Isnin, 27 Jun 2016

Weight Gain Junior for Ziqri


Weight Gain Junior for Ziqri. Semalam. Aku just beli Lactul untuk masalah sembelit iqi. Pegang lepas pegang lepas je weight gain ni. Aku fikir biar setel dulu masalah dia, baru susul ngan weight gain.
Sejak dia bermasalah sembelit. Iqi memang kurang makan. Dah tinggal sekeping. Alhamdulillah. Semalam dia dapat melabur dengan baik. So. Tadi. Dalam masa yang panjang untuk memikir apa sahaja masalah. Aku bulat tekad. Beli aje la. Kalau dia tak lepas aku nak kasi adik inaz sekali. Pejam mata aje le.

Balik dari puteri langsung singgah farmasi. Amik aje le. RM82 untuk satu tin 450g. Pergghh... Boleh tahan juga harga dia. Balik terus bancuh. 150ml. Iqi minum sikit. Terus nak muntah dan tak nak minum dah.

Tapi aku paksa juga dia minum sampai habis. Alhamdulillah. Habis. Walau muntah dua kali. Kena paksa berkali. Hehehe. Petangnya kasi lagi. Tapi dah tak ikut sukatan. Campur milo dia. Dia nak pulak. Mama kata amik la gambar sebelum selepas. Hmmm... Sib baik ingatkan.

Aku tuang sikit untuk adik inaz. Mama bising. Tak mau. Nanti adik gumuk. Tapi aku dah kasi dah pun. Hehehe.

posing bersama tin. SEBELUM. Boleh gitu

the 450g tin

belasah aje ler iqi

harap selera makan dia datang semula cam masa kekecik dulu

0 komen: