Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel nkra

Welcome to the new world

Imej
Semalam, aku dah mula menjalankan tugas secara rasmi di PPD Johor Bahru. Selesai sahaja urusan pertukaran iqa, setel down dia kat sekolah baru dia, serah tugas kat sekolah lama; langsung ke SMK Mohd Khalid. Terus kena handle masalah berkaitan NKRA. Wahhh.. Memang tak disangka akan terus memecut sebegini laju, bukan lagi gear4, bukan lagi gear 5; terus tekan nitro jer ni.. Apa pun yang diberi, aku kena laksanakan dengan sebaiknya. Kini aku bukan lagi handle masalah satu organisasi yang kecil, malahan aku kena handle satu daerah. Semoga Tuhan akan sentiasa membantu mempermudahkan setiap lorong yang akan aku pilih selepas ni. InsyaAllah. BTW.. Thanks a lot kepada guru-guru di SK Taman Tun Aminah 1 atas semua dan kerjasama yang telah kalian berikan sepanjang aku bertugas di sana. Kenangan bersama kalian memang sukar untuk dilupakan. Thanks Hazim untuk page tribute untuk aku tu. Tak pernah aku sangka akan kuar segala gambo-gambo aku tu. Hihihihi.. :: Klik untuk cerita penuh ::

SKTTA's Taklimat NKRA - The new awakening of me

Imej
Best pulak rasanya bila nengok balik gambo-gambo lama kat Fotopages aku dulu. Memang rasa macam beza sangat sejak aku mula menulis lam blog ni. Dulu aku nyer passion memang sangat tinggi. Dan bila nengok balik gambo-gambo tu aku rasa macam terpukul giler bila nengok balik gambo-gambo baru aku ni. Memang skill aku makin meningkat tapi aku rasa macam aku kehilangan sesuatu lam setiap gambo aku bila aku bandingkan dengan gambo-gambo lama aku. Semacam takde jiwa. Samada aku atau gambo aku, aku rasa memang dah kurang jiwanya.. Dan tetiba tadi aku semacam dah dapat balik semangat aku yang dulu. Jika aku boleh buat satu ketika dulu, kenapa semakin lama semakin terkikis. Aku mesti dapatkannya semula. Dan aku rasa tetiba aku dapat balik. Dan pastinya aku akan buat balik blog ni semacam mana aku belasah aku punya fotopages aku balik. Motto aku yang lama "the colours of life" yang pernah dikebas orang satu ketika dahulu tu pun insyaAllah akan menyinar semula.. Guru Besar menyampaikan ta