Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

MAKLUMAN RASMI STATUS SEKOLAH NEGERI JOHOR DITUTUP EKORAN JEREBU PADA 30 SEPTEMBER 2015

Imej
MAKLUMAN RASMI STATUS SEKOLAH NEGERI JOHOR DITUTUP EKORAN JEREBU PADA 30 SEPTEMBER 2015 (SELASA). Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Kenyataan media oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 29 September 2015 berkaitan perkara di atas adalah dirujuk. Sehubungan itu Semua murid tidak perlu hadir ke sekolah. Bagi murid-murid yang tinggal dan sudah balik ke asrama seperti SBP dan Asrama Harian, mereka boleh terus tinggal di asrama dengan kawalan warden.  Guru-guru yang rajin dan sentiasa berada di sekolah maka tiada halangan mereka hadir.  Anggota Kakitangan Pelaksana hadir bertugas seperti biasa.  Semua kursus yang dilaksanakan melibatkan guru di daerah pada 30.9.2015 yang wajar ditangguhkan boleh ditangguhkan.  Pengetua/Guru Besar dan beberapa orang Penolong Kanan/guru perlu hadir ke sekolah pada awal pagi untuk memastikan kelicinan urusan cuti pada hari esok.  Sebarang pertanyaan berkaitan dengan perkara di atas boleh berhubung dengan Ketua Unit Pengurusan Seko

SEKOLAH DITUTUP DI JOHOR PADA 30 SEPTEMBER 2015 - KENYATAAN MEDIA KPM

Imej
SEKOLAH DITUTUP DI JOHOR PADA 30 SEPTEMBER 2015 - KENYATAAN MEDIA KPM Kesemua 1,178 buah sekolah di Negeri Johor yang menempatkan seramai 618,326 orang murid ditutup pada hari esok, 30 September 2015 (Selasa) berikutan keadaan jerebu yang masih tidak berubah di Negeri Johor. Pembukaan sekolah pada hari berikutnya, 1 Oktober 2015 (Khamis) adalah bergantung kepada bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang akan diumumkan pada esok petang.

KFC Nusa Perintis petang ni

Imej
KFC Nusa Perintis petang ni. Tetiba si iqi sibuk nak piza. Ni semua kes pamplet pizza hut yang ada kat tangan dia tadi. Mana dia nak makan pizza sambal bilis nih. Last last nak pulak dia ngan cadangan KFC. Layan aje ler.

MAKLUMAN RASMI STATUS SEKOLAH NEGERI JOHOR DITUTUP EKORAN JEREBU PADA 29 SEPTEMBER 2015

Imej
MAKLUMAN RASMI STATUS SEKOLAH NEGERI JOHOR DITUTUP EKORAN JEREBU PADA 29 SEPTEMBER 2015 (SELASA). Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Kenyataan media oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 28 September 2015 berkaitan perkara di atas adalah dirujuk. Sehubungan itu Semua murid tidak perlu hadir ke sekolah. Bagi murid-murid yang tinggal dan sudah balik ke asrama seperti SBP dan Asrama Harian, mereka boleh terus tinggal di asrama dengan kawalan warden.  Guru-guru yang rajin dan sentiasa berada di sekolah maka tiada halangan mereka hadir.  Anggota Kakitangan Pelaksana hadir bertugas seperti biasa.  Semua kursus yang dilaksanakan melibatkan guru di daerah pada 29.9.2015 yang wajar ditangguhkan boleh ditangguhkan.  Pengetua/Guru Besar dan beberapa orang Penolong Kanan/guru perlu hadir ke sekolah pada awal pagi untuk memastikan kelicinan urusan cuti pada hari esok.  Sebarang pertanyaan berkaitan dengan perkara di atas boleh berhubung dengan Ketua Unit Pengurusan Sekol

Taklimat Dan Bengkel Prapelaksanaan PBPPP JPN Johor

Imej
Taklimat Dan Bengkel Prapelaksanaan PBPPP JPN Johor. Bilik Gelenggang. Selesai. Now. Kena rancang untuk beri taklimat pada PYD la pulak.

Pemerhatian Mata Kasar IPU sekitar Nusajaya dan Johor Bahru

Imej
Pemerhatian Mata Kasar IPU sekitar Nusajaya dan Johor Bahru. Pagi ni nampak lain. Sama macam keadaan ketika Singapura membuat keputusan untuk menutup kesemua sekolahnya Jumaat lepas. Dan. Akhirnya. Sebelah petang; KPM ambil keputusan untuk menutup sekolah seluruh Johor pada keesokan harinya.

SEKOLAH DITUTUP DI MELAKA DAN JOHOR PADA 29 SEPTEMBER 2015 - KENYATAAN MEDIA KPM

Imej
SEKOLAH DITUTUP DI MELAKA DAN JOHOR PADA 29 SEPTEMBER 2015 - KENYATAAN MEDIA KPM Kesemua 1,178 buah sekolah di Negeri Johor yang menempatkan seramai 618,326 orang murid ditutup pada hari esok, 29 September 2015 (Selasa) berikutan keadaan jerebu yang tidak menentu di Negeri Johor. Pembukaan sekolah pada hari berikutnya, 30 September 2015 (Rabu) adalah bergantung kepada bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang akan diumumkan pada esok petang.

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2016 - FORMAT DAN INSTRUMEN CONTOH

Imej
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2016 - FORMAT DAN INSTRUMEN CONTOH Dimaklumkan bahawa Format dan Instrumen Contoh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2016 telah disediakan untuk rujukan awam. Muat Turun Format Mata Pelajaran Bahasa Format Mata Pelajaran Matematik Format Mata Pelajaran Sains Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Matematik SK Matematik SJKC Matematik SJKT Sains SK Sains SJKC Sains SJKT Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Kertas BI UPSR Dipecah Kepada Dua Gred Mulai 2016 - Lembaga Peperiksaan

Imej
Kertas BI UPSR Dipecah Kepada Dua Gred Mulai 2016 - Lembaga Peperiksaan PUTRAJAYA, 28 Sept (Bernama) -- Kertas Bahasa Inggeris (BI) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk pemahaman dan penilaian dipecahkan menjadi dua gred berasingan mulai tahun depan, kata Pengarah Lembaga Peperiksaan Datin Nawal Salleh. Beliau berkata pada UPSR sebelum ini, ujian pemahaman dan penilaian bagi subjek BI digabungkan sebagai satu gred sahaja dan hanya kertas Bahasa Melayu (BM) yang mempunyai dua gred. "Langkah mengasingkan gred pemahaman dan penilaian bagi kertas BI dibuat sejajar dengan usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar," katanya dalam sidang media mengenai format baharu peperiksaan pusat UPSR 2016 di sini Isnin. Berikutan pengasingan ujian kertas BI itu, calon UPSR bagi Sekolah Kebangsaan (SK) akan mendapat enam gred mulai tahun depan berbanding hanya lima gred sekarang manakala calon Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina SJK Tamil

Seorang Jemaah Malaysia Disahkan Terkorban Dalam Insiden Rempuhan Di Mina

Imej
Seorang Jemaah Malaysia Disahkan Terkorban Dalam Insiden Rempuhan Di Mina 'Suami Sangat Berhajat Melontar Pada Waktu Duha' - Isteri Zulkifly Daripada Mohd Shukri Ishak MAKKAH, 28 Sept (Bernama) -- Isteri jemaah haji Malaysia yang terkorban dalam insiden rempuhan di Mina, reda dengan ketentuan Ilahi kerana suaminya sememangnya sangat berhajat untuk berjalan kaki dari Muzdalifah ke Mina, bagi melaksanakan ibadat melontar pada waktu duha (antara 7 pagi hingga 11 pagi). Suriahanim Abd Hamid, 40, berkata pada awalnya beliau cuba menghalang suaminya, Zulkifly Samad, 50, berbuat demikian kerana tindakan itu nyata tidak mengikut nasihat Tabung Haji (TH) yang telah menetapkan waktu untuk jemaah Malaysia melakukan ibadat melontar di Mina, selepas 5.30 petang. "Memang niatnya hendak berjalan kaki dari Muzdalifah ke Mina (selepas berwukuf di Arafah pada 23 Sept), kami naik bas bersama ke Muzdalifah (untuk bermabit) dari Arafah. Riak wajahnya berubah bila saya tidak berset

KSPPD Site Setting Visit

Imej
KSPPD Site Setting Visit. Dari pagi sampai la ke petang. Half done. Petang a bit worst sebab satu skudai tiada bekalan elektrik. Tunggu punya tunggu punya tunggu. Last sekali den buek yo diagram sebelum pulang. Banyak jugak bincang ngan geng geng BTPN pasal the tech and 21st Century Learning no. Dan ada jugak bahan yang aku ambil untuk kiosk. Tu cerita esok la pulak kan.

Kiosk Informasi JPN Johor - A little preview to the boss

Imej
Kiosk Informasi JPN Johor - A little preview to the boss. Ambil pendapat. Kumpul semula. Bincang dan teruskan apa yang sewajarnya. On the right track. Harap esok dapat apa yang diharapkan.

Majlis Kenduri Kak Ani Langsir

Imej
Majlis Kenduri Kak Ani Langsir. Semalam. Dewan Terbuka Jalan Wawasan. Hari ni baru berkesempatan update. Pilihan menu memang banyak. Layan. ADUN pun turut sama hadir.

Back To Nature 2015 Throwback - A Little Offroad Before Lunch

Imej
Back To Nature 2015 Throwback - A Little Offroad Before Lunch. Terus ke dusun jap. Cari derian gugur lagi. Masa balik atuk sesaja bawak jalan alternatif. Pergghhh...

Back To Nature 2015 Throwback - Jumaat Di Masjid Titi Teduri

Imej
Back To Nature 2015 Throwback - Jumaat Di Masjid Titi Teduri.

Back To Nature 2015 Throwback - Durian Di Hari Raya

Imej
Back To Nature 2015 Throwback - Durian Di Hari Raya. OK. So, raya ni kita makan buah-buahan tempatan yang kebetulan kena pada masanya. Derian, rambutan. Nice.

Majlis Pertunangan Syuhada dan Hasbi - the full coverage

Imej
Majlis Pertunangan Syuhada dan Hasbi - the full coverage. Dari mula sampai ke akhir. Alhamdulillah. Selesai. Ikat setahun.

Masjid Siti Khadijah - The Return

Imej
Masjid Siti Khadijah - The Return. Lama tul aku tak solat jumaat kat sini. Kebetulan kat sini hari ni. Langsung singgah. Dah banyak berubah. Bawak ziqri sekali. Senang dia sekarang ni. Ajak ja ke masjid, mesti dia ikut.

Majlis Pertunangan Syuhada dan Hasbi - The Last Prep

Imej
Majlis Pertunangan Syuhada dan Hasbi - The Last Prep. Kami tiba pun agak lewat sedikit. Atuk dan yang lain dari pagi dah di sana. Tinggal last prep aje lagi. Semoga semua berjalan lancar.

Majlis Pertunangan Syuhada dan Hasbi - Hantaran Sebelah Perempuan

Imej
Majlis Pertunangan Syuhada dan Hasbi - Hantaran Sebelah Perempuan. Lapan dulang termasuk kek yang mama baru lengkapkan.

Sekolah Di Singapura Ditutup Hari Ini Keadaan Jerebu Semakin Buruk

Imej
Sekolah Di Singapura Ditutup Hari Ini Keadaan Jerebu Semakin Buruk Nampaknya keadaan semakin meruncing. Bacaan indeks semakin meningkat. Apa kurangnya di kawasan Johor Bahru ni. Setakat jam 9.00 pagi ni pun kawasan Pasir Gudang dah masuk kawasan Jingga dah. Sentiasa layari portal  http://apims.doe.gov.my/v2/  untuk mengikuti perkembangan terkini yang dikemaskini setiap jam

Spagetti untuk sarap

Imej
Spagetti untuk sarap. Dari semalam nak makan spagetti. Pagi ni baru dapat. Ye lor. Lauk pauk punya la banyak semalam. Hari ni baru la ok sikit untuk a new food. Layan.

Angka Kematian Insiden Rempuhan Di Mina Meningkat Kepada 717 Jemaah

Imej
Angka Kematian Insiden Rempuhan Di Mina Meningkat Kepada 717 Jemaah SEHINGGA 11.30 MALAM : 717 jemaah haji terkorban, 863 tercedera dalam rempuhan di Mina - Direktorat Pertahanan Awam Arab Saudi Angka kematian dalam kejadian rempuhan ketika ibadah melontar jamrah di Mina, Arab Saudi, hari ini, telah meningkat kepada 717 jemaah, menurut Direktorat Jeneral Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi. Menurut jabatan itu dalam laman sosial Twitter rasminya @KSA_998, bahawa lebih 719 jemaah cedera dalam kejadian pukul 11 pagi waktu tempatan, disebabkan sikap tolak menolak bilangan besar jemaah di Jalan 204 di Mina, luar Makkah. Kawasan tersebut merupakan salah satu daripada dua laluan utama melalui tapak perkhemahan jemaah ke jamrah. Agensi berita Reuters melaporkan kejadian itu merupakan paling buruk berlaku ke atas jemaah dalam tempoh 25 tahun apabila 1,426 jemaah terbunuh dalam terowong berdekatan Makkah pada Julai 1990. Kali terakhir tragedi rempuhan berlaku di Mina adalah pada

Angka Korban Meningkat Kepada 310 Orang Dalam Insiden Rempuhan Di Mina, Tiada Rakyat Malaysia Terlibat

Imej
Angka Korban Meningkat Kepada 310 Orang Dalam Insiden Rempuhan Di Mina, Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Jumlah angka korban dalam kejadian rempuhan di Mina semasa jemaah dari seluruh dunia sedang menunaikan ibadah haji di Arab Saudi hari ini meningkat kepada 310 orang, menurut agensi berita Reuters. Memetik pihak berkuasa Pertahanan Awam Saudi, agensi itu berkata pasukan pertahanan awam sedang menjalankan operasi menyelamat dalam kejadian di pintu masuk jambatan ke jamrah untuk mengerjakan ibadat melontar jamrah di Mina, di luar Makkah. Agensi berita itu kali terakhir insiden rempuhan besar seperti itu berlaku pada musim haji 2006 dengan sekurang-kurang 346 jemaah terbunuh. Terdahulu, wartawan Bernama, Mohd Shukri Ishak telah melaporkkan dari Makkah bahawa lebih tiga juta jemaah termasuk lebih 22,000 jemaah Malaysia kini berada di Tanah Suci untuk mengerjakan Rukun Islam kelima itu. Tragedi itu berlaku ketika sejumlah besar jemaah berasak-asak di Jalan 204, di pusat perkhemaha

Kek Majlis Pertunangan Fatimah

Imej
Kek Majlis Pertunangan Fatimah. Alhamdulillah. Dah siap pun keknya. Sampai petang tadi.

Lepak santai Aidiladha

Imej
Lepak santai Aidiladha. Ucu datang. Lepak main-main sama aiman dan wani. Punyala seronok fiqri kibar bendera sampai terketuk kepala aiman. Sian aiman.

UTMKL Bengkel Asas Keselamatan Server Daripada Ancaman Penggodam

Imej
UTMKL Bengkel Asas Keselamatan Server Daripada Ancaman Penggodam. Ni sedikit buah tangan dari Dr. Syed Zainudeen untuk bengkel ni tempohari. Walaupun kami tak dapat gi, dia tetap emelkan pada semua berkaitan foto-foto dan slaid semasa sesi perbengkelan. Terima kasih atas perkongsian ini. Rugi tak dapat tengok live skill dr. Slaid perbengkelan boleh dimuaturun melalui pautan berikut bagi yang berminat : https://drive.google.com/file/d/0B3k6ZL1cZxTQeExxX2VJTTlSOUU/view Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Pasir Gudang Antara Tiga Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini

Imej
Pasir Gudang Antara Tiga Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Keadaan jerebu terus melanda negara dengan tiga kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini. Laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan Pasir Gudang, Johor mencatatkan IPU tidak sihat tertinggi iaitu 118, diikuti Larkin Lama dengan bacaan 117 dan Samarahan, Sarawak (108). Sejumlah 41 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU sederhana antaranya di Sarawak iaitu di Sarikei (98), Kuching (98) dan Tawau (82). Bacaan IPU sederhana turut dicatatkan di Kota Tinggi, Johor (95), Shah Alam, Selangor (85), Kemaman, Terengganu (84) dan Bandaraya Melaka (83). Sementara itu, beberapa kawasan lain mencatatkan bacaan IPU sihat iaitu Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (48), Tanah Merah, Kelantan (39), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (36), Alor Setar, Kedah (32), Langkawi (31) dan Perai, Perlis (28). IPU antara 0 dan 50 adalah baik,

Back To Nature 2015 Throwback - Family Group Photoshoot

Imej
Back To Nature 2015 Throwback - Family Group Photoshoot. Have fun. All of us on the day.

Back To Nature 2015 Throwback - Bunga Api Di Malam Raya

Imej
Back To Nature 2015 Throwback - Bunga Api Di Malam Raya. Tu dia punya la lama aku nyer throwback ni. Dari raya sampai ke raya hapdetnyer. Ni semua gara-gara snap tak haplod ler ni. Tu ada 300++ picas lagi tu untuk throwback nih. Hehehehe. Slow and steady.

Solat Sunat Aidiladha @Surau Nur Taufik

Imej
Solat Sunat Aidiladha @Surau Nur Taufik Pagi ni kami solat di surau nur taufik. Depan rumah. Jalan kaki ja pergi. Tahun ni takde korban dari kami nampaknya. InsyaAllah tahun depan. Panduan Solat Aidilfitri / AidilAdha Solat sunat hari raya puasa (Aidilfitri) dan solat sunat hari raya haji (Aidiladha) hukumnya sunat Muakkad (sangat digalakkan). Segala rukun, syarat serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa. Cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir. Solat sunat hari raya dikerjakan pada hari raya pertama iaitu pada 1 Syawal bagi solat sunat Aidilfitri dan 10 Zulhijjah bagi solat sunat Aidiladha. Waktu mengerjakannya ialah antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari. Solat Aidilfitri sunat dilewatkan solat untuk memberi kesempatan kepada kaum muslimin membayar zakat fitrah (kerana zakat fitrah afdal dikeluarkan sebelum solat

Waktu Solat Sunat Aidil Adha di Surau Nur Taufik, Jalan Wawasan

Imej
Waktu Solat Sunat Aidil Adha di Surau Nur Taufik, Jalan Wawasan. Baru diumumkan sebentar tadi. Esok solat sunat Aidil Adha akan dijalankan bermula jam 8.00 pagi. Panduan Solat Aidilfitri / AidilAdha Solat sunat hari raya puasa (Aidilfitri) dan solat sunat hari raya haji (Aidiladha) hukumnya sunat Muakkad (sangat digalakkan). Segala rukun, syarat serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa. Cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir. Solat sunat hari raya dikerjakan pada hari raya pertama iaitu pada 1 Syawal bagi solat sunat Aidilfitri dan 10 Zulhijjah bagi solat sunat Aidiladha. Waktu mengerjakannya ialah antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari. Solat Aidilfitri sunat dilewatkan solat untuk memberi kesempatan kepada kaum muslimin membayar zakat fitrah (kerana zakat fitrah afdal dikeluarkan sebelum solat hari raya). Manakala

Ubahsuai Jubah di Taman Nusa Perintis

Imej
Ubahsuai Jubah di Taman Nusa Perintis. Hari ni baru berkesempatan ke kedai oter baju ni kat Nusa Perintis. Hari tu dah singgah tapi dia tutup. Dah tutup. Buka setiap hari sampai jam 6 petang. Kami sampai jam 6.30 petang itu hari. So, kali dapat la juga oter jubah mama nih. Nak terus ambik tapi sebab banyak Q, lam jam 6 baru amik semula yang dah siap. Kena RM10.

Operasi Raya Haji 2015

Imej
Operasi Raya Haji 2015. Maka. Bermulalah operasi. Ayam kicap. Selamat Aidiladha 2015. Syafinaz punya outfit memang tokleh tahan tu. Tu pun nangis jugak. Pijo tangan.