Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jenjalan Santai

Jenjalan Santai : Tanah Bakar @ Perniagaan Bumi Jaya, Pekan Nenas

Imej
Jenjalan Santai : Tanah Bakar @ Perniagaan Bumi Jaya, Pekan Nenas. Singgah sat kat sini. Biasa beli tanah bakar. Lima kampit RM10. Tapi. Hari ni. Nasib tarak ong meh. Tanah bakar habis. Lupa. Raya Cina. Habis semua dah kena beli. At last. Amik tanah baja komposit. Sekampit RM10. Layan aje apa yang ada.

Jenjalan Santai : Pasar Selasa Pekan Nenas

Imej
Jenjalan Santai : Pasar Selasa Pekan Nenas. Ni ler target kami hari ni. Pasal datang awal tak la rasa sangat bahang yang menyengat. Pun terasa juga lepas dah tawaf satu round. Aku banyak lepak ngan kebudaks aje. Lepak kedai jual apa nam ntah kuih tu. Yang bangla suka makan tu. Dulu familiar betul ngan nama dia. Tapi. Yang kat sini biasa biasa aje. Kalau nak yang best. Aku rekemen kat Pasar Tani Taman Nusantara, atau Pasar Tani Gelang Patah. Memang marbeles, Kalau hari ahad tu. Berderet pekerja kilang bangla beratur nak membeli. Kekeke. Sambung jalan lagi. Masa ni dah jumpa semua dah, Lepak lagi kat ayam Uncle Best. Pun tak berapa best bagi aku. So so aje. Bahagian bertulang pun agak rare. Hehehe. Tapi. Boleh la. Apa yang best pasal kami ni. Perasan tak kami baru aje sarap tadi. Sambung lagi melantak. Ish ish ish. Jalan lagi sampai ke setiap ceruk. Baju JDT pun ada. Tanya berapa harga. RM38. Ish ish ish. Memang aku tak minat sangat ngan design kali ni. Tanya iqa nak yang merah idak

Jenjalan Santai : Berbasikal keliling kampung

Imej
Jenjalan Santai : Berbasikal keliling kampung. Kalau ikut. Aku ada agenda lain jugak. Dah lama tak rakam gambo keliling kampung pakai SJ4k. Sekaligus. Nak bawak kebudaks yang dah lama tak cycling. Tapi. Disebabkan ici takut nak duduk belakang. Sampai ke sudah dia duduk atas pangku cam gambo aku nih. Memang semua tak jadi kenyataan la. Tu lum cerita adik inaz tak berani nak bawak iqi. So. Semua naik basikal dengan aku. Adik inaz ja bawak solo. Dari segi picas. Melepas la. Dari segi pusing keliling kampung. Dapat la aku pusing seround semua jalan. Iqi masih tak puas hati. Seround ja bah. Tunggu jemaat sabtu depan pulak. Pastikan bangun awal kalau nak ronda lama. Satunya sebab matahari dah naik. Paneh beb. Keduanya. Kaki aku dah mula menangkap. Kekeke. Baru seround kot. Lama tak exercise. Ni baru nak mula semula. Tunggu minggu depan yer.

Jenjalan Santai : Tomyam Eton @ Medan Selera Yong Peng

Imej
Jenjalan Santai : Tomyam Eton @ Medan Selera Yong Peng. Ni kisah lepas. Singgah sini. Makan. Layan 7 hari mencintaiku episod 27. Episod kedua akhir. Boleh tahan makanan kat sini. Tempat dia cool. Siap ada sound system keliling gerai. Marbeles ahh.

Jenjalan Santai : R&R Tapah Arah Selatan

Imej
Jenjalan Santai : R&R Tapah Arah Selatan. Singgah solat, makan dan berehat seketika. Baru tahu ada pizza kat Dunkin Donut. Order 2 untuk Iqi. Masa balik. Singgah beli buah. Adik Inaz sibuk nak berselfie katanya. Layan aje la.

Jenjalan Santai : Bazar Mydin Anjung Nusajaya

Imej
Jenjalan Santai : Bazar Mydin Anjung Nusajaya. Jenjalan jap. Beli food si iqa dan untuk family. Dah makin nampak perubahan besar bila banyak penghadang dah dibuka. Marbeles! Siap lepak kat car park makan ais krim potong derian.

Jenjalan Santai : KFC Taman Nusa Perintis

Imej
Jenjalan Santai : KFC Taman Nusa Perintis. Kalau dulu. Nak makan KFC. Kena gi makan kat R&R Gelang Patah sana. La ni. Sampai 2 bijik. Kat gelang patah ni aje. Kebudaks sibuk noo dok ajak sarap. Kalau ikut dari mula nak bukak sekolah kot. Layan ajer la. Sampai sendawa beso iqi lam KFC tadi. Iqi. Iqi.

Jenjalan Santai : Pengkalan Hulu Superbowl

Imej
Jenjalan Santai : Pengkalan Hulu Superbowl. Pakat pi penuhkan kroh jap masa kat baling tu. Jangan ingat tadak bowling kat sini. Gi sebelah stadium dan masjid kroh tu. Nampak la bowling ni. Boleh tahan tempatnya. Cuma bola untuk kebudaks ada satu ja. Pakat gilir la walaupun kami pakai dua lane.

Jenjalan Santai : Masjid Andalusia, Bandar Laguna, Merbok

Imej
Jenjalan Santai : Masjid Andalusia, Bandar Laguna, Merbok. Singgah sat kat sini. Maghrib + Isyak. Kawasan luas. Terjaga. Sistematik.

Jenjalan Santai : Jeti Tanjung Dawai

Imej
Jenjalan Santai : Jeti Tanjung Dawai. Singgah jap ke jeti. Saja nak window shopping. Harga a bit high then Kampung Huma. Kebudaks pakat nak naik bot ke Pantai Merdeka. Lain kali aje lah ye. Tak larat dah ni. Hahahaha. Lagipun ramai yang dewasa tak nak naik. Termasuk aku. On the way back singgah sekali lagi kat kampung huma topup sikit sikit lagi.

Jenjalan Santai : Pusat Jualan Hasil Laut Kampung Huma, Tanjung Dawai

Imej
Jenjalan Santai : Pusat Jualan Hasil Laut Kampung Huma, Tanjung Dawai. Hmmm. Tempat biasa haiza nih. Memang lebih mudah dan selesa berbanding kat pekan Tanjung Dawai. Terletak sebelum sampai Tanjung Dawai kalau ikut jalan raya dari Merbok. Kalau ikut laut. Memang terus pekan Tanjung Dawailah jawabnya. Apa yang best? Semua aku dah tak boleh sentuh dah. Huhuhu.

Jenjalan Santai : Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Imej
Jenjalan Santai : Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Ni la destinasi sebenar kami. Saja nak memperkenalkan pada the kebudaks tamadun lama kat Malaysia ni. Lebih menarik bila deme dapat nengok sendiri daripada dok dengar aje. Saja posing kat air terjun dia. Dulu masa kecik kecik, memang ni ler tempat berkubang. Lepas berkubang baru gi meronda candi. Kekeke. Tu kisah aku ngan adik adik masa kecik la. Hahaha. Tapi. Semua yang kami lalui. Sampai ke la aku ingat. Tu yang aku nak anak-anak aku jugak rasa. Pengalaman adalah guru terbaik!

Jenjalan Santai di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling

Imej
Jenjalan Santai di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling. Haa.. Ni baru lah sambung semula episod terlepas tu. Kisahnya. Kami secara tak sengaja terpaksa singgah di sini. Dah lapo sangat dah. Tambah pulak jalan jem teruk kat jambatan merbok tu. Terus atuk ajak lencong ke sini. So. Kami lepak la kat sini makan makan. jalan jalan. Sambil tengok trafik. Just dari jeti tu aje. Dah clear baru kami nak jalan semula. Boleh tahan jugak tempat ni. Ada river cruise. Ada kompleks paya bakau. Ada jeti. Cuma. Tempatnya agak terpencil sikit ke dalam. Ramai yang tak tau. Aku pun. Kalau atuk kedah tak ajak berenti. Memang sampai ke sudah tak tau adanya tempat ni. Kalau kompleks paya bakau tu dah beroperasi mesti lagi best tempat ni. Bagi aku la.

Jenjalan santai : TESCO Taman Bukit Indah

Imej
Jenjalan santai : TESCO Taman Bukit Indah. Jenjalan santai terakhir bagi tahun 2016. Beli beberapa kelengkapan yang masih lum cukup (??!!?). Poning den hahaha. Tapi takpe la. Dapat la gi cuci mata. Beli food dan sebagainya. Masa nak balik singgah medan selera dia. Dan tak lupa. Gajah purple untuk ici. Layannn...

Jenjalan Santai di Jalan Wawasan 2

Imej
Jenjalan Santai di Jalan Wawasan 2. Lepas kena paksa ekekeke, baru la si Fiqri ni dalam jenjalan ngan aku keliling jalan wawasan. Terima kasih mama pasal berjaya paksa aku jenjalan. Mama soh kuarkan stroller dari dalam kereta. Tapi aku rather dukung aje, sebab sapa tak kenal anak aku. Mana ada sorang pun yang senyap je lepak lam stroller. Semua aktif belaka cam bapak dia. So. Jenjalan la kami serata rata jalan wawasan dua nih. Lagi pun, aku pun tengah dok paksa diri untuk tak makan ubat dan amalkan gaya hidup sihat kan. Ni ler masanya. Ehehehe