mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label fiber optic. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fiber optic. Papar semua catatan

Khamis, 11 Mac 2010

Penggabungan projek rangkaian fiber + wifi YB

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarPasal banyak sangat problem, terutama blok bengkel yang selalu kekadang dapat, kekadang tak. Maka dengan rasminya; hari ini aku menggabungkan projek wifi yang aku pow dari YB tahun lepas dengan projek KPM nih.. So 4 AP yang aku sambung secara bridging selama ni dengan rasminya menjadi AP kekal di 4 lokasi berbeza.. Yang pertama tetap akan berada kat pusat akses untuk cover seluruh blok A + KPM nyer depan bilik guru, so ada 2 AP untuk cover blok utama sekolah ni. AP yang kedua akan sambung direct ngan line kat pendidikan khas yang aku tarukkan switch. So yang ini untuk cover seluruh blok B dan blok bengkel kat belakang tu. Yang ketiga letaknya kat prasekolah. Khas cover pra jer tau. Pasni semua bebudak pra leh bawak ipad. hahaha.. dan yang last untuk blok C dan padang.. Letaknya kat dalam bilik mesyuarat. Senang usop nak daftar sukan tengah padang nanti. hahaha.. So.. sekolah aku dah fully assessible.. hoyeee... Test tadi pun ok la.. tapi yang paling aku tensen, kat sini selalu kena kilat la.. tu jer yang pobemkan kepala hotak aku sekarang nih..

::Klik untuk cerita penuh::





©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni kat pusat akses.. sambung terus jer.. tapi kena setting balik. tukau dari bridging mode ke AP mode semata.. dah ada fiber, wat per nak bridge lagi kan..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni kpm punya, depan bilik guru, sebijik lagi depan perpustakaan. Plan aku untuk rangkaian ni memang semua bilik khas dapat wired.. AP ni just nak cover luar jer..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni lam bilik pendidikan khas.. satu point jer. so + switch, sambungkan AP.. dapat sampai belakang.. hoyeee...

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tengah dok pikir camner nak kemaskan sikit wayar-wayar terjuntai tu..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Plug pun kena share.. hahahaha.. takpe la.. janji rock..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dah settle 2 bilik.. esok aku nak belasah lagi dua bilik.. yaaa.. pra dan bilik mesyuarat..



Enjoice...Sharing is power!!!

Jumaat, 26 Februari 2010

SKTTA1 fully linked

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarKerja-kerja pemasangan fiber optik, cat6 & access point untuk SK Taman Tn Aminah 1 telah pun siap sepenuhnya pada hari Selasa. Sempat jugak aku gi test beberapa port, sebelum aku gi PKG untuk meneruskan kerja-kerja multimedia ni. Antara port yang aku test semestinya port Pendidikan Khas. Satu sebabnya sebab port ni bakal menjadi punca utama untuk blok C dan blok bengkel dan makmal kat belakang tu. Blok A & B memang semua bilik-bilik khasnya fully wired dan seluruh kawasan dicover dengan wifi. Sekarang tinggal blok belakang yang merangkumi bengkel, makmal, bilik muzik, stor sukan, bilik seni dan bilik SAL yang masih belum disambung talian berwayar.. Walaupun wifi dapat mengatasi maalah ni tapi bagi aku bilik-bilik khas ni lebih sesuai disambung secara wired. Aku akan cuba usahakan dimasa hadapan.. InsyaAllah..

Petang ni sekolah aku dipenuhi dengan bala tentera dari PKG dan PPD, dibantu oleh 4 technician. Sebenarnya projek serampang dua mata jugak ni. Satunya untuk meluluskan projek fiber ni, yang keduanya untuk dimasukkan dalam dokumentasi dan video korporat PPDJB. Kira jalan ajelah kan.. TQ all.

::Klik untuk cerita penuh::


©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
En. Kadir in action.. Rack kedua di bilik guru..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
OK.. semua line linked.. Kita gi tempat lain lak..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sesi tengok plan..banyak jugak ko pau fiber ekk.. Sampai 3 line..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Main station.. dah makin sempit dah bilik server nih.. dah dua rack tinggi tu..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Makmal semua ok kan.. wauuu.. giler babas laju tu.. ping sambungan ke luar la.. makmal aku masih kekal line lama..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Briefing Pn. Raila yang mewakili GB oleh En. Kadir..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sesi meluluskan projek..


Enjoice...Sharing is power!!!

Khamis, 28 Januari 2010

Rutin harian

©2010mknaceunlimitedNampaknya apa yang aku nak try buat tak berjaya jugak aku buat. Ala, yang kengkonon nak hapdet setiap hari tu. Sebab apa yerk. Tak tau la nak cakap camna. Maybe sebab rutin harian yang menyebabkan aku hilang masa macam tu saja. Atau sebab minggu ni aku agak moody sikit. Tu cerita lain la, berkenaan moody aku tu.

So, hari Selasa mecam biasa jugak. Sama macam hari-hari lain. Bukak pusat akses, lepak pusat akses, masuk kelas, bla bla bla. Sama jer cam hari-hari lain. Cuma yang best untuk hari ni adalah, teng-teng-teng.. van nestle datang.. Makan Choco-crunch free la bebudak hari ni. Yang tak best.. Iqa masih MC. Sedih Iqa masa tengok gambo kengkawan dia makan ni. Pastu aku naik ke Pusat Akses dan try buat Roadtax dan insuran pakai MyEG.com.my. Boleh tahan gak bantuan yang dia bagi. Two thumbs up la aku kasi. Cepat tul.

©2010mknaceunlimitedHari Rabu pulak menjelma. Hari ni Iqa dah naik sekolah balik. Demam pun dah kebah dah. Hari ni jugak geng CNN datang ke sekolah. Untuk kemaskan balik Fiber Optik dan memperkemaskan sambungan kat bahagian dalam. Sambil tu dok nengok jugak cikgu-cikgi kelas yang dah mula sibuk memasukkan data SMM. Sian diaorang. Tetambah lak banyak ibu bapa yang tak isi borang dengan lengkap.

Pas aku usha sikit-sikit pasal pemasangan fiber ni, baru aku naik semula ke pusat akses. Ada jugak beberapa cikgu yang sibuk mengisi data kat sini. Lepas tu la aku terus moody; pas dapat satu call jer. Tu crita lain. Lain kali la crita. Padahal sebelum tu aku sibuk dok buat jadual untuk makmal komputer. Sib baik sempat jugak siap untuk makmal tahap dua. Yang tahap satu, terus terbengkalai sampai ke la ni. Tak tau la bila aku leh sambung wat balik. Tunggu mood aku fully recharged balik la kot.

©2010mknaceunlimitedAku balik rumah cam biasa. Langsung tak expect apa-apa. Sekali masa dok depan PC terpandang lak sampul surat beralamat kat aku. Apa pulak yang aku beli online kali ni. Macam tak tau ja.

So, aku bukak dengan penuh tanda tanya. Sekali tengok sampul lain lak dalam dia bercop MyEG. Waaa... Manyak laju maaa.. Semalam aku buat, hari ni dah dapat. Pergghhh.. memang best giler. Sebelum ni aku guna myeg just untuk bayar saman jer. Yang ni aku dengar-dengar jer. Ni yang baru aku test untuk merasakannya sendiri. Memang layakla dapat pengiktirafan. Kerja bagus maaa.. Hujung tahun ni sahih la motor ngan keter aku yang sebijik lagi tu pun aku buat pakai myeg jer kan.. You guys really do your job well.

©2010mknaceunlimitedHari ni lagi macam takde paper. Yang bezanya memula aku nengok pakcik-pakcik pekerja sekolah dengan gigih sekali mengalihkan meja batu tempat biasa aku melepak.

Apasal cik?
Nak alih ke padang. Sini dah tak sesuai. Keter pun dah makin banyak..
Oooo. Nanti saya amik gambo sekali ye cik.
Masuk TV3 tak?
TV3 lum tentu. Tamil Neesan jamin kalau saya hanto ni.
Hahahaha.

Lepas borak-borak lebih kurang gi ambik bebudak muzik. Hari ni nak ajo diaorang main rekorder. Belasah. Sumbang langkah sorang-sorang. Tak pernah main la katakan. Aja baca not. Pergghh. Masih tak biasa. Last-last aku yang label not sesatu. Dah tu baru tiup.

Habis masa hari ni. Sekali ingat pesan Pn. Teng. Bawak la Iqa gi kelas bahasa cina. Iqa tak faham apa yang Pn. Teng cakap lagi. Pn. Teng cakap.. Lai.. lai.. Iqa tengok jer. Ye la kan. Budak lagi. Mana dia didedahkan dengan orang luar bangsa lain sangat. So, tak familiar. Harap-harap dia cepat adsorb apa yang diajar nanti..


Selasa, 4 Ogos 2009

Site Survey pemasangan Fiber Optik SKTTA



Petang ni wakil dari CNN System telah menelefon aku. Boleh terkedu jap masa dia cakap dari CNN. Aku terfikir bila la pulak aku beli barang CNN ni, tapi cam familiar jer bunyinyer ni. Ingat nyer ingat nyer ingat baru tersedar... Oooo orang yang bertanggungjawab menaiktaraf rangkaian sekolah aku.. Boleh boleh boleh. Datang jer. Lagipun aku memang dok kat makmal jer ni.





Sesampai jer diaorang kat pejabat, aku terus tanya nak tengok pelan. Alhamdulillah. Semua yang aku lakarkan ituhari diterima sepenuhnya, dan yang paling best semua point disertakan satu plug elektrik + ada lebih lima lagi. Yahuuu..



Pastu terus aku bawak diaorang lawat tapak. Setiap tempat yang nak dipasang aku bawak. Sekali rupanya nak pasang esok. Alamak. Ni yang susah ni. Pasal tinggal aku sorang jer kat sekolah. Layan punya layan sib baik Kuo Kuang 2 ada lam list. So aku terus suruh diaorang buat Kuo Kuang 2 dulu. Minggu depan baru buat sekolah aku. Takpe la lambat seminggu jer kan. Lagipun aku ada banyak masa sikit nak berfikir.. mana aku nak reshuffle point point UTP lebih yang aku dapat tu. Hehehe