Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

Yok Jenjalan : Bazar Ramadan Medan Selera BBU

Imej
Yok Jenjalan : Bazar Ramadan Medan Selera BBU. Singgah sini jap masa balik kerja tadi. Setelah dicut setengah jam, aku keluar jam 4 petang. Sampai sini around 4.15 gitu la. Cari parking, gedebak gedebuk. Target aku nasi ambeng mat corner aje. Sampai aje dah berbaris manusia. Perghhh... Layankan aje ler. Dah tak tengok yang lain dah. Tapau dua bungkus dan terus gerak pulang. Singgah Petronas BBU on the way back. Minyak udah kering wehhh...

Sepagi bersama pengurusan tertinggi

Imej
Sepagi bersama pengurusan tertinggi. Pagi ni aku ada sesi pembentangan. Nak mantapkan media sosial organisasi. Sebelum mula bincang dengan timbalan pasal tadarus. Kami akan bersama dengan pejabat pengarah dan pejabat timbalan dalam sesi bersama ustaz hanafi. Set tempat dan masa. Timbalan ajak ke ruang rehat luar. Ada sedikit penambahbaikan diminta kami bantu urus. Masuk ke bilik mesyuarat. Sesi pembentangan bermula. Ada empat pembentang. Aku yang kedua. Macam biasa. Sesi aku jap aje. Yang lamanya of coz sesi soal jawab. Alhamdulillah. Dapat kata putus. Minggu depan kita all out bersama semua team yang bakal dicadang dan dibentuk kelak. All the best!

Yok Jenjalan : Mydin Anjung Nusajaya

Imej
Yok Jenjalan : Mydin Anjung Nusajaya. Akhirnya. Semalam baru kami dapat singgah mydin. Aku lepak kat taman mainan ja dengan the jantans. Sakan deme main. Lari sana. Lari sini. Mama dan yang lain masuk berbelanja. Best jugak tempat ni. Banyak tempat leh istirehat. Nampak pak imam bukak kaunter zakat. Bayo zakat fitrah dah alang-alang jumpa. Alhamdulillah.

Jenjalan Cari Makan : KFC Iskandar Putri

Imej
Jenjalan Cari Makan : KFC Iskandar Putri. Balik. Singgah KFC. Pikir punya pikir. Aku singgah Iskandar Putri. Pasal dah sejalan. Belasah aje ler. Orang tak putus putus. Masak jugak menunggu. Sampai turn aku ayam kena tunggu jap. Sempat aku keluar snap snap sementara nunggu next ayam. Makan kat atas. Macam hotel adik inaz cakap. Terbaeekkk!!!!

Yok Jenjalan : Aeon Bukit Indah

Imej
Yok Jenjalan : Aeon Bukit Indah. Apapun. Singgah Maybank pecah duit dulu. Keluar. Angah nak apam balik. Satu singgit dah la ni. Boleh tahan jugak ye. Masa beli sempat jumpa ustazah adik. Setel ja situ terus balik. Petangnya baru keluar semula. Asalnya nak belanja bulan kat Mydin. Sekali nengok makhluk. Pergghhh... Punya la ramai. Tukar plan lah. Kita gi cari baju pulak. At last singgah ke AEON Bukit Indah. OK lah tu. Lama tak gi sini. Pun leh tahan jugak ramainya orang. Lepak lepak aje ler sambil nunggu yang lain setel. Dari kerusi lepak depan Brand Outlet. Tukar ke kerusi lepak depan AEON sementara mama dan kebudaks belanja kat popular dan jusco. Dah boring nunggu aku ajak iqi masuk. Sempat jumpa Y kat dalam. Hahaha. Aku memang tak perasan langsung orang sekeliling. Keluar. Main menan depan jusco jap. Calo. Nak gi makan. Tapi kat luar AEON.

Sekolah Tun Fatimah : 20170528 Cuti Pertengahan Tahun

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170528 Cuti Pertengahan Tahun. Khamis lepas. Amik iqa masa balik dari kerja. Jap ja dah cuti pertengahan tahun kan. Dua minggu tu cuti. Mulanya ingatkan nak singgah kedai borong. Tapi kensellah. Dah nak puasa dah sabtu ni. Nanti masa ngantor balik aje lah singgah. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Edisi Hari Guru 2017 : Semakan akhir persediaan lokasi

Imej
Edisi Hari Guru 2017 : Semakan akhir persediaan lokasi. Ni foto foto dah semakin dekat dengan hari pelancaran. Dua venue utama harus dilihat sama disamping ulang alik nak tengok buku untuk kedua dua event. Apapun... layan...

Edisi Hari Guru 2017 : Festival Hari Guru Utusan

Imej
Edisi Hari Guru 2017 : Festival Hari Guru Utusan. Gambar-gambar lama semasa hari guru yang lepas. Tengah clear up dropbox. Kebanyakan yang aku gi adalah yang rasmi. Singgah booth borak borak ngan memember yang jaga booth. Seronok. Layan ye gambo gambo yang ada ni ye

Jenjalan Cari Makan : Nasi Ambeng Mat Corner, Bandar Baru Uda

Imej
Jenjalan Cari Makan : Nasi Ambeng Mat Corner, Bandar Baru Uda. Ni cerita 12 Mei yang lepas. Sampai 3 hari berturut kami makan kat sini, menu yang sama. Kekeke. Nasi ambeng ayam. Harga dia RM6 satu. Tapi kalau amik spesel baru RM7.50. Ayam + daging. Cumanya. Semua dah tak makan daging. Kekeke. Takpe lah. Mulanya. 12 Mei gi amik iqa. Singgah makan kat sini sebelum balik. 13 Mei balik dari pusat islam nak ke angsana. Singgah lagi makan kat sini. Layan sungguh.

Problem Solved : Photoshop tak boleh buka fail

Imej
Problem Solved : Photoshop tak boleh buka fail. Adesss... Bingai aku dua hari. Photoshop menggila. Bukak fail apa pun dia tak boleh. Takde sebarang error. Bukak dan automatik tutup sendiri fail tu. Dari jemaat sampai ke la aku cari solution. Install semula. Shutdown. Restart. Namakan aje. Semua aku dah buat. Pagi ni saja dok browse lagi. And at last. Dapat solution. Reset preference! Buat sejak dari mula bukak. Kaedah dia. Tutup dulu Photoshop Tekan dan tahan butang Ctrl, Alt dan Shift Open Photoshop Dia akan keluar semula window nak benarkan run atau tidak Dah siap reset preference Haishhh... Dah banyak benda aku tak sempat nak buat. Huhuhu. Apapun. Alhamdulillah. Dapat jugak selesai. Hampir nak format kot. Kekeke. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photoofthed

Salam Ramadan 1438H 2017M

Imej
Salam Ramadan 1438H 2017M. Sebentar tadi Dato' Syed Danial Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengisytiharkan yang 1 Ramadan 1438H jatuh pada hari Sabtu, 27 Mei 2017. Alhamdulillah. Semoga Ramadan ini lebih baik dari yang lepas. Bersama kita mencari keredhaanNya. -NIAT PUASA- Lafaz niat sehari: نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. Lafaz niat sebulan: نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala

Bengkel Penyelarasan Pentaksiran Kompetensi dan Literasi Matematik dan Bacaan (PKLSMB) di bawah inisiatif PAK21

Imej
Bengkel Penyelarasan Pentaksiran Kompetensi dan Literasi Matematik dan Bacaan (PKLSMB) di bawah inisiatif PAK21. 4 Mei aku ke Kluang. Sekolah Bandar T6. Ada bengkel PKLSMB. Hmmm... Agak menarik. Semua sekolah akan terlibat. Ngeri nengokkan spec PC yang agak tinggi berbanding yang ada di sekolah. BTP tak over berkenaan peralatan yang bakal digunakan. Hope for the best.

And here come another fogging

Imej
And here come another fogging. Masa ni aku masih enjoy berada kat luar. Kali pertama kan. Eksen la. La ni. Dok lam kereta aje ler. Mana tahan kalau dah kerap sangat kena fogging kan. Memang syok amik gambo ni. Happy. Kebudaks siap main main lam asap. Hahaha. Masa tu la.

Persediaan Perayaan Hari Guru Kebangsaan 2017

Imej
Persediaan Perayaan Hari Guru Kebangsaan 2017. Of coz. Gambar yang paling banyak terperam dalam dropbox aku adalah all the persediaan dan all the meeting. Kiranya. Memang aku dok tumpu bab ni aje sejak tiga bulan yang lepas. Hmmm. Memang patut la kaki aku out. Nasib baik dah setel semua perkara. K. Layan ajelah dulu ye foto foto meetims dan perbincangan kitaorang ni.

Merayap malam @Gelang Patah

Imej
Merayap malam @Gelang Patah. Bukan sesaja nak merayap. Inaz tetiba kata dia nak beli pensel khat dan segalanya. Aku pulak memang dok mamai lagi. Adesss... Untung nasib la kalau kedai bukak lagi. Terus pecut ke talent. Penuh kebudaks sekolah sini. Hahaha. Memang diaorang pun dah biasa ngan keadaan gini. Sorang ja budak cari benda, akan ramai la budak akan datang; cari benda yang sama. Setel. Terus gerak balik. Hilang terus ngantuk malam ni. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

More fogging on Wawasan 2

Imej
More fogging on Wawasan 2. Baru dok lepak lepak sekali pengumuman dibuat. Nak fogging lagi. Layankan aje. Lepak masuk lam kereta. Cuma. Kejap bebeno la pulak petang ni.

Taklimat Audit MS ISO JPN Johor 2017

Imej
Taklimat Audit MS ISO JPN Johor 2017. 22 Mei pakat berkumpul di bilik bengkel SJQ. Taklimat untuk audit ISO nanti. Terus setkan auditee. Cam biasa. Kami kena 3 main PK; 15, 16 dan 18. All the best la pada semua. Setel aje turun ke SPsK. Cari mesin urut kaki. Sambung treatment aje ler aku sepanjang minggu ni. Layan.

Jom jenjalan urut kaki

Imej
Jom jenjalan urut kaki. 21 Mei tu memang aku dah tak tahan sangat. Kaki sebelah kiri aku dah teruk sangat ni. Memang dah mula bengkak sebelah atas. Pagi tu jenuh dok mikir. Aku nak gi klinik ke nak gi urut. Gi cari Izwan. Masa urut memang rasa urat kaki sebelah kiri aku memang tegang sampai ke lutut. Aiyooo. Memang aku belasah tul untuk Hari Guru kali ni. Lama simpan. Sekali belasah. Sib baik dah selesai semua baru mula sakit. Jadinya. Aku terpaksa la tak pergi ke Melaka esoknya. Simpan semula. Ni dah nak kena jaga balik. Play safe semula. Yang penting main event dah selesai.

Program Membudayakan Al-Quran : Ceramah Bulanan Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan

Imej
Program Membudayakan Al-Quran : Ceramah Bulanan Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan. 18 Mei sebelah pagi. Ramai kot pagi ni bergegas ke dewan seminar. Nak dengar ceramah. Jarang dengo ceramah dari ustazah. Hehehe. Sekali masuk. Alamak. Sudah tukar ka. Hahaha. Rupanya ada sebab yang kurang baik menimpa dan terpaksa dicari ganti. But. Memang terbaeekkk!!!! ustaz gantian. Rugi sapa tak dengo. Simple. Yet. Sangat berkesan.

Posing Klasik Hari Guru Sekolah

Imej
Posing Klasik Hari Guru Sekolah. 18 Mei baru turn sekolah sekolah mula meraikan cikgu cikgu di sekolah. Sekolah mama pilih theme klasik tahun ni. Jarang aku berwefie ngan mama dan pagi ni mama nak jugak amik sebab jarang dapat peluang posing cenggini. Layan jangan tak layan. Lately aku nengok banyak pulak sekolah pilih theme ni. Hehehe. Baguslah.

Zakat Fitrah negeri Johor 1438H / 2017M

Imej
Zakat Fitrah negeri Johor 1438H / 2017M. Panduan Kadar Fitrah Harga Fitrah RM 7.00  bagi   Umat Islam di Negeri Johor. Panduan Pembayar Umat Islam yang bermukim di Negeri Johor wajib menunaikan zakat fitrah di Negeri Johor Bayaran fitrah hendaklah dibayar kepada amil bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Pastikan setiap bayaran Zakat Fitrah mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor. Anda digalakkan menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum Hari Raya. Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya: ” Rasulullah S.A.W mewajibkan Zakat Fitrah kerana ia membersihkan kekotoran (dosa) orang-orang yang berpuasa dan memberi makanan (juadah) kepada orang-orang miskin, dan barang siapa menunaikannya (Zakat Fitrah) sebelum solat hari raya, maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya (Zakat Fitrah) selepas solat hari raya, ia menjadi sedekah-sed

26 Mei 2017 tarikh lihat anak bulan Ramadan

Imej
26 Mei 2017 tarikh lihat anak bulan Ramadan. Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah Jumaat ini, 26 Mei 2017 bersamaan 29 Syaaban 1438 Hijrah. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. “Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen,” kata kenyataan itu. Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi merangkumi: Pontian Kecil, Johor Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak Pusat Falak Sheikh, Kuala Muda, Ke

Poliklinik Rozikin : Iqi sakit tekak

Imej
Poliklinik Rozikin : Iqi sakit tekak. 17 mei lepas. Hari yang a bit sibuk bagi aku. Balik agak lewat. Tapi iqi tetap kena dibawa ke klinik. Dah dua hari merengek sakit tekak. Alhamdulillah. Semua OK. Sempat ngepau mainan dengan mama dia. Layan aje la.

Program Membudayakan Al-Quran : Majlis Tahlil Perdana Siri 2

Imej
Program Membudayakan Al-Quran : Majlis Tahlil Perdana Siri 2. Pagi tadi kami beramai-ramai ke surau untuk siri 2 Majlis Tahlil untuk kakitangan JPN ni. Terbaeekkk!!!! Selesai aje terus ustaz Najib bagi taklimat berkenaan kaedah penentuan bulan Ramadan dan Syawal. Banyak yang kami dapat hari ni. Memang bagus tul ilmu falak ni. Baru faham kenapa boleh nampak atau tidak ni. Tak lupa ada sedikit pindaan bagi awal muharram tahun depan sebab dua syarat tak patuh. Tunggu surat siaran aje la. Seterusnya majlis pelancaran program ihya' ramadan dan misi kemboja mengambil tempat. Paling best masa nak keluar siap dapat nasi arab. Mantop. Hehehe.

Selamat Bersara Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Hamdan

Imej
Selamat bersara Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Hamdan. Tadi Haji Rahman sempat buat ziarah ringkas di SPMICT bersama team dia. Seronok borak-borak jap. Hilang seorang lagi kawan. Semoga Haji Rahman diberi kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa dirahmati Allah. Mohon ribuan kemaafan atas apa juga kesilapan dan keterlanjuran. Selamat bersara dan menunaikan ibadah puasa.

Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) : Taklimat @JPN Johor

Imej
Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) : Taklimat @JPN Johor. Pagi tadi kami beramai-ramai lagi duduk di Dewan Seminar. Kali ni bersama barisan kepimpinan sekolah bagi taklimat PIPPK ni. Lima bab. Semua selesai. Terbaeekkk!!!! Pembangunan profesionalisme keguruan merupakan keperluan dalam usaha memantapkan keupayaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan dalam pelbagai peringkat kerjaya. KPM telah membangunkan Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) iaitu dokumen bagi membantu PPP merancang pembangunan kerjaya dan pembangunan profesionalisme berterusan. PIPPK menyediakan garis panduan kepada PPP untuk meningkatkan kompetensi diri mengikut kecenderungan dan keperluan demi mengekalkan prestasi kerja yang terbaik. Menerusi pelan ini, profesion keguruan diharap dapat diperkasakan dan menjadikan kerjaya keguruan sebagai kerjaya yang profesional dan menjadi kerjaya pilihan utama. PIPPK ialah dokumen rujuk

Perhimpunan Bulanan Bil.5/2017 Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Perhimpunan Bulanan Bil.5/2017 Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Pagi ni sepagi dalam dewan seminar. 4 dalam 1 program perhimpunan kali ni. Dalamnya perhimpunan ada sambutan hari pekerja. Dalamnya juga ada sambutan hari guru. Dalamnya juga ada majlis anugerah perkhidmatan cemerlang. Marbeles. Lain dari lain. Cara masuk. Cara emcee ditukar. Hehehe. Adha tak cakap apa apa pun. Terus kena tukar aje. Dari team cikgu, jadi team kebudak pra u katanya. Sebab hari guru. Hehehe. team pengarah masuk sebagai pilot bersama tppj, ks skpp sebagai pramugari. Memang kelas ler. Hehehe. Yang lain pun leh tahan komitmennya. Memacam stail pekerjaan boleh ditengok. Selepas ucapan aluan pengarah. Terus disambung dengan ikrar dan nyanyian lagu hari guru. Selesai aje terus anugerah perkhidmatan cemerlang didahului oleh tppj sebagai penerima. Disambung dengan anugerah pada warga SBP. Baru aku tau sebab ni lah majlis pertama anugerah perkhidmatan cemerlang yang aku ikut kot. Hahaha. First time aku ikut tu sep

Sekolah Tun Fatimah : 20170519 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170519 Lawatan Hujung Minggu. Lawatan biasa biasa aje. Makan makan. Iqa bagi kad hari ibu custom made pada mama.

Majlis Pelancaran Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dan Program Motivasi Super Success SK Taman Nusa Perintis 2017

Imej
Majlis Pelancaran Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dan Program Motivasi Super Success SK Taman Nusa Perintis 2017. Pagi tadi ke SK Taman Nusa Perintis. Ada program motivasi untuk pelajar tahun 5 dan 6. Sebelum tu. Gi makan dulu kat nusantara. Dekat dua bulan aku tak pakai jam. Pagi ni baru pakai semula. Lain macam pulak rasanya. Kaki. Toksah cerita. Berdenyut semacam ni. Seminggu punya penangan. Jalan sana sini. Cuma kali ni effect dia lewat sikit. Dah habih semua baru mula nak terasa. Nampak macam minggu depan aku stay ofis aje la gini. Ni pun dah rasa lain macam sangat dah ni. Jalan dah makin mula perlahan dah. K. Berbalik pada program ni. Baru ja duduk lam dewan tetiba pengumuman dibuat. Ibu bapa ke bilik muzik. Anak di dewan. Hokaloh. Malas tul aku nak gerak. Tetambah dalam keadaan gini. Tak pe la. Gagahkan jugak merayap ke bilik muzik. Ada perkongsian antara YDP SK Medini berkenaan KSIB di sekolahnya. Selesai aje terus dilancarkan laman web KSIB SK Taman Nusa Perintis. Aku sem

Majlis Konvokesyen 2016 Sijil Darjah Khas Agama Zon 3 dan 4 daerah Johor Bahru

Imej
Majlis Konvokesyen 2016 Sijil Darjah Khas Agama Zon 3 dan 4 daerah Johor Bahru. Ni cerita yang a bit dah lama. Majlis Konvo Sekolah Darjah Khas Iqa. Buat pada 13 Mei yang lepas. Sama dengan mulanya larian muafakat guru itu hari. So. Hari tu memang aku tak join kumpulan hari guru. Cuma aku ikut perasmian Menteri Pendidikan kat Angsana aje sebelah petangnya. So. Pagi tu awal kami gerak. Singgah kat perling nak sarap. Satu kedai pun tak bukak lagi. Last last makan nasi lemak tepi jalan ngan air milo dari kedai mesra petronas. Takpe la. Janji perut berisi. On the way memang nampak ramai yang berbaju KrMJ. Dah laluan dan tempat hampir sama kan. Cuma aku lajak terus ke Pusat Islam. Sampai sana. Pergghhh... Kaku jap. Sudah. Daftar kena dengan cikgu sekolah agama dia. Poning beb. Iqa ni ngajinya kat sekolah lain. Ambik periksa kat sekolah lain. Result semua kat sekolah diambil periksa. Mana la dia nak cam sangat geng geng dia. Kekeke. Terpaksa la tanya setiap ustaz ustazah setiap barisan ma

Taklimat Pelaksanaan Projek ICT JPN Johor 2017

Imej
Taklimat Pelaksanaan Projek ICT JPN Johor 2017. Sebelah petang lepak dalam bilik mesyuarat utama. Ada taklimat daripada BPM. Kusangka ada 3. Rupanya 4 vendor. Mulanya dengan Prestariang untuk Microsoft. A bit tak best sebab Power BI dia tak cover sebab PADU dah registered katanya. Lepas tu dengan Telekom Malaysia on GovNET. Next come Novalis kalau tak silap berkaitan dengan anti virus baharu. Dan diakhiri dengan novalis jugak berkaitan PM untuk server. Tu yang ingatkan 3 aje tu. Pasal novalis aje ada dua representative. Last BPM buat rumusan sebelum taklimat ditutup. Jam 6.00 petang jugak baru setel. Perghhh!

Small eat eat SPMICT Hari Guru 2017

Imej
Small eat eat SPMICT Hari Guru 2017. Setel bab pengarah, KS tanya nak makan apa. Wahahahaha. Ketawa jahat tu. Dok mikio jap. Kita tepon aje Nasi Ayam Penyet Jakarta. Siap ngantor sampai ke opis. Terbaeekkk!!!! Makan makan hari guru. Tinggal takde sukaneka ngan nyanyi nyanyi aje. Takpe. Tahun depan mus ngan adi asah lidah. Boleh buat persembahan. Kekeke. Shima dari kurus keding dah boleh nak celen fizal dah body dia. Makan aje.

Sepagi bersama pengarah

Imej
Sepagi bersama pengarah. Actually. Dari semalam aku dok mikir nak buat something dari pengarah untuk semua cikgu-cikgu Johor. Sekali pagi tadi, baru ja aku duduk kat meja tetiba yati call. Bos nak jumpa jam 8.15 pagi. Wah. Dalam kepala  dah mula dok mikir sebab apa. Terus prepare dokumen EKMLTK pasal tu yang paling dekat nak kena setel. Jumpa bos. Memang. First dia tanya pasal EKMLTK. Selesai. Bab dua keluar. Saya nak bagi ucapan terima kasih saya khas pada semua. OK. Terus gi prepare. Tepon fizal. Kamera mana nak pakai yer. Last last aku teringat kamera galaxy aku memang aku letak lam laci semalam. Memang macam Tuhan dah lorongkan aje. Biasanya aku memang simpan dalam laci di rumah. Bila ada benda atau majlis baru aku bawak. Fizal dah ready. Tempat dah setting. Aku karang sikit. Timbalan pun bantu semak. Suruh mus semak. Siap tambah pantun gitu. TQVM mus. Tengah dok nengok sekolah pun sempat lagi nak nolong. Rakam. TQVM pada Fizal. Dari awal sampai la gabung dan edit. Setel. Mustak

Perayaan Hari Guru Kali Ke-46 2017 Johor : From My Point Of View

Imej
Perayaan Hari Guru Kali Ke-46 2017 Johor : From My Point Of View. Yang pasti. Hari ni penat. Sampai kat situ awal. 7.15 pagi dah sampai kat stadium. Parking. Terperasan seseorang yang aku rasa sangat aku kenal. Yup. Member lama. Gi borak borak jap. Sambil berjalan baru aku tahu yang dia la ni dah jadi pegawai khas KPPM. Tak sangka noo... Hahaha. Ronda jap around tempat pendaftaran. Ronda masuk. Sekali en. Baba panggil. Dua isu. Azhar BTPN dan Pegawai Media Pejabat PM. Hmmm... Setelkan jap. Ronda luar jap. Sempat selfie ngan artis hari ini. Terbaeekkk!!!! Kalau korang perasan pun. Aku memang lebih banyak bergambar dengan rakan-rakan lama daripada VIP. Memang habit dari dulu kot. Orang belakang tabir. Kecuali deme datang, kena la entertain kan. Masuk dalam. Cari tempat paling strategik mengikut amalan aku, Wakakaka. Memang aku pun dah tak larat nak jalan or berdiri lagi dah pun sebenarnya. Terus aku lepak aje kat situ sampai la majlis habis. Sempat borak ngan cikgu Aziz. Dah jadi peng

Teks Perutusan Hari Guru Tahun 2017 Oleh YB Menteri Pendidikan

Imej
Teks Perutusan Hari Guru Tahun 2017 Oleh YB Menteri Pendidikan boleh dimuaturun melalui pautan berikut :  http://moe.gov.my/images/KPM/UKK/2017/05_May/TEKS_PERUTUSAN_BOS_HARI_GURU_2017.pdf TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 YB DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA TEMA: “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA” Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia. Tuan-tuan dan puan-puan warga pendidik yang dikasihi sekalian, Pendahuluan 1. Setiap tahun, 16 Mei merupakan tarikh keramat yang disambut sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan warga pendidik di seluruh negara. Saya bersyukur kerana sudah hampir lima dekad rakyat Malaysia menyambut dan merayakan Hari Guru; iaitu buat kali yang ke-46 pada tahun ini. Penghormatan kepada para guru amat layak diterima atas kegigihan mereka mencurahkan segala ilmu, khidmat bakti dan tunjuk ajar demi mendidik anak watan menjadi insan cemerlang yang berpe

Teks Perutusan Hari Guru Tahun 2017 Oleh YBhg. Tan Sri KPPM

Imej
Teks Perutusan Hari Guru Tahun 2017 Oleh YBhg. Tan Sri KPPM boleh dimuaturun melalui pautan berikut :  http://moe.gov.my/images/KPM/UKK/2017/05_May/TEKS_PERUTUSAN_KPPM_HARI_GURU_2017.pdf TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA TEMA: “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA” Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia. Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan murid-murid yang dikasihi sekalian, Pendahuluan 1. Saya bersyukur kerana 16 Mei muncul lagi sebagai satu hari yang amat istimewa bagi semua warga pendidik. Pada hari ini, saya mengucapkan “Selamat Hari Guru” dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, pengorbanan dan perjuangan para guru menyampaikan ilmu kepada anak-anak kita. Untuk kali yang ke-46 ini, kita bersama-sama meraikan hari guru sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan tertinggi masyarakat terhadap sumbangan besar dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh para guru