Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel My New Gadget

My New Gadget : Mr. DIY Impact Drill ID003

Imej
My New Gadget : Mr. DIY Impact Drill ID003. Satu satunya benda yang aku total lost mencari lepas mengemas adalah drill. Gi Mr DIY cari drill baharu. Borak borak. Staff kata untuk kerja kerja ringan ni better amik yang ni aje. Harga RM75. So. Amik dulu. Berat lebih kurang drill lama aku dulu aje. Mata kena beli asing ya. Dan dia didatangkan tanpa kotak. Tak kisah la. Yang tu semua boleh beli lain. Test kat DIY. Tak sempat nak ngetest guna lagi. Sibuk layan ici dan setting iflix :P. Nanti aku reviu semula bila dah ngetest ye.

My New Gadget : Reachcom GSM 200 Wireless Fixed Telephone

Imej
My New Gadget : Reachcom GSM 200 Wireless Fixed Telephone. Actually. Lepas aku ngestest Digi Infinite itu hari, aku terus order barang ni kat lazada. Dapat RM88. OK la tu kan. Aku akan tukar line TM kat rumah aku kepada Digi. Tapi. Dalam masa yang sama aku nak stail tu masih kekal sama sebab ramai pengguna lain kat rumah actually. 26 tu check sekali dah keluar katanya. Balik singgah jap ke Digi untuk amik nombor khas. Balik je nengok bungkusan dah ada. Apa lagi. Layan. Memang boleh tahan jugak bendanya. Signal OK. ada bateri 800mAh dan leh masuk 88 caller ID. Terus setting masuk nombor biasa lam tu. SMS pun boleh. Actually. Dia macam henpon zaman Nokia 3310 and the gang dulu. Memang terbaeekkk!!!! untuk aku jadikan port baharu untuk talian henpon yang tetap di rumah. Memang agaknya aku ni konvensional tebal gamaknya ni.

My New Gadget : MyTV Decoder DV3T2 Digital TV

Imej
My New Gadget : MyTV Decoder DV3T2 Digital TV. Actually barang ni ucu yang punya. Hari tu set tak boleh boleh. At last aku tukau antenna. Beli yang ada booster sekali tu. Clear! Cuma. Dapat Singapore aje. Pelik pelik.

My New Gadget : Red Universal MHL Android Phone Micro USB to HDMI HD TV Cable Adapter

Imej
My New Gadget : Red Universal MHL Android Phone Micro USB to HDMI HD TV Cable Adapter. Semalam sampai dengan ninja van. Terus eager mencuba. Sekali pasang. Tak keluar apa-apa. Pagi ni bawak gi opis. Cuba lagi. Tak boleh jugak. Si Mus pun test tak boleh jugak. Terus cari list penuh phone lain yang support MHL. Test dengan phone lain yang tersenarai. Jugak tak boleh. Call Lazada dan dia terus bagi refund semula thru wallet. Memang terbaeekkk!!!! Barang ni? Tak payah pulang. Simpan aje la buat tukun.

My New Gadget : CCT HDTV Indoor And Outdoor Antenna with my old trustee Gemini Combo TV Box

Imej
My New Gadget : CCT HDTV Indoor And Outdoor Antenna with my old trustee Gemini Combo TV Box. Actually antenna ni si Mus yang bagi kat aku. Tetiba rasa macam nak buat something yang lain kat opis. Aku bawak semula Gemini Combo TV Box lama aku ni. Beli tahun 2009. Masa ni memang aku selalu guna untuk pancarkan saluran tv semasa pembelajaran dalam kelas menerusi LCD Projector. Bawak jap masa aku kerja kat PPD pada 2010 dulu. Dan bila masuk jabatan terus tersimpan aje dalam kotak. Bila mus kasi antenna ni rasa macam best pulak kalau aku wat eksperimen gini. Still ok dan berfungsi dengan baik dengan antenna ni. Sambung pulak dengan speaker altec lansing aku tu. Pergghhh! Lepas ni aku akan gabung dengan vga splitter pulak. So. Boleh tukar samada nak keluarkan extended paparan dari laptop atau dari TV box. Amacam. Kekeke. Nampaknya dari dulu aku pantang tengok benda pelik-pelik ni kan.

My New Gadget : LDNIO SC3604 3.4A Power Socket with 3 AC + 6 USB Charger Adapter

Imej
My New Gadget : LDNIO SC3604 3.4A Power Socket with 3 AC + 6 USB Charger Adapter. Sama tiba dengan aerial tu. Cuma yang ni aku redeem point. Actually memang aku nak beli satu extension wire sebab aku dah ubahsuai opis ituhari. Sekali nengok ada pulak benda ni. Terus amik aje. 3 power dan 6 usb beb. Layan. Pagi ni terus bawak ke opis dan guna.

My New Gadget : CCT TV Remote-controlled Rotatable Antenna

Imej
My New Gadget : CCT TV Remote-controlled Rotatable Antenna. Ni la bendanya yang aku tetiba terbeli hari Selasa lepas. Dok cerita pasal antenna baharu yang nak dipasang nanti. Aku macam prefer something yang kita boleh adjust bila perlu. Sekali dok jenjalan ke FB, terkeluar iklan ni. Langsung terbeli. Sampai dari PJ hari tu benda ni dah sampai. Unboxed dan terus pasang. Cun. Ni baru letak aje. Tak pasang kat atas lagi ni. Tunggu dah setel rumah depan baru kita pasang tetap nanti.

My New Gadget : Ferrari Red Alcatroz Air Shark 2.4G Wireless Mouse

Imej
My New Gadget : Ferrari Red Alcatroz Air Shark 2.4G Wireless Mouse. Dah lama nak cari mouse wireless gini. Yang mana tak payah dok tukar bateri AA waima AAA. Sekali mama kata mouse dia dah hilang. Hilang beb. Ntah mana letak ntah. Dapat la peluang meronda Lazada mencari mouse yang cool sikit kan. Alhamdulillah. Jumpa mouse idaman hati ni. Dengan dua jam charging ianya dapat digunakan selama hampir 70 jam, katanya lah. Jangan tanya lebih lebih lagi. Aku baru je terima barang ni petang tadi. Hahaha. Yang bestnya. Boleh guna sambil dicaj. Dapat mouse pad edisi khas dan hi-speed cable. Dan tak lupa. Ada waranti dua tahun nooo... Yang penting. aku suka design dan reka letak dia. Ada butang on off dan dongle kemas dibawah.