Pertandingan Lampu 7 Likur 3 Kampung


Pertandingan Lampu 7 Likur 3 Kampung. Meriah la suasana kat sini malam malam akhir ni. Adik inaz asyik dok suruh atuk masuk je. Tengok le. Bukan senang nak menang. Sekadar suka suka ok ler.
Pertandingan ni melibatkan 3 kampung, kg melayu, kg jawa dan kg melayu baru wawasan. Pengadilan bermula dari 28 jun hingga 4 julai.
Penyertaan percuma. Just perlu whatsapp nama, ic dan alamat pada en firdaus di talian 0177553734 sebelum jam 6, 28 jun ni.
Kriteria meliputi kreativiti, inovasi, kekemasan, efisien, keceriaan, kemeriahan dan konsisten.
Pertandingan anjuran Belia 4B Gelang Patah ni menawarkan hadiah wang tunai RM300 bagi juara, RM200 bagi naib juara, RM100 bagi tempat ketiga dan RM50 untuk 10 pemenang saguhati.

pelita depan rumah

the poster

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied