mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label senai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label senai. Papar semua catatan

Jumaat, 23 September 2016

Santai Pokemon Go @ Mamak Senai


Santai Pokemon Go @ Mamak Senai. Malamnya ke Senai. Nak ambil mak dan abah balik haji. Penerbangan sampai 2 pagi. So. Jam 11 dah lepak sini. Kalau dok rumah kang tertido aje. Sekali selak Pokemon Go. Pokestop terpacak sebelah. Gym sebelah lagi. Apa lagi. Setiap 5 minit pusing. Sampai lenguh tangan. 3 jam bahagi 5 minit. Pasang lucky egg. Pasang Insence. Selevel setengah lam tangan. Siap dapat 10 gold. Belasah gym abih abih.

Selasa, 15 September 2015

Bengkel Kerja Pendaftaran IPS dan Kemaskini Kod SMPK Tadika Swasta di bawah GTP2.0


Bengkel Kerja Pendaftaran IPS dan Kemaskini Kod SMPK Tadika Swasta di bawah GTP2.0. Terlibat untuk sesi taklimat berkaitan kod institusi di Le Grandeur Palm Resort, Senai pada Isnin, 14 September yang lepas. Seronok gak. Terasa kaki aku jalan dari lobby ke bilik seminar yang agak jauh.

Rabu, 4 September 2013

Nasi Ayam Angah


Nasi Ayam Angah. Akhirnya dapat jugak makan di sini. Dah lepas lunch hour, terbabas jauh ke depan. Around 3 lebih. Melantak lunch di kala petang namanya. Ayat nak sangat bawak kami ke sini. Katanya sepesel habih habihsan... kekekeke.. so, gi jer la.. Read on...

Jumaat, 9 November 2012

Selamat tiba ke destinasi

Alhamdulillah. Selamat tiba ke rumah. Walaubagaimanapun ada beberapa perkara yang jadi pelik bagi aku.

First, gear automatik tak leh pakai. Jem. Tapi. Lepas berenti beli limau bali dah normal semula.

Second, aircond rosak. Panas satu badan. Lepas isi minyak di air keroh. Air cond tetiba bingai. Nak jadi cerita lagi, hujan lebat lepas machap menyebabkan fogging teruk kat cermin depan. Hampir 70% tak nampak jalan. Lepas berenti semayang kat tol senai, semua pulih macam biasa.

Agak hebat ujian Tuhan pada aku hari Rabu tu. Sib baik aku dah apply cuti 2 hari. Balik makan burger la. Super pedas lagi..






Ahad, 29 Januari 2012

Johor Premium Outlet


Simple jer nak gi sini. Masuk highway. Keluar ikut exit senai selatan. Lepas beberapa minit dah nampak jpo kat sebelah kiri. Pastu, setiap simpang korang belok kiri. Tak lama tu jumpa la bangunan ambik tiket parking dia.


Hari ni memang tak banyak kereta sangat. Senang senang dapat parking kat depan bangunan dia. Masuk parking, rm3 sekali masuk. Korang parking la seminit ka, lima minit ka, setahun ka. Kadar tetap sama. Kekeke


Masuk kawasan legar dia.. Perghhh.. tersusun la. Dia buat cam lot kedai ja. Tapi persekitaran cam luar negara la.


Ada kolam, ada kerusi tempat lepak. Cuma aku rasa tak cukup kot. Kena tambah lagi ni.


Beberapa kedai top macam coach jamin kena beratur. Aiyooo.. Panjang sentiasa. Toleh belakang.. Jap jer panjang barisan belakang aku ni ha..


Sampai turn aku kena tunggu lagi... tunggu ajer la.


Sempat lagi snap. Al maklum paling depan.. eksen ler sikit. Lepas aku snap ajer terus dapat masuk.. Harga dia makdatuk. 1k keatas. Berbaloi la dapat rasa dan ramas kan.


Merayau lagi ke beberapa kedai. Kedai Bonia ni, bila aku masuk tengok line telepon hilang. Check tab, pun sama. Sahih diaorang pasang jammer lam kedai nih. Hampeh tul la...


Lagi kedai kena beratur. Aku tadak mood dah nak masuk mana mana kedai. boring la pasal suka no pakai jammer nih. baik aku snap kat luao jer.. leh checkin sekali kan


Nike pun leh tahan ramai pengunjungnyer


Gerai jajan yang paling glamer kat sini


Setabak pun ada gak kat sini..


Cuci mata jap kat carlo rino


Snap snap sambil dok pikio... pasal aku tak pernah dengar cotton up.. ker aku tau pakai jer


Rasa aku kedai ni paling cantik dia nyer scenery


Kedai yang paling aku minat. Tang harga ja aku tak minat


Kedai yang paling ramai pelanggan lelaki.. tahniah levi's


Kedai yang paling ramai orang bergambar depan dia... tahniah adidas ngan air pancut depan dia


Jap jer dah sampai balik ke ruang legar.. huhuhuhu


Lepas puas snap dan membeli baru boleh balik. Yihuu...
Beratur untuk bayar tiket parking. Snap sebelum masukkan tiket lam mesin balik.
Apapun, rasanya berbaloi jugak kot beli barang kat sini, sekiranya kita buat survey dulu.