mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label JDT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JDT. Papar semua catatan

Rabu, 28 Oktober 2015

PENCARIAN BAKAT MUDA HARIMAU SELATAN

PENCARIAN BAKAT MUDA HARIMAU SELATAN


Persatuan Bolasepak Negeri Johor akan mengadakan sesi pemilihan terbuka pemain bola sepak untuk kategori bawah 12 tahun pada 26 November dan kategori 15 tahun pada 30 November di Stadium Educity, Nusajaya jam 8.00 pagi dibawah kelolaan jurulatih daripada Borussia Dortmund. Kategori 12 tahun hanya layak untuk pemain yang dilahirkan pada tahun 2004 dan bagi kategori 15 tahun untuk pemain yang dilahirkan pada tahun 2001 dan 2002 sahaja. Kepada sesiapa yang berminat sila hantar butiran anda seperti dibawah.

Nama Pemain :
No. Kad Pengenalan :
Alamat :
No. Telephone :
Email Penjaga :
Kelab :
Sekolah :
Posisi Bermain :

Emailkan kepada En Arif Haq arifhaq@johorfa.com (12 tahun) sebelum 23 November 2015 jam 11 malam dan En. Shahrizal Sarip shahrizal@johorfa.com (15 tahun) sebelum 26 November 2015 jam 11 malam.
*peserta yang telah berdaftar akan dihubungi melalui email.
*semua peserta akan menjalani ujian kepantasan.

Program pembangunan bola sepak dari peringkat akar umbi yang diilhamkan oleh DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor ini akan memulakan latihan rasmi skuad tersebut mulai Februari tahun depan. Mereka yang terpilih akan ditempatkan di sekolah dan asrama yang sama untuk memudahkan proses pembelajaran dan latihan akademi bola sepak mereka. Luaskan Kuasamu Johor.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 1 November 2014

Johor tidak cuti Ahad - MB Johor

Johor tidak cuti Ahad - MB Johor

Foto dikongsi melalui http://news.abnxcess.com/

JOHOR BAHRU 1 Nov - Johor tidak akan mengisytiharkan esok sebagai hari cuti sekalipun pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya menumbangkan Pahang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil malam ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata keputusan itu dibuat memandangkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula Isnin ini.
"Saya difahamkan guru-guru akan berhadapan masalah melakukan persediaan sekiranya Ahad cuti kerana peperiksaan SPM akan bermula pada Isnin," katanya ketika ditanya tentang kemungkinan Ahad diisytiharkan sebagai cuti di Johor sekiranya Harimau Selatan menjuarai Piala Malaysia.
Bermula awal tahun ini, cuti hujung minggu di Johor diubah kepada Jumaat dan Sabtu, berbanding Sabtu dan Ahad sebelum ini.
Mohamed Khaled ditanya tentang isu terbabit selepas merasmikan fasa pertama Laman Sukan Ekstreme Pasir Gudang bernilai RM300,000 yang dibina oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang hari ini.
Ramai kalangan peminat bola sepak di Johor menaruh harapan tinggi supaya kerajaan negeri melakukan perkara sama ketika JDT menjuarai Liga Super tahun ini dengan mengisytiharkan cuti.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Rabu, 29 Mei 2013

Piala FA (Separuh akhir) : Perlawanan Pahang menentang Johor Darul Takzim tidak dapat diteruskan



Piala FA (Separuh akhir) : Perlawanan Pahang menentang Johor Darul Takzim tidak dapat diteruskan malam ini ekoran masalah lebihan penonton di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Perlawanan ini tertangguh lebih sejam, dan apabila abam kucen ini masuk ke padang untuk.... ehem ehem.. habis punah perlawanan. Terus ditangguhkan. Ish ish ish.. Awat la abam kucen ni leh masuk padang la pulak. Kacau bilau jadinya.