Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kibarkan

Kibarkan Jalur Gemilang Dengan Rasa Megah Dan Cinta Pada Negara - Khaled Nordin

Imej
Kibarkan Jalur Gemilang Dengan Rasa Megah Dan Cinta Pada Negara - Khaled Nordin Jalur Gemilang, bendera rasmi Malaysia, bukanlah sekadar dikibar dengan perasaan kosong, tetapi ia harus dikibarkan dengan rasa bangga dan cinta pada negara, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin. Malahan, beliau berkata, nilai patriotisme yang dicapai ketika mengibarnya, juga sebagai tanda simbolik mengenang ribuan perwira negara yang terkorban dalam usaha memastikan Malaysia merdeka daripada penjajah, serta kekal dihormati dengan kedaulatan yang dimiliki. "Kerana Jalur Gemilang itu bukan hanya satu kain yang dikibar-kibar kosong. Ia adalah simbol paling penting negara kita. Ia adalah 'jiwa nurani' Malaysia. Tanpanya, apalah makna kehidupan bernegara. "Tiada simbol lain yang sepenting, seutama dan sehebat Jalur Gemilang ... (kerana) disebut sahaja nama negara Malaysia, yang pasti terlintas di fikiran semua ialah bendera negara kita Jalur Gemilang," katanya ket