Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel earthhour

Earthhour 2010

Imej
Malam ni, tepat jam 8.30; sekali lagi aku sambut Earthhour, buat kali keduanya. Cuma pada kali ni agak kureng best sikit. Banyak pihak yang tak peka sangat. Kalau tahun lepas, leh kata satu kampung aku bergelap. Malam ni aku rasa tak banyak sangat yang bergelap. Apa ni. Tak kisah la. Tapi yang bestnya, walaupun tutup lampu tapi cahaya bulan malam ni sangat terang. Langit terang dengan bintang-bintang bergemerlapan. Aku ngan ucu nak wat pojek shoot langit dan bulan malam ni. Dari berdiri memula, sampai aku amik tikar kat dalam umah dan tido kat laman rumah. Mama dah menjerit-jerit, pasal dua anaknya melompat-lompat nak ikut bapak dia yang selamba dog baring atas tanah kat laman tu. Last-last iqa ngan inaz masuk gak. Siann.. Aku ngan ucu masih ngan kerja menembak bulan lagi. Sekali mama dah pasang lampu. Dah cukup-cukup la tu.. Nak sambung moonhour lak ke.. Dah 9.30 lebih dah rupernyer.. Masuk dan mandi.. hahaha... :: Klik untuk cerita penuh :: Ucu tak over tempak lepak aku ja

Pra Earth Hour 2010

Imej
Tahun ni earth hour dibuat pada 27 Mac, berbanding tahun lepas 29 Mac. Memang syiok woo buat mender yang ada sesetengah orang cakap buang karan jer ni.. Apasal buang karan lak.. kan jimat karan tu.. Bumi pun dapat la sejuk seketika selama sejam. Esok tepat jam 8.30 malam marilah kita sama-sama mematikan lampu selama sejam sebagai simbolik dan menyejukkan bumi sekejap selama sejam. Bukannya lama sangat pun.. sejam jer. Dan memang rasa sangat best, bagi aku la. Sebab aku dapat nembak bintang dengan sangat gembira. Bila lampu semua kita tutup, kita dapat nengok bintang-bintang di langit dengan sangat jelas. Tengokla gambo-gambo earth hour 2009 aku yang lepas.. di sini Enjoice...Sharing is power!!!

Earth Hour 2009

Imej
Earth Hour 2009 At Jalan Wawasan 2, Gelang Patah, Johor, Malaysia Best gak malam ni Kat Awana cafe nampak best gak dia wat dia pasang lilin sepanjang-panjang meja dia lampu semua tutup cam raya lak sampai rumah kemas barang pastu terus tutup lampu yang tak best banyak sangat keter motor lalu lalang dok jer ler dediam kat rumah hampes tul sesambil tu nengok bintang kat langit yang dah lama aku lupakan..