mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label lirik lagu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lirik lagu. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Ogos 2015

Lagu Negeri Dan Aku


Lagu Negeri Dan Aku. Malam ni pelik sikit bagi aku. Sangat pelik. Peristiwa lagu lari tempo ituhari tetiba berkumandang semula lam kepalaku. Nampak simple. Tapi. Bagi aku, yang ditugaskan mencari lagu dengan tempo sebenar dua tahun lepas; benda tu satu benda yang memalukan. Teringat lagi masa lagu tu dikumandangkan dua tahun lepas. Ni bukan lagu Johor. Selamba ja ayat tu terkeluar. Dan aku terus ditugaskan mencari lagu sebenarnya. Sampai ke Yayasan Warisan Johor aku berkampung, sampai aku dapat lagu dengan tempo sebenar.

Tapi itu bukan benda yang pelik bagi aku. Yang pelik adalah... dalam kepala aku pada ketika ini adalah lagu Allah Selamatkan Sultan. Tu yang pelik. Lain yang menghantui lain yang berkumandang. Nak cerita pasal lagu negeri pulak. Lam kepala aku ada 5 tempo lagu negeri. Boleh tahan jugak ye. Yang paling sentiasa terngiang adalah lagu asal jugaklah kan. Dan yang paling aku suka iramanya adalah lagu Selangor. Ada satu negeri lagi iaitu Perak, tapi masa tu interim; langsung tak nyanyi lagu negeri.

Lagu negeri Kedah, Allah Selamat Sultan untuk 15 tahun,

Allah selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas Takhta,
Memelihara ugama Nabi kita,
Negeri Kedah serata-rata

Lagu negeri Perlis, Amin Amin Ya Rabaljalil untuk 2 tahun

Amin amin ya Rabaljalil
Doa hamba yang sangat zalil
Tinggikan daulat serta adil
Kekal perintah Jamalullail

Lagu negeri Selangor, Duli Yang Maha Mulia untuk 7 tahun

Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu
Bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia

Lagu negeri Johor, Bangsa Johor untuk 14 tahun

Allah peliharakan Sultan
Anugerahkan dia segala kehormatan
Sihat dan ria kekal dan makmur
Luaskan kuasa menaungkan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan.




Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free