mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label klinik luar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label klinik luar. Papar semua catatan

Ahad, 19 Disember 2010

Separuh hari ku bertiduran

Klik untuk gambar yang lebih besar
Ingat lagi masa aku dapat ubat ni dulu.. penuh satu plastik nih
Apasal bila aku sakit ja mesti aku kena paksa tidur. Asal sakit, tidur. Asal tidur, penat. Bangun, makan ubat lagi, tidur. Bosan tul. Dari sepenuh tidak plastik nih, sekarang dah tinggal sikit. Yang buat tidur yang kecik kaler kuning tuh jer. Apasal doktor mesti kasi ubat yang membuatkan aku takleh terjaga ja. Tapi yang penting, luka kat kelopak tu cam dah tak sakit sangat dah. Cam dah kering dah. Alhamdulillah. Harap harap tak yah ulang gi spital lagi noo>>>>



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni ajerla benda yang aku kena hadap seharian. Pasal cuti asik belasah ajer la ubat kuning tu. Tu yang asik tidur ja satu hari tuh. Tapi kurang la sikit gatal kat mata nih. Yang penting, bangun mesti lalok seketika. Jalan pun terhoyong hayang...

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Makan nasi penuh lauk la pulak hari ni. Nasi boh sikit ja. Nak kena tukar stail makan la lepas nih..

Enjoice...Sharing is power!!!

Khamis, 16 Disember 2010

Moh ke Spital

Klik untuk gambar yang lebih besar
Ni ler bender yang aku dapat tadi nih masa kat spital kat mahmoodiah tu
Bangun ja pagi tadi, lain macam la pulak aku rasa. Apasal lak nih. Sebelah mata aku cam tak leh bukak nih. Alamek.. Problem nih. Dah tu dah janji la pulak nak buat sistem baru pagi nih. Last last mandi, bersiap dan terus drive ke tempat kije. Tapi memang rasa lain macam betul drive ngan mata kanan separuh ja terbukak.

Masuk opis terus aku mula setelkan sistem semak penempatan nih. Setel enjin ja. Data dari iskandar nanti. dua tiga kali tunjuk kat bos, rasanya dah ngam. Tinggal nak tunggu data ja lagi. Tunggu punya tunggu, aku rasa memang lama lagi nih. Terus mintak permisi nak gi spital. Belasah ajer la. Mata pun dah mula sakit dah nih. Lam 11.30 aku kuar ke spital.

Aku harap memang tak lama la, dan aku dapat apa yang aku nak. 11.55 dah setel pendaftaran, 12.03 dah setel checkup semua, 12.13 setel semua termasuk amik ubat. Pergghhh.. Memang agak mantap jugak sistem baru nombor kat spital nih.. Doktor kata dah nanah dah kat kelopak tu. Makan dulu ubat tu, lam 2 minggu kalau tak surut jugak, kita potong sikit la.. Aiiyaaa!!! Tak nak la sampai cenggitu..

Setel kat situ gi makan dulu. Ingat nak makan kat spital ja tapi lauk tak best la pulak. Makan kat ZZ bawah spital tuh. Balik sambung balik extract data untuk en. Azhar pulak. Ni pasal data jawatan untuk staf yang akan pencen tahun depan. Setel semua. Duk tak duk dah sampai masa balik. Balik ni nak makan ubat yang tahan gatal tuh. Doktor kata better makan lepas balik kerja pasal ubat tu memberi rasa mengantuk yang maha dasyat..

Balik ja nengok banyak betul surat atas printer aku. Akhirnya.. dapat jugak kad ceupac aku.. Kalau dapat semalam.. ada aku gi pakar puteri hari ni.. hmmm.. dah memang dah tertulis gamaknya.. Klik cerita penuh untuk detail>>>


©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ubat untuk mata aku.. Kena titis 2 titis 3 kali sehari.. Mak aiihh!!!

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Yang ni paling ganass.. memang dah tahap melantak ubat dah nih.. Antibiotik. 2 biji sekali makan, 4 kali sehari.. Memang penuh ubat la perut aku lepas nih

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni ubat tahan gatal super tidur punya.. Sila makan semasa berada di rumah sahaja..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Deretan surat yang menanti atas printer di rumahku

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni toksah citer.. memang datang on time ajer..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Yang ditunggu tunggu telah tiba..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Semua nama kasi masuk.. senang

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Satu kad untuk aku, dan satu kad untuk mama

Enjoice...Sharing is power!!!