mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label negeri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label negeri. Papar semua catatan

Selasa, 24 Disember 2013

Taklimat SKPM kepada semua pegawai Gred DG di JPN & PPD negeri Johor

Taklimat SKPM kepada semua pegawai Gred DG di JPN & PPD negeri Johor. 

Ahad, 22 Disember 2013

Pekeliling Am Negeri Johor Bil 3:2013: Cuti Mingguan Negeri Johor

Picas shared from cintajohor.blogspot.com

Pekeliling Am Negeri Johor Bil 3:2013: Cuti Mingguan Negeri Johor

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim telah bertitah pada 23 November 2013 di Majlis Teriman sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya hari cuti mingguan Negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuat kuasa pada 1 Januari 2014
Berikutan itu Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bermusyarat pada 27 November 2013 telah bersetuju supaya hari cuti mingguan Negeri Johor ditukar daripada hari Sabtu dan Ahad kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa pada 1 Januari 2014.

Sila muat turun pekeliling melalui pautan di bawah.

Khamis, 19 Disember 2013

Majlis pengumuman keputusan pmr 2013 peringkat negeri Johor majlis penyampaian anugerah

Majlis pengumuman keputusan pmr 2013 peringkat negeri Johor. Majlis penyampaian anugerah oleh tuan pengarah. Tak dapat nak amik gambar sebab terlalu ramai photog kat depan tu. Dapat la sekeping dua. Antara anugerah yang disampaikan adalah : 
1. Anugerah sekolah cemerlang mengikut jenis sekolah
2. Anugerah sekolah paling ramai calon cemerlang
3. Anugerah sekolah peratus tertinggi cemerlang
4. Anugerah sekolah integrasi
5. Anugerah sekolah cemerlang mencapai etr
6. Anugerah sekolah cemerlang anjakan saujana
7. PPD pencapaian paling cemerlang
8. PPD anjakan saujana
9. PPD peratus calon cemerlang tertinggi
10. PPD peratus calon lulus tertinggi
11. PPD mencapai etr
12. Anugerah pelajar cemerlang calon asli
13. Anugerah pelajar cemerlang calon berkeperluan khas

Majlis pengumuman keputusan pmr 2013 peringkat negeri Johor

Majlis pengumuman keputusan pmr 2013 peringkat negeri Johor. Tahniah. Johor berjaya mengekalkan kecemerlangannya. Gred purata negeri 2.65. Peratus menguasai 72.02%. Peratus cemerlang 7.67%. Pengumuman telah dilakukan oleh tuan Pengarah Pendidikan Johor.

Rabu, 18 Disember 2013

Taklimat Persediaan Awal Tahun Sesi Persekolahan 2014 negeri Johor Taklimat 2

Taklimat Persediaan Awal Tahun Sesi Persekolahan 2014 negeri Johor Taklimat 2 Rumusan Dapatan Penaziran Sekolah tahun 2013 oleh Dr. Hamid bin Idris, Nazir Sekolah, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti negeri Johor.

Taklimat Persediaan Awal Tahun Sesi Persekolahan 2014 negeri Johor Taklimat 1

Taklimat Persediaan Awal Tahun Sesi Persekolahan 2014 negeri Johor Taklimat 1 Pengurusan Aduan oleh en. Rasali bin Md. Yasin. PP Pengurusan Aduan JPN Johor.

Taklimat Persediaan Awal Tahun Sesi Persekolahan 2014 negeri Johor

Taklimat Persediaan Awal Tahun Sesi Persekolahan 2014 negeri Johor. Persediaan awal berlangsung dengan baik. Semoga semua berjalan lancar.

Ahad, 28 Julai 2013

Bengkel "Hands-On" Aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Negeri Johor untuk Penyelaras Sistem

Bengkel "Hands-On" Aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Negeri Johor untuk Penyelaras Sistem. 8 dan 9 Julai, juga bertempat di PKG Majidee; bengkel pemantapan untuk Penyelaras Sistem SPS telah dijalankan kepada sekolah-sekolah daerah Johor Bahru. Kami datang sebagai pemerhati sahaja. Just melihat sejauh mana keberkesanan kursus bagi memastikan sekolah yang akan dilatih dapat menggunakan SPS dengan baik terutama dari segi kesahan data. Read on

Sabtu, 27 Julai 2013

BENGKEL "HANDS-ON" APLIKASI SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) NEGERI JOHOR

Bengkel "Hands-On" Aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Negeri Johor. 4 dan 5 Julai, bertempat di PKG Majidee; bengkel pemantapan untuk Jurulatih Utama SPS telah dijalankan kepada seluruh JU SPS negeri Johor. Kami datang sebagai pemerhati sahaja. Just bagi beberapa input supaya JU ni sedar tanggungjawab mereka dalam memastikan sekolah yang akan dilatih dapat menggunakan SPS dengan baik terutama dari segi kesahan data. Read on

Isnin, 6 Mei 2013

KEPUTUSAN PENUH PILIHAN RAYA UMUM 2013 NEGERI PERAK

JUMLAH MENGIKUT KERUSI DUN NEGERI PERAK

BN         31 52.54  
PAS   5 8.47  
DAP  18 30.51  
PKR  5 8.47  
TOTAL 59 100.00

Angka di dalam kurungan [ ] adalah jumlah undi rosak, manakala nombor perpuluhan di sebelahnya adalah peratus keluar mengundi. HD adalah singkatan bagi Hilang Wang Deposit. Jumlah disebelah kanan pemenang adalah majoriti.

KEPUTUSAN PENUH PILIHAN RAYA UMUM 2013 NEGERI PULAU PINANG

JUMLAH MENGIKUT KERUSI DUN NEGERI PULAU PINANG

BN         10 25  
PAS           1 2.5  
DAP         19 47.5  
PKR         10 25  
TOTAL 40 100.00

Angka di dalam kurungan [ ] adalah jumlah undi rosak, manakala nombor perpuluhan di sebelahnya adalah peratus keluar mengundi. HD adalah singkatan bagi Hilang Wang Deposit. Jumlah disebelah kanan pemenang adalah majoriti.

KEPUTUSAN PENUH PILIHAN RAYA UMUM 2013 NEGERI KEDAH

JUMLAH MENGIKUT KERUSI DUN NEGERI KEDAH

BN     21 58.33  
PAS       9 25  
DAP       2 5.56  
PKR       4 11.11  
TOTAL 36 100.00

Angka di dalam kurungan [ ] adalah jumlah undi rosak, manakala nombor perpuluhan di sebelahnya adalah peratus keluar mengundi. HD adalah singkatan bagi Hilang Wang Deposit. Jumlah disebelah kanan pemenang adalah majoriti.

KEPUTUSAN PENUH PILIHAN RAYA UMUM 2013 NEGERI PERLIS

JUMLAH MENGIKUT KERUSI DUN NEGERI PERLIS

BN         13 86.67  
PAS           1 6.67  
PKR           1 6.67  
TOTAL 15 100.00

Angka di dalam kurungan [ ] adalah jumlah undi rosak, manakala nombor perpuluhan di sebelahnya adalah peratus keluar mengundi. HD adalah singkatan bagi Hilang Wang Deposit. Jumlah disebelah kanan pemenang adalah majoriti.

Rabu, 13 Mac 2013

Kursus Guru Data Baru Negeri Johor Bil 1 2013 part deux

Kursus Guru Data Baru Negeri Johor Bil 1 2013 part deux

Tempoh : 11 - 13 Mac 2013
Lokasi : BTPN Johor, Skudai

Sesi : Hari Ketiga
Topik : Query melalui MS Access, Utiliti Semak Ralat, Penyata Emis, Pembinaan Report

Kursus Guru Data Baru Negeri Johor Bil 1 2013 part deux

Kursus Guru Data Baru Negeri Johor Bil 1 2013 part deux

Kursus Guru Data Baru Negeri Johor Bil 1 2013

Kursus Guru Data Baru Negeri Johor Bil 1 2013

Tempoh : 11 - 13 Mac 2013
Lokasi : BTPN Johor, Skudai

Sesi : Hari Kedua
Topik : Pengurusan Fail, JPMS, Basic Query melalui MS Access

Kursus Guru Data Baru Negeri Johor Bil 1 2013

Kursus Guru Data Baru Negeri Johor Bil 1 2013

Jumaat, 17 Ogos 2012

Majlis MoU Pendaftaran Sekolah Agama Negeri Johor sebagai SABK

mknace unlimited™ | Majlis MoU Pendaftaran Sekolah Agama Negeri Johor sebagai SABK
Titah sultan
Pagi selasa, persada. Awal kami sampai kat situ. Jam 8 dah terpacak. Target, malas nak bersesak. Parking, dapat bebetul depan kaunter bayo persada. Terus gerak ke dewan. Sekali nengok satu land rover. Cam kenal tapi sapa yerk. Al maklum la, orang rabun malam cam aku bukannya nampak sangat orang lam keter kat tempat parking, tetambah yang suram cenggini. Sekali dia turun tingkap keter, rupanya En. Zainal. Loh...

Apapun, terus masuk ke dalam dewan dia. Hmmm... memang gah. Layan keindahan jap, pastu kuar. Gi lepak luar ngan pegawai jpn yang lain, sebab staf tengah susun goodies bag lam tu. Lam jam 9, kami masuk semular... Masa ni terus gi amik tempat, paling depan untuk orang biasa; depan tv. Layan videoclip SABK jap.

Lam jam 9.30, dewan dah penuh. VIP mula masuk sorang demi sorang. Tunggu. Sekali nengok tentatif.. Alamak.. jam 11.00 baru mula daa.. tapi memang orang awam (awam ler sangat kan), macam aku nih memang dijadualkan berada lam dewan lam jam 9. Layan videoclip SABK lagi yang dah berapa kali dah di rewind, sampai aku pun dah hafal lepas ni apa, lepas ni apa. Hehehehe...

Jam 11.30, acara bermula. Wau... memang standard. Dengar pancaragam main lagu bangsa johor memang terbaeekkk!!!! Setel semua ucapan, MB dan lepas tu TPM; Sultan Johor bertitah. Memang best. Lepas tu upacara sign MoU pun berlangsung. Alhamdulillah. Selesai sudah. Lepas ni tugas kami sebagai penjaga maklumat akan bertambah lagi. 25 SABK kini sah berada di bawah JPN Johor. Setel jer pemberian kod sekolah pasni, memacam akan kami mulakan, taklimat PGB, guru, guru data.. Chaiyok... All the best!!!!

ps : perkara yang paling best hari tu adalah ... aku tertinggal tab aku kat rumah!!! huhuhuhu... sib baik ada henpong, tapi tak leh checkin la aku sehari...

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

mknace unlimited™ | Majlis MoU Pendaftaran Sekolah Agama Negeri Johor sebagai SABK
the venue pagi selasa ... persada

mknace unlimited™ | Majlis MoU Pendaftaran Sekolah Agama Negeri Johor sebagai SABK
semua sibuk dengan a simple taklimat

mknace unlimited™ | Majlis MoU Pendaftaran Sekolah Agama Negeri Johor sebagai SABK
calon pertandingan imam muda ??? kekekeke

mknace unlimited™ | Majlis MoU Pendaftaran Sekolah Agama Negeri Johor sebagai SABK
layan videoclip SABK sebelum mula kije

mknace unlimited™ | Majlis MoU Pendaftaran Sekolah Agama Negeri Johor sebagai SABK
semua video amik sound by letak mike kat speaker...

mknace unlimited™ | Majlis MoU Pendaftaran Sekolah Agama Negeri Johor sebagai SABK
getting ready for work

mknace unlimited™ | Majlis MoU Pendaftaran Sekolah Agama Negeri Johor sebagai SABK
Ucapan dari TPM

Khamis, 26 Julai 2012

Pembayaran Zakat Fitrah Di Negeri Johor 1433h/2012

mknace unlimited™ | Pembayaran Zakat Fitrah Di Negeri Johor 1433h/2012
Picas from  ustaznoramin.com
Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya. Inilah di antara keindahan Islam di sebalik pensyariatan sesuatu ibadah kepada penganutnya. Sesungguhnya peranan zakat dalam membina sosio ekonomi dan sosial masyarakat Islam amatlah penting dan mesti dihayati sepenuhnya oleh setiap muslim.

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) menetapkan dua kadar bayaran zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini iaitu RM5 atau RM8.00 seorang untuk tahun ini. Penetapan kadar zakat fitrah tersebut adalah mengambil kira harga semasa beras yang dimakan oleh umat Islam di negeri ini.

Takrif Zakat Fitrah 

Zakat dari segi bahasa bermaksud bersih, suci, subur dan berkembang.Zakat Fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan dalam bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Kefardhuan Zakat Fitrah 

Zakat Fitrah difardhukan pada tahun kedua hijriah iaitu pada tahun yang sama difardhukan kewajipan puasa Ramadhan.

Dalil- dalil yang menunjukkan kewajipan ini adalah sebagaimana ayat Al Quran dan hadith-hadith berikut :

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 43 :

Maksudnya : Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan rukuklah kamu bersama-sama orang yang rukuk.

Daripada Ibnu Umar : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memfardhukan Zakat Fitrah pada bulan Ramadhan dengan kadar satu gantang daripada tamar atau satu gantang daripada gandum ke atas setiap yang merdeka dan hamba, lelaki dan perempuan di kalangan orang-orang Islam.

Daripada Ibn Said berkata : Sesungguhnya kami mengeluarkan zakat fitrah pada masa kami bersama Rasulullah s.a.w satu gantang daripada makanan atau satu gantang daripada kurma atau satu gantang daripada gandum atau satu gantang daripada anggur kering atau satu gantang daripada susu masam. Dan aku mengeluarkan zakat ini sebagaimana aku mengeluarkannya sebelum ini.

Daripada Ibn Abbas berkata : Rasulullah s.a.w memfardhukan zakat fitrah supaya dengannya membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan ... dan memberi makan kepada orang-orang miskin. Barangsiapa yang menunaikannya (zakat fitrah) sebelum solat hari raya maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya selepas solat hari raya maka ia adalah sedeqah seperti sedeqah-sedeqah yang lain.

Hukum Zakat Fitrah 

Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya.Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.

Fadhilat Mengeluarkan Zakat Fitrah

1. Menampung kekurangan semasa berpuasa.
Maksudnya : Berkata Waki’ bin al Jarah : Zakat Fitrah di dalam bulan Ramadhan seperti sujud sahwi di dalam solat, menampung kekurangan berpuasa sebagaimana sujud sahwi menampung kekurangan dalam sembahyang.

2. Membantu fakir dan miskin pada Hari Raya.
Maksudnya : Daripada Ibn Umar, bersabda Rasulullah s.a.w : Kayakanlah mereka (fakir miskin) daripada meminta-minta pada hari ini (Hari Raya).

Syarat- Syarat Wajib Zakat Fitrah

1. Islam dan merdeka.
2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:

1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.
3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

1. Waktu Harus - iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
2. Waktu Wajib - iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
3. Waktu Afdhal - iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan 
sembahyang sunat Aidil Fitri.
4. Waktu Makruh - iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
5. Waktu Haram - iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

Jenis Dan Kadar Bayaran Zakat Fitrah

1. Jenis zakat yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras.
2. Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram).
3. Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.

Lafaz Akad Zakat Fitrah

1. Lafaz untuk diri sendiri:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

3. Lafaz bagi pihak:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili ...... pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Pembayaran Zakat Fitrah Di Negeri Johor 

1. Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah badan yang dipertanggungjawabkan dalam menguruskan pungutan dan agihan wang zakat dan fitrah di negeri Johor mengikut sebagaimana Enakmen Pentadbiran Agama Islam Tahun 1978 Bilangan 14 Seksyen 28 (1);

"Majlis hendaklah berkuasa memungut Zakat daripada sekalian orang yang diwajibkan oleh Hukum Syarak membayar Zakat di atas harta bendanya di dalam negeri ini yang diwajibkan oleh Hukum Syarak membayarnya".

2. Bagi mempermudahkan masyarakat Islam di negeri Johor menunaikan Zakat Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor telah melantik amil-amil di setiap kariah dan kawasan bagi diberi kuasa dan tauliah memungut Zakat Fitrah sebagaimana Enakmen Pentadbiran Agama Islam Tahun 1978 Bilangan 14 Seksyen 28 (2);

"Kemudian daripada berjalannya kuatkuasa Enakmen ini tiada seorang pun boleh memungut, mengambil atau menerima bayaran Zakat atau Fitrah melainkan bagi pihak atau dengan kebenaran Majlis".

3. Umat Islam di negeri Johor hendaklah membuat bayaran Zakat Fitrah kepada amil-amil yang diberi kuasa dan tauliah memungutnya di kawasan masing-masing. Bagi mereka yang membuat bayaran zakat kepada mereka yang tidak diberi kuasa dan tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Tahun 1978 Bilangn 14 Seksyen 28 (3);

"Kemudian daripada berjalannya kuatkuasa Enakmen ini tiada seorang pun boleh membayar Zakat dan Fitrah melainkan kepada seorang yang telah dibenarkan oleh Majlis bagi memungut, mengambil atau menerimanya".

4. Enakmen Kesalahan jenayah Syariah Tahun 1997 Seksyen 16 :

Mana-mana orang yang wajib membayar zakat atau fitrah tetapi:

a) enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah; atau
b) enggan membayar atau dengan senganja tidak membayar zakat atau fitrah itu melalui amil yang dilantik, atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Majlis untuk memungut zakat atau fitrah adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Panduan Kadar Fitrah Bagi Negeri Johor

Harga Fitrah RM5.00
Umat Islam di negeri Johor yang makan beras gred/jenis Super Tempatan 15% hancur (Beras Nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram.

Harga Fitrah RM8.00
Umat Islam di negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada Super Tempatan 15% hancur (Beras Nasional).

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Selasa, 21 September 2010

Mesyuarat Penyelarasan Maklumat Bil.2/2010 Johor

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tarikh : 21 September 2010
Masa : 9.00 pagi
Tempat : SMK Sri Lalang
Mood : Enjoy but sangat sangat penat

Pagi ni mesyuarat dibuat kat Kluang. Keluar awal dari rumah. Jam 7.15 pagi aku dah bergerak.. Mungkin lebih awal. Bukannya apa, aku memang bawak keter slow. Lam 8.30 ke 8.40 baru sampai ke sekolah tempat mesyuarat ni. Perghh.. memang aku bawak slow kan. Nak bawak laju tu zaman aku travel dari kuala selangor - johor bahru satu ketika dulu. Masa tu toksah citer.. Tapi zaman tu dah lama berlalu.. So.. teruskan meeting seperti yang dirancang. Lepas tu ada sikit majlis buat 5 pegawai yang sudah / bakal keluar dari unit ict.. Dah habis semua ada sikit jamuan. Kata boss, kira cam hari terbuka raya untuk unit ict la ni. Pas dah habis semua, terus balik.. Sampai rumah terus pengsan.. haiya.. berat sangat badan ni nak bangun.. maybe kepanasan melampau yang diselangi dengan hujan agaknya.. Aku pun memang pernah pengsan lam keter masa memula kerja kat kuala selangor.. Tapi tu dari baling ke kuala selangor. Sib baik bapak aku yang drive..

Klik untuk cerita penuh

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Benda biasa yang aku bawak...selain bawak slow, aku jugak selalunya memangrefer penuh ngan gps

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dah dapat bahan mesyuarat hari ni

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
KS ICT pengerusikan mesyuarat hari ni

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Banyak juga pembentangan dari sub sub unit

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Apa agaknya perbincangan 2 otai programmer nih

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Rul, jangan lupa copy nyer aku punya data jb tau

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ada proposal baik punya dari puan yasmin nih, cs5 full pakej baru RM289.. personal user

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Boss emis merenung jauh

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Barisan rerakan ict

En lutfi pun dah sampai..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ucapan dari rakan-rakan yang bakal berpisah dengan unit ict

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Senyum cik yunan dengar ucapan dari rerakan ni

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Izam tukar unit

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Majlis penyampaian cenderamata

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Apa aje la si lutfi nih

Ni la smk sri lalang

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Main building

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dataran kejat

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Majlis makan-makan

Best nasi beriani dia nih

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Bos tambah

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Aku pun tambah

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Kek special dari KS sendiri

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dah setel dah

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Posing dengan sesapa jer yang tinggal

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Enjoice...Sharing is power!!!