Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tarikh melihat anak bulan Ramadan 5 Jun 2016

Tarikh melihat anak bulan Ramadan 5 Jun 2016

Imej
Tarikh melihat anak bulan Ramadan 5 Jun 2016. Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia ialah pada 5 Jun (Ahad), bersamaan 29 Syaaban 1437 Hijrah. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. "Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu. Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang 5 Jun di 29 lokasi merangkumi: Pontian Kecil, Johor Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Pera