Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sembahyang sunat

Edisi Khas : Sembahyang Sunat Aidilfitri

Imej
All photos taken by mknace using SE750i, photo montaged using slide.com Edisi khas sempena Hari Raya. Semua foto diambil semasa sembahyang hari raya aidilfitri di Masjid Gelang Patah. Solat Sunat Hari Raya merupakan solat sunat yang didirikan secara berjemaah (biasanya di masjid) pada awal pagi hari raya Aidil Adha dan Aidil Fitri. Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah s.a.w. tetap dengan Solat Hari Raya Solat Sunat Hari Raya mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir lima kali pada rakat kedua, yang mana dibaca tasbih diantara takbir-takbir tersebut. Dan apabila selesai takbir dan tasbih, barulah diteruskan solat seperti biasa. Berbeza dengan Solat Jumaat, khutbah Solat Hari Raya adalah selepas solat. Setelah selesai khutbah, umat Islam digalakkan bersalam-salaman dan menziarahi sanak saudara, jiran tetangga serta sahabat handai. Foto Montaj