mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label kekuningan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kekuningan. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Mac 2010

Hospital Sultanah Aminah - one whole day in it

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarHari ni, hari jumaat; satu hari penuh kami berada di spital besar johor ni. Dari pagi bawak ke tengahari, dari tengahari bawak ke petang, dari petang bawak ke maghrib. Semuanya sebab ternanti-nanti keputusan ujian darah ziqri. Semalam semasa masuk, bacaannya 20; memang agak tinggi. Sebelah petangnya alhamdulillah dah turun 17.9. Bacaan malamnya pulak 15.6. Tu yang buat ternanti-nanti apa keputusan untuk sebelah pagi ni. Jam 12 tengahari doktor dah mula ambik darah Ziqri balik. Katanya jam 3 nanti baru tau bacaannya. So, takpe lah.. mama tunggu lah di situ. Aku lak pergi semayang dulu ke semejid abu bakar dulu.

Sekali balik, ramai yang dah menunggu. Katanya ada masalah kat makmal. So delay sampai jam 4 petang. Tunggu la dulu. tunggu punya tunggu masih tak kuar lagi. Semayang dulu la. Mana tau lepas asar nanti tau keputusannya. Sekali lepas asar pun sama jugak. Doktor kata maybe 6 lebih nanti tau kot. Kalau lepas 7 masih tak tau maknanya kena tahan lagi lah. Tuhan memang nak uji betul hari ni. Sampai ke maghrib masih takdepapeyeii..

Akhirnya, lepas maghrib; aku ambik keputusan kami berdua balik dulu lah.. Esok pepagi kami datang balik. Semoga Ziqri dilindungi rahmat tuhan dan selamat sentiasa. InsyaAllah. Harap-harap esok bacaannya semakin baik dan dah boleh kuar. Walaubagaimanapun.. memang banyak hikmahnya kami berada kat sini. Boleh belajar susukan ziqri pakai cawan dan banyak lagi la.

::Klik untuk cerita penuh::





©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Semasa lam perjalanan ke spital memang banyak pemandangan seperti ini.. kerja rerajin ye bro.. pas ni tak la jem sangat..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Menjawab pelbagai persoalan dari kaum keluarga dan sahabat handai..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Banyak masa kami dihabiskan kat sini. kekadang masuk balik.. bila doktor dok buat checkup.. sini la kami lepak..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sesekali jengah ziqri.. kalau nampak dia menangis ker apa, baru masuk.. aku la.. mama memang lepak kat dalam..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Rehat jap kat kafe.. ambik tenaga balik...

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Pengalaman paling berharga.. minum susu pakai cawan kicik..


Enjoice...Sharing is power!!!

Khamis, 18 Mac 2010

Ziqri in ward

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarRasa sedih lak nengokkan Ziqri petang ni. Pagi tadi seronok dia kena gentel ngan aku, ngan mama dia; tetiba petangnya dah kena tahan wad. Sunyi rasanya dok lam rumah petang ni. Aku terus hilang punca tak tahu nak buat apa. Walaupun kepala aku dah kenoning dah ni menahan pening, aku memang selalu overtime dan biasanya lepas subuh baru aku tidor; tapi petang ni aku tak terasa pun nak tidor. Entah la..

Petang tadi aku ke hulu ke hilir kat spital besor, uruskan kemasukan wad, uruskan check darah dia, check makmal, check wad untuk mama dia; dan sayang sekali wad dah fully occupied. So, nak tak nak kena la kami balik rumah malam ni.. Sebelum balik tadi tanya memacam ngan misi. Nak balik pun tak sampai hati rasanya. Dia punya kuning over 20.. Sangat tinggi.. Memacam leh jadi especially pada pendengaran dia.. Harap-harap semua OK. Esok pagi baru dapat jengah ziqri balik. Hopefully, Ziqri akan mendapat penjagaan yang rapi dan sewajarnya.

::Klik untuk cerita penuh::





©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Rombongan yang menghantar ziqri ke wad.. dua keter.. sian ziqri.. kena intensive tu..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Operasi mencari makmal untuk check darah ziqri.. pening nya aku.. Dapat gak at last.. sebelah bangunan bakawali

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Lepas hantar ucu, nek wi dan kakak2 balik, patah balik semula untuk ambik hasil ujian..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Nampak tak.. ni ler bangunan bakawali.. makmal test sebelah kiri dia..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Nak tak nak terpaksa balik.. tempat takde.. mama perlu penjagaan juga..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sempat lagi nengok pembinaan depan spital nih.. lepas ni tak ler jem lagi..



Enjoice...Sharing is power!!!