bantuan MAIJ kepada penerima bantuan
Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor


5.00 petang
PANCHOR, MUAR
Gerai Wak Juki (cendol dan sup kambing).
Pertandingan minum cendol oleh 10 orang peserta pilihan
Pertandingan mewarna warga emas pelbagai kaum
Pertandingan menarik bas.
Pertandingan minum air botol “LAMNATE” dengan penyertaan pelbagai kaum
Menandatangani plaque Replika udang galah
Acara menarik bubu, menyaksikan rakit berhias dan melepaskan pertandingan perahu
Pertunjukan keselamatan oleh pihak Bomba dan penyelamat
Penyampaian bantuan MAIJ dan JKM kepada penerima bantuan
Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor

6.40 malam
ISTANA TANJUNG MUAR
Bermalam

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Selasa, 4 Jun 2013

Mesyuarat Precouncil JK Induk Pemantauan Negeri Johor 2013


Mesyuarat Precouncil JK Induk Pemantauan Negeri Johor 2013 telah berlangsung di Sekolah Tinggi Muar semalam. Mula pagi sampai la ke kul 2 petang. Banyak persediaan kena buat. Mesyuarat Induk pun akan dibuat sama cam format KSPPD. OK la sikit. Maknanya, semua akan dapat masa yang mencukupi untuk pembentangan masing-masing. Read on...

Ahad, 2 Jun 2013

Yok ke Muor


Yok ke Muor. Esok ada mesyuarat kat Sekolah Tinggi Muar. Lusa, mula aku cuti seminggu. So, alang-alang, bawak semua sekali ke muo. Habis meeting, leh terus gerak ke kedah. Ok ler tu. So, lam kul 11 pagi dah mula gerak ke hotel pelangi muo. Read on...

Sabtu, 4 Mei 2013

Pelancaran Sukarelawan GM1M Johor

Pelancaran Sukarelawan GM1M Johor telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Johor, jam 2.30 petang Isnin (29 April) di Dewan Bitara Budi, SK Sri Bukit Pasir, Muar. Kehadiran guru muda dari seluruh daerah negeri Johor diluar jangkaan. Semoga GM1M Johor akan terus mantap.

Jumaat, 11 Mei 2012

Kembara Mahkota Johor 2012


Picas shared from http://www.mppg.gov.my

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, akan mengetuai jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2012 selama empat hari yang akan bermula pada 13 Mei ini dalam ekspedisi yang disertai oleh motosikal berkuasa tinggi. Dalam siri jelajah meliputi jarak 1,012 kilometer itu, Sultan Ibrahim akan menunggang motosikal Harley Davidson Street Glide. Pelancaran ekspedisi itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di perkarangan pasar raya TJ Mart, Kulaijaya dan akan berakhir di Plaza Angsana, Johor Bahru.



Picas shared from http://www.medkom.my

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Obet Tawil, berkata Sultan Ibrahim telah berkenan untuk menyampaikan sumbangan kepada 952 penerima terpilih yang terdiri daripada golongan yang memerlukan bantuan di seluruh negeri ini. Antara barang sumbangan berkenaan ialah mesin rumput, mesin pengadun tepung, mesin jahit dan ketuhar yang kesemuanya bernilai RM786,780. Selain itu, tarikan terbaru kembara kali ini adalah acara cabutan nombor bertuah untuk dua pemenang di setiap daerah yang berpeluang mendapatkan sebuah motosikal Honda EX5 setiap seorang

Sepanjang program berlangsung, Sultan Johor turut berkenan untuk mengadili pertandingan memasak Bubur Lambuk 1Malaysia di Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi. Baginda juga dijadualkan menyaksikan pertandingan sukan rakyat, pertandingan masakan tradisional, pertandingan boling kelapa serta demonstrasi dan pameran makanan tradisi Jawa dan Bugis. Ekspedisi berkenaan akan singgah di 20 tempat termasuk Felda Residence Tanjung Leman, Mersing; kampung Parit Haji Hassan, Kluang; kedai kopi Nanyang Pekan Yong Peng, Batu Pahat; Taman Awam Tasik Segamat; kampung Teratai, Bukit Serampang, Ledang; Pantai Leka, parit Jawa, Muar; kampung Puteri Menangis, Pontian dan Kompleks Komuniti, Kempas.




Logo 2012 ciptaan Muhamad Gazali A. Rahim


Posted via Blogger PC edisen


Jumaat, 23 Disember 2011

Klime Jus



Terpana pulak nengokkan iklan tu. Sekali dapat, kenapa tak sama pun. Rasa boleh tahan. Macam pernah ku rasa di JB. Tak silap kat Beriani Best, taman u.

^_^ Terbaeekkk!!!!
by mknace
Posted via Blogaway

Last day di Muo



Hujan nampaknya pagi ni. Drag sepanjang hari. Tak macam hari sebelumnya.

^_^ Terbaeekkk!!!!
by mknace
Posted via Blogaway