Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

2020 - Kenangan dan cabaran

Imej
2020 - Kenangan dan cabaran. 2020. Tahun yang paling penuh dengan liku-liku dan cabaran baharu. Segalanya berubah sekelip mata. COVID-19 memang memberi satu pengalaman dan perubahan paling besar dalam lanskap kehidupan khususnya. Tiba-tiba terus terkurung. Segala komunikasi hanya bersandarkan teknologi yang mana kawasan aku hancus senang cerita. Bila dibuka semula perubahan baharu bermula. Semua yang sebelum ini kita rasa tak berani, tak boleh sebelum ini semua kena cuba jadi boleh. Pengalaman mengurus semasa covid memang memberi pengajaran bermakna. Belum tentu keputusan hari ni boleh digunapakai untuk esok. Wow. Tak tenang bekerja terutama di sektor perancangan. Hari ni hari ke 289. Nampaknya gelombang ketiga masih tak surut. Susah dah nak jangka. Ni antara kerja buat yang aku mulakan sejak hari pertama dulu. Sampai dah jadi tabiat pulak. Susah nak bercakap dengan pengurus data, kalau tak cerita pasal data. Perubahan kepimpinan juga berlaku semasa ini. Aku. Dalam pada menyahut cabara

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.3/2020

Imej
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.3/2020. Selesai mesyuarat terakhir bagi tahun 2020. Norma baharu. Pemikiran baharu. Semoga ada sinar yang lebih gemilang untuk 2021.

Majlis Kebersamaan Memacu Kecemerlangan Pendidikan Johor

Imej
Majlis Kebersamaan Memacu Kecemerlangan Pendidikan Johor. Rangkuman foto-foto sepanjang majlis. Memang terbaeekkk!!!! Ucapan aluan TPP S4PD diikuti dengan ucapan Pengarah. Pelancaran i-DRONE dan diikuti dengan penyampaian watikah PPD Partners. Banyak join dengan team teknikal kat belakang. Memang mencabar terutama bab isu audio dan kawalan slaid pengarah. Alhamdulillah semua dapat diselesaikan dan majlis berjalan dengan lancar. Samada anda terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini, anda semua memang terbaeekkk!!!!

IKEA Tebrau getaway

Imej
IKEA Tebrau getaway. Target asal adalah nak menyediakan kelengkapan yang lebih proper untuk stesen BDR kami kat rumah. Dah beberapa pembekal kami contact dan jumpa, kedai perabot kami masuk. At last kami gerak ke IKEA. Hopefully kat sini kami akan dapat kelengkapan yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Mulanya kami gerak dulu ke KIP Mall. Dah dapat call semalamnya pasal cermin mata aku dan iqa dah siap. Yang inaz lambat sikit pasal ada banyak benda nak dicalibre. Aku amik cermin yang relaxing pada mata. Teruk sangat naiknya. Setel kat sini baru kami gerak ke IKEA semula.  Sampai. Lalu semua SOP yang leh tahan juga. Terus masuk dan lihat. Mulanya dok sibuk nulis. Last last snap aje mana yang berkenan. Pasal dah lajak sikit lunch memasing dah lapar. Keluar dulu ke cafe untuk makan. Pergghhhh... Macam terover pulak ngambiknya. Tapi. Berjaya dihabiskan juga. aiyooo... Siap topup air tiga kali. Masuk semula untuk sesi pencarian. Masa mencari aku banyak duduk kat semua tempat yang boleh

MyGovUC 2.0 : Pengaktifan Webclient Baharu

Imej
MyGovUC 2.0 : Pengaktifan Webclient Baharu. Seperti yang semua maklum menerusi mel rasmi, perkhidmatan MyGovUC akan bertukar pembekal baharu. Semuanya dah web-based sahaja. Pengaktifan perlu dilaksanakan pada 27 Disember, iaitu semalam. Seawal pagi dah mula aku proses. Memula pelik juga. Macam tak gerak apa-apa. Rupanya lupa nak disable pop-up blocker untuk MyGovUC 2.0. Alhamdulillah. Setel tukar password. Pagi ni baru bukak semula. Nengok nengok gitu apa yang ada. Setakat ni baharu perkhidmatan emel yang disync. Tu pun dah ada spam. Haisshhh! Tak sabar nak cuba calendar dan conferences. Apapun kita tungguuuu perkhidmatan lain... 

Ici turns 6

Imej
Ici turns 6. Alhamdulillah. Last of the year. 27 Disember. Mulanya nak beli macam-macam. Tapi memandangkan dia tengah sakit gigi semua tu kita KIV. Makan soto dan pizza pada sebelah malamnya. Belikan dia benda yang paling diidam-idamkan sejak semalamnya. Pistol buih. Sakan dia main. Semoga menjadi anak yang soleh yang berjaya di dunia dan akhirat; dan sentiasa diberkati Allah.

Jenjalan Cari Makan : Tapak Lepak Junior, Gelang Patah

Imej
Jenjalan Cari Makan : Tapak Lepak Junior, Gelang Patah. Singgah Dinner kat sini. Memang terbaeekkk!!!!  Makanan best dengan harga berpatutan. 

Johor Premium Outlet in the new norm

Imej
Johor Premium Outlet in the new norm. Bagi siapa yang tak sampai lagi JPO masa PKPB ni sila lah parking nun jauh ke hujung sana. Sebab. Pintu bukak satu ja. Yang lain semua berpagar. Pintu kat laluan ada kolam hujung sana nu. Macam kami yang dah lama tak pergi, yang setahun sekali je pergi ni mana la nak tau. Dah park kat hujung sebelah Nike tu. Nak tak nak terpaksa la menapak sampai ke hujung lagi satu. Pergghhhh.. Masak kaki petang ni. Nak pulak hujan pulak lepas tu. Sib baik dah lepas masuk. Target utama adalah Skechers, Typo dan Nike. Dah masuk hujung opcoz la ke Skechers dulu. Lepas fisio aku dulu memang aku pakai Skechers aje ikut saranan ahli fisio tu. Memang bila dah pakai, tak reti nak tukar lain dia. Selesa dia, ringan dia. Memang lain beb. Sekali. Kasut aku takde saiz. Huhuhu. Dah la harga jauh beza banding yang lama aku tu. Yang mendapat, mama. Huhuhu. next kami ke typo. Silap percaturan adalah bila tak tahu yang Nike kena book tempat secara online. Masak. Semua dah masuk,

Misi Back To School 2021

Imej
Misi Back To School 2021. Asalnya memang kami nak balik Kedah, tapi setelah difikir dan dibincang semula; kami akan balik selepas keadaan dah tenang semula. Tunggu keadaan terkawal dan iqa selesai ambil SPM tertangguh dia. Hari Khamis pun terpaksa ditunda sebab urusan di hospital pun sampai ke petang juga. So. Hari Sabtu baru dapat bergerak. Tempat biasa di KIP Mall. Lewat juga kami keluar. Sampai aje kami mula mencari kelengkapan persekolahan kebudaks untuk 2021. Cuma kali ni kami siapkan untuk Iqi dan Ici aje. Sebab si Inaz masuk lewat. Mac nanti baru dia sekolah bersemuka. Iqa pula tahun depan persekolahan tertunda.  Jadi team mama bersama kebudaks lelaki dan aku dengan kebudaks perempuan cari cermin mata. 3 orang, tiga-tiga dah rabun. Inaz paling teruk. Naik lagi power dia. 3 tahun, 3 kali tukar cermin naik power. Iqa pun dah mula sikit rabun jauh manakala aku, opcoz la dah tua kena pakai juga cermin mata rabun dekat. Lama tak nampak clear bila baca dekat. Mana test cermin tu rasa

Leman Miko : Si Kaki Tido

Imej
Leman Miko : Si Kaki Tido. Pantang jaga, merayap cari awek. Balik rumah sibuk nak cako orang. Gi gaduh sama sitam sana. Apasal nak cako cako kaki tuan sendiri ni. Hulur sepitol kat perut tau pulak jilat jari kaki. Amik ati la konon tu. Pastu... tido. Naik kerusi, tido. Tengok kami mengemas rumah, tido. Tengok aku wat kije, tido. Aku gerak dia naik atas kerusi. Soh sambung kije aku, tido. Haissshhh!!!

Selamat Menyambut Hari Natal 2020

Imej
Selamat Menyambut Hari Natal 2020 pada semua pengunjung blog terutama bagi yang beragama Kristian. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

100 Hari Pengarah Pendidikan Negeri Johor : The Preparation On Visualization

Imej
100 Hari Pengarah Pendidikan Negeri Johor : The Preparation On Visualization. Hampir 3 minggu kami all out untuk penyediaan bahan. Semak, finalise, lepak dengan pencetak, cari pencetak tambahan. Alhamdulillah. Semuanya selesai semalam. Buku PSO dah selesai diterima minggu lepas. Siap cari pencetak tambahan yang bersedia mencetak hard cover dalam masa 1 hari lagi tu. Memang cabaran terbaeekkk!!!! Hidup aku dengan pencetak ni aku rasa daripada awal perkhidmatan masa dengan Pak Pin dulu. Ingatkan dah bertukar tempat kerja dah takde, tapi... makin banyak dan makin mencabar terutama dari segi kekangan masa. Pelajaran yang aku dapat masa mengurus awal dulu memang banyak membantu sampai sekarang. Support dan kerjasama team yang baik juga sangat banyak membantu melancarkan tugasan. So. Semalam. Seharian juga dengan team che din melaksanakan pemasangan. Awal paginya dah meronda dengan timbalan. Perbincangan awal cadangan pemasangan. Bila Che Din sampai terus kita brief pemasangan. Memang berter

Dividen ASB 2020 4.25 sen

Imej
Dividen ASB 2020 4.25 sen. Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pembayaran 5.00 sen seunit kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 membabitkan pengagihan pendapatan 4.25 sen seunit dan juga pengagihan ehsan 0.75 sen seunit bagi 30,000 unit pertama yang dipegang oleh pemegang unit ASB sempena ulang tahun ke-30 dana amanah itu. Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz, berkata pengagihan pendapatan ASB kekal kompetitif meskipun berdepan cabaran ekonomi akibat COVID-19. "Bagi pemegang lebih 30,000 unit, mereka juga menerima manfaat pengagihan ehsan ini sebagai tanda penghargaan kami kepada pemegang unit ASB yang terus setia bersama kami sepanjang 30 tahun dana ini diperkenalkan. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎

Leman Miko : More Tido Mode

Imej
Leman Miko : More Tido Mode. Tuan dia tido, dia pun tido. Masak stail tido dia ni. Yang kelako yang kat kerusi tu. Gitu sekali gaya dia. Leman sungguh.

Permohonan Mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan Atau National Professional Qualification For Educational Leaders (NPQEL) Bagi Calon Tambahan Ambilan Tahun 2021

Imej
Permohonan Mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan Atau National Professional Qualification For Educational Leaders (NPQEL) Bagi Calon Tambahan Ambilan Tahun 2021. Iklan khas permohonan secara bersasar akan dibuka yang melibatkan unjuran keperluan calon Pengetua dan Guru Besar (PGB) di Bahagian/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengikut bidang pengkhususan yang ditetapkan (Lampiran A). Bagi maksud iklan khas ini, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Bahagian selain daripada Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Khas dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan juga boleh membuat permohonan. Bagaimanapun PPP bertanggungjawab untuk berurusan dengan mana-mana Bahagian/ JPN/ JPWP yang tersenarai (Lampiran A) untuk dipertimbang

Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)/Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS)/Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Sesi 2021

Imej
Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)/Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS)/Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Sesi 2021 dibuka melalui pautan: https://epenawaran.moe.gov.my mulai 18 Disember 2020 (Jumaat), jam 5.00 petang sehingga 15 Januari 2021 (Jumaat), jam 5.00 petang. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Tadika Kemas Wawasan : Hari Apresiasi & Penyampaian Cenderahati 2020

Imej
Tadika Kemas Wawasan : Hari Apresiasi & Penyampaian Cenderahati 2020. 13 Disember. Singgah sebentar ke program sekolah ici. Norma baharu. Ala drivethrough gitu. Dah selesai pendidikan prasekolah ici. Tahun depan dah masuk sekolah. Terima kasih pada semua guru dan staf yang menjaga dan mengajar ici sepanjang berada di tadika kemas ni. Nampaknya aku aje la yang tak pernah ada sijil dan gambo graduasi prasekolah dalam keluarga kecik kami ni. Kekeke.

Selamat Pengantin Baharu : Yana & Ikram

Imej
Selamat Pengantin Baharu : Yana & Ikram. 12 Disember. Norma baharu. Nikah di Pusat Islam. Ada majlis sedikit di rumah Ucu. Saudara terdekat sahaja. Buat sedikit majlis doa selamat. Makan-makan dan sesi bergambar. Tahniah pada kedua mempelai. Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.

Meronda Wawasan

Imej
Meronda Wawasan. Cam biasa, bila ngurus data ni; masa tu memang kena urus dengan baik. Tengah dok nunggu data baharu siap dimuat turun, capai beskal dan meronda pagi dulu. Amik angin dan vitamin K sekali. Gerak ke belakang dulu dan terus ke depan. Sempat la snap snap mercu tanda sesambil meronda. Sampai rumah nengok dah ada penunggu kat kerusi kerja. Haiisshhhh!!! Nak kena duduk atas perut tu ehh!

Ici

Imej
Ici. Bila nengok balik gambo gambo ici, macam nengok balik si iqa masa kecik. Keletah dia. perangai dia. Kening and gigi. Semua remastered. Hehehe. Hari Ahad lepas ada hari terbuka kat tadika dia. Staggered. Amik result. Just nice. Pakai songkok mesti jambul ke depan juga.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 Tahun 2020 - Penguatkuasaan Warna Kasut dan Stoking Untuk Pemakaian Ke Sekolah Oleh Murid Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Mulai Tahun 2021

Imej
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 Tahun 2020 - Penguatkuasaan Warna Kasut dan Stoking Untuk Pemakaian Ke Sekolah Oleh Murid Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Mulai Tahun 2021. Muat turun Surat Pekeliling Ikhtisas melalui pautan berikut :  https://www.moe.gov.my/muat-turun/pekeliling-dan-garis-panduan/ikhtisas/2020-4/3911-spi-bilangan-4-tahun-2020-penguatkuasaan-warna-kasut-dan-stoking-untuk-pemakaian-ke-sekolah-oleh-murid-sekolah-kementerian-pendidikan-malaysia-mulai-2021 Terpulang pada kita nak pakai samada warna hitam atau putih. Warna stoking pula mengikut warna kasut yang dipilih. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Coway Servis

Imej
Coway Servis. Pagi ni coway datang buat servis. Kali kedua. Dia akan servis untuk setiap dua bulan. So maknanya kami dah guna Coway untuk bulan keempat setelah penapis air lama tu rosak. Banyak juga aku dapat hasil borak borak santai ngan staf yang datang. Quite OK dan laju juga sebab kami memang pakai penapis air ourdoor juga hasil nasihat ejen penapis air lama dulu. Dapat la nengok rupa penapis tu dari dalam. Lagi satu, dapat la nengok orang lain serviskan berbanding dulu memang semua aku buat sendiri. Hehehe.

Leman Miko : Si Tidur Mati

Imej
Leman Miko : Si Tidur Mati. Bukan sesikit dia punya nyenyak. Ko boleh buat apa saja kat dia masa dia tido. Taruk lampu suluh pun takde efek beb. So aku buat gaya dia nyuluh. Lepak katil. Sambung tido lagi. Aku taruk pedang minecraft kebudaks ni. Layan jadi king arthur la pulak. Leman miko tul la.

SK Taman Nusa Perintis : Pendaftaran dan Bayaran Tahun 1 2021

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Pendaftaran dan Bayaran Tahun 1 2021. Dapat mesej untuk pendaftaran Ici tahun depan. Sekolah buat secara drive thru. Dapat slot kedua jam 9.00 pagi. Semak senarai nama yang semuanya sama panjang. Macam biasa, cari aje nama yang terpanjang mesti jumpa punya. Just nice. Smooth and steady proses pendaftaran. Sempat berbual dengan GB yang dari jauh dah cam aku. Hehehe. 

3D Pen : More of it

Imej
3D Pen : More of it. Berikutan daripada sesi main main ituhari, yang mana kebanyakan yang kita buat banyak yang tak menjadi dari menjadi; aku order lagi beberapa barang. Yang satunya, beli lagi material PLA dari shopee. Tambah 200 meter lagi. Dan yang keduanya adalah buku 3D tracing. Sampai yang material dulu. Sakan kebudaks ni ngetest diketuai oleh Iqa. Seronok pasal banyak color kan. Yang buku 3D tu lambat sikit sampai. Dan sampai sekarang kitaorang tak guna. Haisshhhh! Apa pun aku caj dulu basikal. Lama juga tahannya bateri. Setakat keliling kampung aje sesekali.

Jenjalan Cari Makan : Port Orang Kampung

Imej
Jenjalan Cari Makan : Port Orang Kampung. Lepak jap kat sini sarap sebelum gerak ke SK Nusa Perintis. Bos dia kawan sekelas mama dulu. Boleh tahan variasi makanan dia. Lontong, goreng-goreng biasa, soto, lontong, malah sate pun ada. Hajat nak makan roti canai, tapi dah sold out. Sempat borak borak sekejap. Setakat ni buka sampai lunch aje. Lepas ni sampai malam. Terbaeekkk!!!!

Haircut by mama - Ici

Imej
Haircut by mama - Ici. Ingatkan dapat tiga orang, rupanya ici sorang aje. Boleh tahan gaya dia potong rambut. Wajib nengok cermin sepanjang masa, kecuali masa potong kat leher. Dia geli. Sampai menunduk. Sesekali dia suruh letak bedak. Gatal katanya. Siap bagi mama 70 sen upah potong katanya. Ingat ici takde duit ke.

One full day

Imej
One full day. Actually, semalam seharian aku seret kaki. At last terpaksa amik ubat juga sebelum keadaan bertambah teruk. Ingat kata doktor, jangan teragak-agak kalau sintom dah ada. Pelik juga kan. Tapi bila aku imbau apa yang aku buat pada khamis itu hari, aku rasa aku ada jawapan dia. 3 program aku sibuk ke sana ke sini. Mana taknya. Pagi tu aku gerak ke JPN. Asalnya aku gabung semua yang terlibat kat PKG Gelang Patah. At last aku ubah yang aku nyer ke JPN supaya dapat menyantuni semua. Paginya lepak jap ngan team Kulai. Buat full setting wireless beb. Dari sound system sampai ke paparan, semua wireless. Mantop beb. Tapi, kalau untuk program beso nak tak nak kena buat wired juga supaya lebih stabil. Maybe ni pembuka untuk total wireless. Selesai kat atas aku gerak ke bengkel. Buat PLC dengan team SPMICT dan SPM. Bersemuka dan intermediate course. Cantik. Setel untuk team ni terus gerak balik ke PKG Gelang Patah. Lepas lunch juga baru dapat sampai sini. Hujan turun lebat. Pecah kepal

Ici dan tablet

Imej
Ici dan tablet. Hmmm. Dah dapat tablet beso mama, terus lupa tablet kecik. Sebelum ni dok nengok mama ngajo pakai tablet juga. Last last dia beranikan diri cakap ngan mama nak lukis lukis juga. Sekali dah pakai, terus lo ni pun dah berebut ngan mama. Dia pun nak guna jugak. Kami setting satu tempat lagi khas untuk dia lukis lukis. Hehehe. Layan.

Bantuan Tambahan Khas COVID-19 MAIJ

Imej
Bantuan Tambahan Khas COVID-19 MAIJ. Bantuan disediakan untuk memberi manfaat kepada 17,000 individu yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Syarat kelayakan adalah seperti berikut : Beragama Islam Warganegara Malaysia Bermastautin di negeri Johor untuk tempoh 3 tahun Pemohon bukan penerima bantuan bulanan MAINJ Pemohon perlu melengkapkan borang di pautan Google Form yang disediakan. Tarikh permohonan adalah dari 1 hingga 14 Disember 2020. Daerah Johor Bahru : https://forms.gle/VUkjicCJYEcdpjKZ7 Daerah Kota Tinggi : https://forms.gle/DB5cHwwgZaHCcN6X6 Daerah Mersing : https://forms.gle/dc4Qr45XkUkTazTX8 Daerah Kluang : https://forms.gle/jswFFPTizvVYpDc9A Daerah Kulai : https://forms.gle/TPQ7BvRpYmDAwUjT7 Daerah Pontian : https://forms.gle/tt2k8qZErhtKbRQx8 Daerah Segamat : https://forms.gle/Cj1D9GRpbsySK24C8 Daerah Tangkak : https://forms.gle/hs41Qm9PFabawodg7 Daerah Muar : https://forms.gle/EKgB6n893S68KP7C6 Daerah Batu Pahat : https://forms.gle/BfZVAGuFRaXUWwYx6 #MinhahCovid19 #Mainj

Ragam Si Leman

Imej
Ragam Si Leman. Balik nak makan. Lepas makan tidur melingkar, tak melingkar terkangkang. Lepas tidur keluar merayap balik. Leman. Leman. Sekali tu balik teruk luka kat kaki dia. Kena gigit sitam. Ni la peneman setia aku. Masa sakit pun dia tidur kat kaki aku. Time aku tak sakit. Siap kena sakat. Semua benda ditaruk kat dia masa dia tidur. Hehehe.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Isi semula on 20 Oktober 2020. Petronas Taman Nusa Perintis. RM65.23, 38.83 liter bawak ke 509.1 km

Phatah and the three new kitten

Imej
Phatah and the three new kitten. Subuh subuh si Phatah lahirkan 3 anak kucen ni. Tambah lagi anak si Leman dan Sitam. Nampak sitam lebih dominan kat sini. Kekekeke. Dah semua anak kucen sini kaler hitam ngan oren aje. Masak... Nanti kena amik sikit la paper shred untuk tempat lepak kebudaks ni. 

Completing The Missing Pieces

Imej
Completing The Missing Pieces. At last. Lengkap juga kesemua peralatan sepatutnya. Beli 3 kerusi pejabat untuk kegunaan BDR ni. First aje yang terkial nak mencari kaedah. Lagi dua laju ja pemasangan. Dan TQ juga pasal dapat claim point dari Maybank untuk amik Tronsmart laptop stand untuk meja aku ni. Ici? Siap buat robot dari kotak kerusi tu. Layan.

Case Valker Volar 4 in 1 Luggage Set

Imej
Case Valker Volar 4 in 1 Luggage Set. Hmmm. Tetiba satu pagi teruja pulak nengokkan set beg ni. Set beg sedia ada pun dah lama sangat. Harga pun sangat OK. Terus order pagi tu. Nanti kalau kena outstation pun senang. Dapat pada awal bulan Oktober itu hari. Just nice.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Isi semula on 6 Oktober 2020. Shell Jalan Tun Razak. RM69.19, 40.46 liter bawak ke 531.3 km

PdPR Iqi : Projek Sains Tahun 4

Imej
PdPR Iqi : Projek Sains Tahun 4. Ada projek iqi kena buat. Alang-alang buat soh ici join sekali. Projek tanaman emoticon. So. kami pakai benih bayam merah. Guna mangkuk polisterin sebagai pasu. Masukkan campuran tanah organik. Letak tutup botol sebagai mata dan potongan polisterin sebagai mulut. Pastu baru tabur benih bayam. Spray air sebelum ditutup dengan plastik hitam. Lepas tu just pantau setiap dua hari. Cantik naik sayurnya. Layan.

BDR Mode - Setting up the environment

Imej
BDR Mode - Setting up the environment. Projek ni bermula pada 31 Oktober yang lalu. Amik iqa di asrama, baliknya singgah Angsana. Cari monitor second cam biasa. Dapat la monitor AOC 19' ni dengan harga RM200. Balik terus try test. Lupa pulak nak bawak balik HDMI to VGA converter. Yang penting setting awal dah siap. Sesambil tu memana barang yang kurang terus order thru shopee. Dapat la beberapa convertor pada harga kurang RM10. Tak lupa juga beli satu PC second hand juga kat shopee dengan harga RM400. Dah setel semua kena la ngajo mama camne nak guna. Rasanya habis semua benda-benda lagha yang aku beli dan jarang guna dulu digunakan full utilize untuk sesi PdPR kami kat rumah. Yang penting semua dapat guna dengan baik. All the best untuk semua. Sekali. PKPB berlangsung. Tak target langsung yang aku pun kena BDR juga. Kena buat setting sama juga kat rumah. So. Tapau satu lagi meja thru shopee dan setting baharu kami pun bermula. Adesss. Semoga dipermudah segala urusan olehNya.

Selamat Hari Deepavali 2020

Imej
Selamat Hari Deepavali 2020 pada semua pengunjung blog terutama bagi yang beragama Hindu. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Jenjalan Cari Makan : Cup Chai Bandar Baru Uda

Imej
Jenjalan Cari Makan : Cup Chai Bandar Baru Uda. Singgah jap makan selepas selesai beli beberapa perkara di Angsana. Boleh tahan juga kat sini. Masuk. Scan. Terus order dan buat bayaran. Aku amik kambing black pepper. Mama dan iqa amik spaggeti. Amik juga kacang pool di samping Ais Jagung. Yummy. 

Sekolah Tun Fatimah : Penutupan Sementara Sekolah

Imej
Sekolah Tun Fatimah : Penutupan Sementara Sekolah. Posting lama. Dah seminggu usia dia actually. Berikutan daerah Johor Bahru diisytiharkan berada dalam zon merah, semua institusi pendidikan ditutup sementara selama 14 hari bermula 1 hingga 14 November. So. Kami ke STF semula pada 31 Oktober untuk mengambil iqa. Turn murid tingkatan 5 bermula jam 3 petang. Last of it actually. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. 

3D Pen trial by the Haziq

Imej
3D Pen trial by the Haziq. Perghhh. Boleh tahan jugak ye nak master. Bukan kaleng kaleng juga ni. Dari pasang. Masuk bahan. Nak mula lukis. Kekeke. Habis segulung kaler biru gitu jer. Sambung order PLA lagi 200 meter.

Sekolah Tun Fatimah : Lawatan Ibu Bapa 30 Oktober 2020

Imej
Sekolah Tun Fatimah : Lawatan Ibu Bapa 30 Oktober 2020. Dua minggu berlalu. Lawatan dibuka semula dengan SOP yang sama. Kena declare dan buat perakuan awal. Macam biasa. Kami pilih jam 9.00 pagi. Masa 20 minit yang berharga digunakan sebaiknya. All the best and be the best Iqa!

Jenjalan cari makan : Nasi Lemak Secret Bonda, Gelang Patah

Imej
Jenjalan cari makan : Nasi Lemak Secret Bonda, Gelang Patah. Posting lama baru nak up. Sesekali bawak ici keluar jenjalan. Sempat dibelinya papan tulis magnetik ni. Sambil nunggu makanan dihantar, sempat dia nulis gitu.

Penutupan Sementara Institusi Pendidikan Daerah Johor Bahru

Imej
Penutupan Sementara Institusi Pendidikan Daerah Johor Bahru. Sebanyak 376 institusi pendidikan di seluruh Johor Bahru, Johor ditutup bermula 1 hingga 14 November ini susulan peningkatan kes positif Covid-19 di daerah itu yang disahkan sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dalam kenyataan, memaklumkan keputusan itu adalah selaras dengan perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 Oktober lalu berhubung keputusan kerajaan untuk menutup sekolah di kawasan disahkan zon merah oleh KKM. "Jumlah itu merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM, Institusi Pendidikan Guru serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM. Sekolah dan institusi yang mempunyai asrama juga ditutup. "Senarai institusi pendidikan yang ditutup di daerah Johor Bahru dilampirkan bersama-sama untuk rujukan ibu bapa, penjaga serta warga sekolah dan institusi terbabit. "Untuk makluman juga, senarai ini akan dikemaskini dar

Bengkel Verifikasi Data dan Peningkatan Pengurusan Data negeri Johor

Imej
Bengkel Verifikasi Data dan Peningkatan Pengurusan Data negeri Johor. Cabaran baharu bila arahan program secara bersemuka hanya boleh dilaksanakan di peringkat dalaman sahaja. Kebetulan bengkel kami ni melibatkan sektor dan PPD. Nak tak nak kena guna kaedah baharu. Sempat bereksperimen dahulu pada minggu sebelumnya dengan Firdaus dan Musleha. Ngam. Kami pakai google meet dengan paparan extend supaya masing-masing dapat berinteraksi dan menggunakan laptop untuk sesi hands-on. So. Kami mulakan dahulu dengan penggunaan MS Access untuk sesi gabung data dan verifikasi. Untuk seterusnya, kami ubah sikit pendekatan di mana team sektor kami kumpulkan dalam bengkel bersemuka dan team PPD secara dalam talian. So far so good. Penggunaan Jamboard untuk perkongsian nota, recording bengkel untuk semakan semula. Nampaknya lepas ni boleh diperluaskan lagi penggunaan dalam siri-siri pembinaan dashboard Oktober bersama sektor dan PPD. All the best for all! Aku penat sikit sebab sesekali aku akan bergera

Salam Maulidur Rasul 2020

Imej
Salam Maulidur Rasul 2020. 12 Rabiulawal 1442H / 29 Oktober 2020 “ Ummah Rabbani Negara Harmoni” ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Isi semula on 3 Oktober 2020. Petronas Nusa Perintis. RM54.22, 31.705 liter bawak ke 280.0 km

No One Left Behind

Imej
No One Left Behind. Dari awal aku beli PS4 ada dua benda yang betul-betul aku cari. Yang pertama adalah penguasaan e-sport yang berbaloi dan yang kedua adalah gameplay multiplayer offline yang baik. Untuk e-sport aku dah ada hampir semua yang diperlukan. FIFA 2020, Tekken 7, PUBG, Soul Calibur. Cabaran aku adalah multiplayer offline. Memula aku beli Carnival Games. Support sampai 4 offline player. Tapi dia punya thrill tu kejap aje. Senang bebeno. At last semua boring. Dah lama aku dok perati Diablo III. Study punya study memang dia support sampai 4 player. Offline pun boleh. Terus amik. Si ici pun layan juga. Isu. Controller. Setiap kali main dua orang aje, sedangkan kami bertiga. So, aku biar dua beradik tu dulu build-up their teamwork. Tu yang korang akan nampak player aku paling rendah levelnya. Memula main, si ici paling dok kat belakang. La ni. Aku yang kena tinggal. At last, aku teringat yang HP aku ada banyak apps untuk PS4. So. Dapat la main bertiga. Isu. Tokleh nak broadcast

Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal S4PD 2020 : Sofi dan Zira

Imej
Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal S4PD 2020 : Sofi dan Zira. Dua-dua berbeza hari akhirnya. Minggu lepas Sofi, minggu ni Zira. Buat sedikit majlis ringkas penyampaian sijil dan surat penghargaan atas sumbangan yang diberikan sepanjang berada di S4PD, JPN Johor. Kami kami aje. Good luck pada semua! Semoga apa yang dipelajari sepanjang bersama kami di sini dapat dipraktikkan dengan sebaiknya ketika di alam pekerjaan sebenar kelak.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Isi semula on 29 September 2020. Petronas Putrajaya Precint 16. RM62.51, 37.207 liter bawak ke 528.3 km

DT95 Smart Watch

Imej
DT95 Smart Watch. Sesaja beli nak test function dia. Quite nice. Pakai ni la pulak for a while. Hmmm.. Sesambil nyemak koleksi jam lama, aku keluarkan dua untuk iqi dan inaz. Ada dua lagi yang aku terlepas pandang untuk isian semula bateri. Len kali kita susul.

Sekolah Tun Fatimah : Lawatan Ibu Bapa 16 Oktober 2020

Imej
Sekolah Tun Fatimah : Lawatan Ibu Bapa 16 Oktober 2020. Akhirnya. Lawatan ibu bapa dibuka juga setelah tempoh berkurung sekian lama. Hampir dua bulan juga ya. Amik sesi yang paling awal. 9 pagi. Setiap sesi hanya 20 minit melibatkan 15 keluarga. Sampai aje dah beratur kereta nak masuk. Jaga memberikan nombor dan borang untuk diisi. Tunggu di tempat yang disediakan sebelum anak-anak dipanggil. Alhamdulillah. Dapat juga bertemu dengan iqa di STF ni. Percubaan SPM setakat ni berjalan lancar. Baki 3 kertas dibawa ke hadapan memandangkan 3 negeri yang ditutup. Tapi sekolah tetap teruskan dengan kertas sendiri. OK juga. Semoga dipermudah segala untuk semua. All the best and be the best.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Isi semula on 20 September 2020. Petronas Jalan Tun Abdul Razak. RM61.19, 37.542 liter bawak ke 486.1 km