Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 OLEH KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 OLEH KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Imej
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 OLEH KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA boleh dimuat turun di pautan berikut: http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2016/articlefile_file_004525.pdf TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA TEMA: “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA” Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan murid-murid yang dikasihi sekalian, 1. Saban tahun, tarikh 16 Mei merupakan hari yang amat bermakna bagi warga pendidik atau lebih sinonim dengan panggilan ‘cikgu’. Pada hari istimewa ini, para guru akan diraikan oleh anak-anak didik demi menghargai jasa dan menyanjungi pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa. Guru-guru sekalian amat bertuah kerana ia merupakan pengiktirafan tertinggi masyarakat dan kerajaan atas sumbangan tidak ternilai dalam mencorak masa hadapan anak bangsa dan membangunkan negara. Kita bersyukur ke hadrat I