Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PERUTUSAN HARI MERDEKA

PERUTUSAN HARI MERDEKA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA 57

Imej
PERUTUSAN HARI MERDEKA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA 57 "Disini Lahirnya Sebuah Cinta" Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-57 tahun ini disambut dengan suasana cukup berbeza. Seluruh negara pastinya masih terkesan dengan dua tragedi besar yang menimpa negara, iaitu kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 370 dan MH 17. Namun, dalam melahirkan rasa sedih dengan tragedi ini serta simpati yang tidak berbelah-bahagi kepada semua mangsa, saya mengajak seluruh rakyat Malaysia melihat tragedi ini dari sudut yang berbeza. Sesungguhnya, tragedi ini telah memanggil seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk bersatu mengharungi detik-detik sukar ini bukan hanya demi negara, tetapi yang lebih utama untuk keluarga-keluarga mangsa. Semangat sebegini tidak akan lahir sekiranya rakyat Malaysia tidak mempunyai jati diri dan semangat patriotisme yang tinggi untuk ber