Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Cuti Khas Peristiwa Berikutan Kejayaan JDT Menjulang Piala FA Tahun 2016

Cuti Khas Peristiwa Berikutan Kejayaan JDT Menjulang Piala FA Tahun 2016

Imej
Cuti Khas Peristiwa Berikutan Kejayaan JDT Menjulang Piala FA Tahun 2016. Kerajaan negeri Johor mengumumkan cuti khas peristiwa di seluruh Johor esok sempena kejayaan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) merangkul Piala FA 2016 di Stadium Shah Alam, malam ini. JDT mengalahkan PKNS FC 2-1 pada final Piala FA. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim berkata kerajaan negeri turut mempertimbangkan memberi insentif kepada pasukan Harimau Selatan itu atas kejayaan itu. "Untuk pemain-pemain, kita bagi insentif dan untuk penyokong-penyokong pula kita bagi cuti," kata beliau ketika ditemu bual oleh Johor FM secara langsung di sini. Sebagai rekod, JDT sekadar muncul naib juara Piala FA pada 2013 setelah kalah 1-01 kepada Kelantan pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil. Skuad Harimau Selatan pernah menjuarai Piala FA pada 1998 yang pada ketika itu skuad itu dikenali sebagai Johor FA (kini dikenali sebagai JDT II). Ismail, yang juga Presiden Persatuan Bol