Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel doktor cermin

Cian En. Ziqri

Imej
Tarikh : 10 Disember 2010 Masa : 8.00 malam Tempat : Kat umah Mood : Sangat sangat sangat marah Tetiba ja dengar mama nangis. Sekali dia dukung ziqri, berlumuran darah. Sudah.. Ni apasal la pulak nih.. Rupanya kena cakar ngan encik yusri, kucing aku kat kampung la tu. Ni aku dah start temper nih. Apa apa pun, setelkan ziqri dulu. Pegang dia, sapu krim gamat, tapi luka yang bawah mata tu memang tak berenti jugak. Last last bawak ke klinik. Orang memang sangat ramai kat klinik. Mintak izin dari semua nak masuk dulu. Dapat masuk. Doktor geleng kepala nengokkan. Sib baik mata tak kena. Alhamdulillah, terus gi cuci dan sapu iodin. Dapat antibiotik dan krim sapu. Terima kasih pada semua kat klinik tu semalam. Balik ingat aku nak buang en. yusri kat gunung inas. Sib baik aku tak jumpa dia.. Balik dari Kroh baru jumpa. Tak kira misi mesti dilakukan. Haiza kata, akhirnya orang yang bawak en yusri balik ke rumah jugak yang akan buang dia. Nasib dia la.. Aku buang dia kat pasar besar

Doktor Cermin : Tukar cermin depan Wira

Imej
Tarikh : 15 September 2010 Masa : 1.10 petang Tempat : Doktor Cermin Sdn. Bhd., Skudai Mood : Oooo.. itu maciam ka kalu mau tukar itu celemin Masa rehat hari kitaorang pakat perabih masa kat Doktor Cermin kat skudai. Rupanya kat Perling tu pun cawangan dia jugak. Kisahnya cermin keter wira si mat nor ni dah crack. Ada la dalam 1 kaki panjang dia. So, bawak la ke doktor cermin nih. Tanya dia camner.. Dia kata kalau lebih dari 6 inci lebih baik tukar cermin baru saja. Kos pun tambah sikit lagi jer. Masa dia nengok tu dia cakap kalau repair jer RM250. Tu yang terus tanya cermin baru dabel layer baper.. dia kata baru RM380 siap pasang sumer aaa.. Teruih jadi.. Baguih mat nor. Aku terus ja tanya, amik gambo buleh. Ambik la bang. Habis.. Memula memang dia senyum jer.. Lelama aku rasa dia pun dah rimaih.. Mesti nyesal bagi aku amik gambo.. Dah macam wat dokumentari pun dah ada.. hahaha.. jangan malah malah aaa.. sumer olang muleh nampak loo.. Klik untuk cerita penuh Namp