AidilAdha 2021 : Tarikh Melihat Anak Bulan. Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidiladha adalah pada petang Sabtu, 10 Julai bersamaan 29 Zulkaedah menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah iaitu Hari Raya Aidiladha yang ditetapkan melalui radio dan televisyen. Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab. Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan untuk melihat anak bulan Zulhijah pada petang hari tersebut di 28 lokasi di seluruh negara. Lokasi tersebut adalah : 1. Pontian Kecil 2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, 3. Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, 4. Bukit Melawati, Kuala Selangor 5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat 6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam 7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Ba