Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ribut Taufan

Ribut Taufan Dijangka Bawa Semula Jerebu Ke Malaysia Mulai Hari Ini

Imej
Ribut Taufan Dijangka Bawa Semula Jerebu Ke Malaysia Mulai Hari Ini Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak dijangka terjejas ekoran ribut taufan (cyclone) di timur Filipina yang menolak angin dan membawa jerebu dari Indonesia kembali ke Malaysia mulai Rabu. Pegawai Meteorologi Kanan Pusat Cuaca Nasional, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata kawasan terlibat di Semenanjung termasuk bahagian selatan Perak ke bawah, pantai Barat hingga ke Johor serta sebahagian Pahang dan beberapa kawasan di Sarawak. "Kawasan-kawasan ini akan menerima angin ribut taufan yang membawa jerebu dari Indonesia namun tidak dapat dipastikan sejauh mana tahap keadaan jerebu yang akan berlaku," katanya kepada Bernama. Beliau berkata terdapat kemungkinan berlaku semula jerebu selepas keadaan beransur pulih dalam tempoh seminggu lepas, tetapi ia bergantung kepada tiupan angin sama ada sangat perlahan atau kuat dalam masa peralihan monsun yang sentiasa berubah-ubah. "Mungkin suka