Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel yong peng

Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Taman Kota, Yong Peng

Imej
Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Taman Kota, Yong Peng. Hari ni kami ada bengkel di SK Taman Seri Kota, Yong Peng. Datang awal dan sarapan dahulu. Tempat pilihan mustakim ni terletak berhadapan dengan sekolah tu aje. Boleh tahan juga makanan dia. Aku berkesempatan rasa roti tampal goyang. Tengok kuah macam tak menarik. Tapi bila dah masuk mulut. Perggghhh. Marbeles. Si adi boleh pulak amik nasi goreng sama ayam goreng. Tertarik pulak aku nak makan ayam goreng ni. Dah alang alang terbatal posa. Buka sehabis baik jadinya. Kekeke. Tapi memang marbeles la makanan kat sini. Terbaeekkk!!!!

Nasi Ayam Gemas, Yong Peng

Imej
Nasi Ayam Gemas, Yong Peng. On the way back, kebetulan pun dah lalu Yong Peng masa lunch. Terus singgah jap kat nasi ayam gemas ni. Ada satu sos jer dia letak atas meja. Terus tanya sambal kicap. Rupanya nak kena mintak baru dia kasi. Kalau orang first time datang mesti ingat hanya ada satu sos je. Layan jap. Lalu jalan lama for Ayer Hitam. Singgah jap beli bunga dan buah sebelum pulang. Tiba ke Gelang Patah around 4.00 pm. Leh tahan penat. Campur semalam lagi yang belum usai. Sekali sekala.

Back to nature 2015 : Sana sini jam

Imej
Back to nature 2015 : Sana sini jam. Masuk ja area yong peng, terserlahlah rupa sebenar pulang beraya ikut highway di Johor. Masak. Singgah jap di Hentian Yong Peng. Masuk balik highway. Takyah cakap banyak lagi la. Sedia ajer ler roti. Dari Yong Peng sampailah ke Senai. Tak yah cerita banyak. Memang memenatkan. Kena buat something la. Takkanlah highway Johor masih dua lane. Cerita sama setiap raya.

Jalan jalan cari makan : Kem Warisan, Kampung Sungai Berlian, Yong Peng

Imej
Jalan jalan cari makan : Kem Warisan, Kampung Sungai Berlian, Yong Peng. Leh tahan tempat makan tengahari hari. Berbaloi baloi kami makan lewat hari ni. Berbaloi perut berkonsert mega vaganza sampai lewat petang. Memang terbaeekkk!!!! For more info leh lawat blognyer di url  http://sungaiberlian.blogspot.com/ . Anda juga boleh menghubungi mereka menerusi emel sungaiberlian@gmail.com.  Orang yang boleh dihubungi adalah En. Abd. Talef (019-7192343), En. Mohd. Reza (014-9159693) atau En. Shaz'rin (012-7776413). Apapun terima kasih tak terhingga pada tuan rumah Tuan Guru Besar SK Sepakat Jaya sendiri yang membawa kami ke sini. Read on...

Audit Pengurusan Maklumat EMiS Online Batu Pahat

Imej
Bangunan baru Lokasi kedua adalah SK Sri Rengit. Sama juga. Pengurusan maklumat yang baik. Cuma sedikit penambahbaikan diperlukan. Yang lain semua OK. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!! Sesi pemantauan Encik Hairul sibuk menjawab telefon yang masuk Penerangan terperinci berkaitan penambahbaikan yang diperlukan

Sarapan pagi di Yong Peng

Imej
Signboard dia On the way ke Rengit, selaku lokasi kedua pemantauan; singgah di gerai ni kat tepi jalan. Semua makanan berasaskan kambing. Aku terpaksa menambah lemak di badan, dengan niat... sahaja aku makan untuk jadi ubattt... Kui kui kui... tapi sempat kenoneng jugak kepala aku lam kereta.. ubat nyer pasal.. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!! Mari kita makan ajak Encik Fadzli pada orang yang tepon dia Mee rebus kambing.. Sup kambing  cicah ngan roti

Audit Pengurusan Maklumat EMiS Online Batu Pahat

Imej
Pintu masuk Pagi ni pergerakan kami ke SJKC Yong Peng 2. Sekolah yang bertukar lokasi ke bangunan baru di daerah Batu Pahat. Dan yang best, sesat jap masa cari. Dah nama pun pindah lokasi. Kekeke. Alhamdulillah semua OK di sini. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!! Satu kelainan untuk sign nama sekolah Guru data dipantau Penumpuan yang jitu dari Encik Fadzli