Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

Gerhana Bulan Super Blue Blood Moon

Imej
Gerhana Bulan Super Blue Blood Moon. Malam ni fenomena ni berlaku. Bawak kebudaks keluar. Eager memasing. aku. Ngan kamera la macam biasa. Cuma. Macam tak biasa la pulak aku menbidik. Haisshh. Makin out la. Dah lama aku tak ngambik gambo bulan ke? Sampai ke sudah aku tokleh nak fokus. Teruk tul. Blur blur ahh. Nak amik kaler katanya. Kui kui kui --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Tukar Coil Aircond Baharu : Almera

Imej
Tukar Coil Aircond Baharu : Almera. Memang dah ready sebenarnya. Kena bulan 12 ituhari lagi. Masa nak ke kenduri kahwin kat Kampung Melayu. Tetiba kereta panas. Berenti. Tokei suruh topup gas aircond dulu. Kalau dalam 3 bulan jadi benda sama, maybe bocor. Sekali. Semalam. Tetiba panas semula. Sahih la. Memula ingatkan nak hantar esok. Sekali fikir balik. Sian pulak mama nanti. Terus cari kedai jap. Maka. Tibalah kami ke Hong Tat ni. Kedai Aircond kereta kat Taman Nusantara. Masa sampai aku borak ngan Ah Seng. Borak nyer borak sambil dia ngetest dia kata kebarangkalian besar memang coil bocor ni. Hmmm. Lepak jap. Aku terus mintak harga. Siap semua. Dia gi call bos dia, borak ngan Ah Chin. Dia kasi aku RM680. Hmmm. Lepak jap mikir. Tangan dok search pocips google. Dalam tenet pun tengok around RM500 barang sahaja. Jalan aje la Seng. Hehehe. Maka. Bertapa la aku kat sini hampir 3 jam setengah jugak di petang Thaipusam yang hening ni sambil layan borak ngan dedua mekanik ni. Dia buk

Bazar Mydin Anjung Nusajaya : Monthly Shopping on Thaipusam

Imej
Bazar Mydin Anjung Nusajaya : Monthly Shopping on Thaipusam. Kononnya nak shopping malam semalam. Sekali balik. Semua penat. Takpe. Hari ni kan cuti. Layankan aje shopping pepagi. Kalau dah nama keluar pagi. Orang memang tak ramai. Enjoy beb. Tengok dah mula naik deco untuk CNY 2018. Sempat la jenjalan posing. Hehehe. Ici beli inan. Dinosaur. Beli dua gitu. Satu ici nyer, satu abang nyer. Best pulak layan ici main dinosaur sementara nunggu mama dan adik beli breakfast kat Subway. Sempat merayau lagi ke wakaf belakang tu. ada gerbang tanglung yang besar kat situ.

Jenjalan Cari Makan : Gerai Cendol Sathar, Simpang Renggam

Imej
Jenjalan Cari Makan : Gerai Cendol Sathar, Simpang Renggam. Beria betul si Mus nak bawak kami makan cendol Sathar ni. Kebetulan memang dalam laluan, jadi singgah la dulu. Hmmm. Apa aku nak cakap ya. Bagi aku ok ok la. Orang memang ramai kat sini. Kata Mus. Bahan dia semua buat sendiri. Ori la senang cakap. Boleh la kalau nak try. Aku tak rasa best sangat sebab aku just makan cendol jagung aje banding deme yang makan cendol sepesel tu. Layan aje ler. Tu pun masih rasa kacang merah yang kuat kat cendol jaung aku tu.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Didik Anak Dengan Bertahap

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Didik Anak Dengan Bertahap عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ Dari Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari datoknya dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: Perintahkanlah anak-anak kalian untuk melaksanakan solat apabila sudah mencapai umur tujuh tahun, dan apabila sudah mencapai umur sepuluh tahun maka pukullah dia apabila tidak melaksanakannya, dan pisahkanlah mereka dari tempat tidurnya. (HR Abu Daud No: 418)  Status” Hassan Sahih Pengajaran: 1.  Anak merupakan amanah kepada ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh, bukan hanya menyediakan keperluan fizikal seperti makan minum, malah pendidikan agama yang sempurna. 2.  Tugas mendidik, membimbing dan memberi galakan kepada anak-anak hendaklah dilakukan berulang kali da

Ujian Penilaian Kelas KAFA 2017 : Tahniah Inaz

Imej
Ujian Penilaian Kelas KAFA 2017 : Tahniah Inaz. Aku total lost betul pasal ni. Biasanya aku la orang yang pertama nak hapdet pasal benda-benda gini. Kali ni meme total lost. Mama bagi telegram. Inaz dapat 7A, 1B. Alhamdulillah. Inaz boleh buat. Balik tanya pasal slup tu. Terus dia bagi. Suka tak? Kalau Inaz usaha lagi mesti lagi terer keputusan dia. Inaz boleh! Tahun ni kena pulun lagi la ye. Ada UPSR dan SDEA lagi ni. Good luck Inaz. All the best and be the best!

Happy Thaipusam 2018

Imej
Happy Thaipusam 2018 pada semua pengunjung blog yang beragama Hindu. A little bit about Thaipusam yang aku petik dari Pusat Maklumat Rakyat. Thaipusam adalah sambutan yang diraikan sebagai hari kebesaran "Dewa Muruga". Muruga turut digelar dengan nama-nama yang lain, termasuk Skanda, Subramaniya, Karthikeya dan Shanmuga. Thaipusam diraikan pada Bulan 'Thai' dalam kalender Hindu, dimana hari sambutan jatuh ketika Bulan melintasi Bintang 'Pusam'. Ia sekaligus membawa kepada pengertian "Thai" + "Pusam". Yakni, kejadian bulan melintasi bintang Pusam pada bulan Thai. Sambutan ini didedikasikan kepada Muruga menerusi beberapa mitos. CERITA DISEBALIK THAIPUSAM Thaipusam diraikan saban tahun bersempena dengan hari Dewi Parvathi memberikan "VEL" kepada Muruga bagi menewaskan 'Tharakasuran'. Ini susulan 'doa' yang dizahirkan mereka yang dianiaya Tharakasuran kepada Dewa Shiva yang kemudiannya mengarahkan Muruga me

Sekolah Tun Fatimah : 20180127 Outing Bermalam Januari

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180127 Outing Bermalam Januari. Hmmm. Actually aku rasa bersalah malam ni. Sian Iqa. Sikit sangat masa diluangkan bersama dia kali ni. Mama pun kata macam dia ada pendam something ituhari. Dah remaja kan. Empati dia agak tinggi sebelum balik ituhari. Aku kalau ikut ada banyak benda yang aku nak buat dengan dia. Perancangan Tuhan kan. Baru nak balik dah jadi kes emergency. Balik dari wad nengok dia terbongkok bongkok buat projek dia. Ada beberapa benda lagi tak cukup. Dia ajak ke Daiso. Kebetulan. Ada la sedikit masa nak berborak. Drive. Singgah Columbia jap. Kebetulan Pak Ngah dia pun baru admit ke wad semalamnya. Aku tak nak dia hanya fikirkan kerja aje. Family value tu paling diutamakan. Selepas tu baru kami ke Aeon. Sekali sampai. Daiso pulak buat renovation. Masak. Singgah jap Popular. Memang takde. aku terus ajak ke Rainbow Taman Universiti. Tak kisahla jauh sikit yang penting dia akan dapat barang dia. Setakat ni Rainbow bagi aku tak pernah mengecew

Home Sweet Home Renovation : 20180129 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20180129 Progress. Dah mula naik siling.

Bengkel Verifikasi Data Rasmi Modul Pengurusan Sekolah Januari 2018

Imej
Bengkel Verifikasi Data Rasmi Modul Pengurusan Sekolah Januari 2018. Kami berkumpul di SK Seri Intan untuk sesi verifikasi Data Rasmi Januari semalam untuk data 30 Januari 2018. Kali ni kita buat kelainan sikit. Instead of verifikasi sahaja, kali ni kami mulakan semula dengan sesi pembelajaran Microsoft Access semula. Aku rasa dah makin kurang pendedahan dan penggunaan di kalangan guru dan pegawai sendiri sejak kami mula guna r-emis secara atas talian. Alhamdulillah. Semua berjalan dengan baik sepanjang bengkel. Memang nampak ketara tahap pengetahuan Access yang semakin menurun. Nak salahkan sistem online tak boleh jugak, cuma ianya menyebabkan kebergantungan melampau pada sistem online semata-mata. Aku harap dengan pendedahan berterusan selepas ni, pegawai dan guru di daerah akan lebih mantap dalam mengurus dan menganalisis data masing-masing dan bukannya hanya berharap pada traffic light. Terima kasih pada PPD Kluang dan SK Seri Intan selaku tuan rumah kali ni. Memang marbel

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Miliki Sifat Santun dan Malu

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Miliki Sifat Santun dan Malu حَدَّثَنَا يُونُسُ قَالَ زَعَمَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي بَكْرَةَ قَالَ قَالَ أَشَجُّ بْنُ عَصَرٍ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فِيكَ خُلَّتَيْنِ يُحِبُّهُمَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ قُلْتُ مَا هُمَا قَالَ الْحِلْمُ وَالْحَيَاءُ قُلْتُ أَقَدِيمًا كَانَ فِيَّ أَمْ حَدِيثًا قَالَ بَلْ قَدِيمًا قُلْتُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَبَلَنِي عَلَى خُلَّتَيْنِ يُحِبُّهُمَا Telah menceritakan kepada kami Yunus ia berkata, Abdurrahman bin Ubay berkata, Asyajj bin Ashr berkata, "Rasulullah SAW bersabda kepadaku: "Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua sifat yang keduanya dicintai oleh Allah 'azza wajalla." Saya bertanya, "Sifat apakah itu?" baginda menjawab, "Al Hilm (santun / tidak mudah marah) dan rasa malu." Saya bertanya lagi, "Apakah kedua sifat itu telah ada padaku sejak lama atau baru melekat?" baginda menjawab: "Sejak lama." Saya

Gebooz Gedikz : 20180124 Lepakan Sphinx

Imej
Gebooz Gedikz : 20180124 Lepakan Sphinx. Hmmm. Hari ni aku coti. Jadi satu hari yang panjang untuk aku berfikir. Tentang diri, masa depan, keluarga, kerjaya. Maybe lepas ni juga korams akan dapati aku nyer posting akan sedikit berbeza. Mungkin lebih panjang, penuh bebelan dan sebagainya. Aku akan pastikan korams akan tahu lebih tentang gambar yang aku kongsi berkenaan. Gambar ni asalnya biasa biasa aje. Gambo si gebooz ngengade lunjur kaki dia kat aku. dia jadi amat bermakna bila nengok inaz tatap ngan sedih masa lam wad itu hari. Abah. Rindu la kat booz katanya. Gambar ni diambil sebelah malamnya sebelum inaz masuk wad pada Khamisnya tu. Memang Gebooz ni ngengade. Jumpa aku lain ngengadenya. Jumpa atuk lain ngengadenya. Paling ngengade bila jumpa inaz la. Tetiba rasa sebak. Inaz jarang sakit teruk. Sampai kena tahan wad gini pulak tu. Pastu dia mula sedih. Sepanjang hari dikelilingi doktor aje. Nak mama. Nak gebooz. Sib baik aku masih simpan lagi gambo ni. Biasanya aku dah dele

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Hiasi Diri Dengan Sifat Malu

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Hiasi Diri Dengan Sifat Malu عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا كَانَ الْفُحْشُ فِي شَيْءٍ إِلَّا شَانَهُ وَمَا كَانَ الْحَيَاءُ فِي شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ Dari Anas RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah sifat buruk berada dalam sesuatu kecuali akan memperburuknya, dan tidaklah sifat malu ada dalam sesuatu kecuali akan menghiasinya.". (HR Tirmizi No: 1897) Status: Hadis Hasan Pengajaran: 1.  Sifat malu yang ada pada seseorang akan menjadi penghias akhlak dan diberikan ganjaran pahala 2.  Sifat buruk yang ada pada seseorang akan menjadikannya bertambah buruk dan hina di sisi Allah dan makhluk. 3.  Sifat malu diganjari Syurga, sifat buruk diganjari neraka: اَلْحَيَاءُ مِنَ الْإِيمَانِ وَالإِيمَانُ فِي الْجَنَّةِ وَالْبَدَاءُ مِنَ الْجَفَاءِ وَالْجَفَاءُ فِي النَّارِ “Rasa malu adalah sebahagian dari keimanan dan keimanan berada disyurga. Sedangkan tindakan / ucapan kotor adalah

Inaz @ HSA : Kecemasan

Imej
Inaz @ HSA : Kecemasan. 25 Januari. Seriously. Benda ni langsung tak terjangkau dek akal aku untuk hari tu. Aku sibuk dengan kerja petangnya lepas Sambutan Maulid tu. Iqa call. Sekali nengok jam dah lepas jam 3. Teruk tul la bapak dia sorang ni. Terus kemas barang. Gerak ke STF. Ceritanya hari ni kena ambil iqa kat STF untuk balik bermalam. Setel semua terus gerak untuk balik. Sekali. Masa dah nak sampai ke guard tetiba masuk call dari nombor yang aku tak tahu. En Khairul. Syafinaz sakit perut teruk. Baru lepas muntah-muntah. Aku terus cari nombor mama. Paling dekat untuk ke sekolah inaz. Tak angkat. Call atuk. Pun tak angkat. Sudah! Tetiba je jadi a bit havoc. Berkecamuk. Ulang lagi dua tiga kali. Sama. Aku telefon semula ustazah inaz. Macamana keadaan inaz. Masa ni aku ada kat jambatan lebuhraya pesisir dah. Saya akan sampai sebab yang lain tak dapat dihubungi. Rupanya isu sama diperingkat sekolah. Nombor aku je yang boleh dihubungi buat masa tu. Apa lagi. Terus memecut. Iqa mem

Perhimpunan Bulanan JPN Johor : Bil 1 Tahun 2018 dan Sambutan Maulidur Rasul

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor : Bil 1 Tahun 2018 dan Sambutan Maulidur Rasul. 25 Januari. Pepagi aku sampai. Ambik Mustakim dan Adi kat atas bersama barangan untuk sepanduk. Kali ni siap buat frame. Nampak kemas bergaya la sikit sepanduk tu. Mudah handle samada dalam keadaan berarak atau rehat. Setel semua baru aku gerak naik. Tunggu kat atas dengan KS SPI. Seronok jugak snap snap ni. Dah lama aku tinggal momen ni. Almaklum. Baru baik sikit kaki ni. Cuma tak boleh lasak sangat la. Selesai kat bawah kami gerak ke atas untuk perhimpunan. Banyak anugerah yang disampaikan. Memang marbeles la hari ni. Cuma tang makan jangan tanya sebab aku tak join. Lama jugak ye aku tak join benda benda cenggini sejak sakit ituhari. Fikir balik, memang teruk betul aku masa tu; kalau orang tak perasan lagi memang kurang siuman la kot orang tu.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Malu Satu Cabang Iman

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Malu Satu Cabang Iman عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الْإِيمَانِ Dari Abu Hurairah RA dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Iman itu ada tujuh puluh tiga sampai tujuh puluh sembilan, atau enam puluh tiga sampai enam puluh sembilan cabang. Yang paling utama adalah perkataan, LAA ILAAHA ILLALLAHU (Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah). dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalan. Malu itu adalah sebahagian dari iman." (HR Muslim No: 51) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Iman itu memiliki lebih 60 cabang 2.  Cabang Iman yang paling utama ialah ucapan kalimah syahadah 3.  Iman yang paling rendah ialah membuang sesuatu di jalan raya yang boleh menjadi gangguan at

Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : Bengkel Penyediaan Bahan Taklimat EKSA

Imej
Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : Bengkel Penyediaan Bahan Taklimat EKSA. Memandangkan dah makin banyak permintaan lawatan ke jabatan, jawatankuasa pemandu dah putuskan untuk dibuat satu bahan pembentangan yang lebih seragam untuk dijadikan bahan pembentangan utama pada pelawat dan jemputan kelak. So. Team kami bergabung dengan team audit dan latihan bagi merealisasikan perkara ini. Alhamdulillah. Selesai draf awal. Semoga jadi panduan yang baik pada kita semua kelak. TQ PKG Uda untuk penyediaan lokasi.

Masjid Kampung Melayu Majidee

Imej
Masjid Kampung Melayu Majidee. Sempat zohor kat sini masa balik dari kota ituhari. Late zohor. Orang dah mula datang untuk asar dah pun. ish ish ish.

PBT Pengerang

Imej
PBT Pengerang. Petang ni kami pecah dua. Satu team ke IKBN untuk tengok tempat dan setup untuk majlis penyerahan Tablet guru sekolah daerah Kota Tinggi dan satu lagi team ke PBT Pengerang. Nampaknya PBT ni masih takde dalam database kita. Ni antara dapatan kami semasa di Sungai Kapal tadi. Tu yang aku gerak ke sini untuk cari hitam putih bagi urusan penambahan dalam database. Sekali pegawai berkaitan turun site pulak. Dapatkan nombor contact semua. Esok aku akan follow up semula. Terus ke IKBN untuk tengok suasana di sana sebelum bergerak pulang.

Jenjalan Cari Makan : Ayam Penyet Z&Z, Bandar Penawar

Imej
Jenjalan Cari Makan : Ayam Penyet Z&Z, Bandar Penawar. Gerak semula ke Bandar Penawar sambil layan scenery Bayu Damai ni. Hajat nak ke PBT dahulu. Tapi sampai pun dah lajak waktu lunch. Singgah makan dulu di sini. Asalnya nak makan belangkas katanya. Sib baik tutup. Kekeke. Boleh tahan ramainya orang kat sini. Sempat tawaf sekali baru dapat meja. Tak lama lepas tu team adi sampai. Boleh tahan rasa dia. Patut la ramai orang.

Audit Pengurusan Data Negeri Johor 2018 : SK Sungai Kapal, Kota Tinggi

Imej
Audit Pengurusan Data Negeri Johor 2018 : SK Sungai Kapal, Kota Tinggi. Hari ni hala ke Bandar Penawar. Kebetulan agihan tablet pun akan dibuat disini. Alang alang di sini, aku pilih SK Sungai Kapal. Sekolah yang berpindah lokasi disebabkan RAPID Pengerang. Memang menarik pilihan kali ni sebab kawasan ni kawasan baharu melibatkan penduduk dan sekolah. Rupanya semua sekolah di sini sebelah menyebelah aje. Guru Data baharu, fresh. Kebanyakan pentadbir juga baharu. Ronda bersama di kawasan sekolah. Semak data dan perbandingan dengan dokumen rasmi. Semak kaedah pemverifikasian. Memang menarik pilihan kali ni. PBT pun baharu. Apapun. Tahniah dan terima kasih pada pengurusan sekolah atas kerjasama yang diberikan sepanjang kami berada disini. Kami ni a bit ramai lepas ni sebab kami dah mula buat pemantauan berkelompok. 3 bidang tugas gerak sama.

Jambatan Senai Desaru : Keseronokan sebagai co-pilot

Imej
Jambatan Senai Desaru : Keseronokan sebagai co-pilot. Pergi balik aku kerja snap snap je sepanjang jambatan tu. Len kali aku nak amik bideo pulak la. Mesti lagi best kan. Masa balik lagi best sebab detail langit dah mula ada berbanding pergi. Matahari depan mata kot.

Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bil.1/2018

Imej
Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bil.1/2018. Petang tadi mesyuarat bilangan 1 selesai dijalankan. Persiapan untuk sesi 2018. Banyak juga tugasan yang perlu diuruskan dalam memastikan kelancaran di peringkat pusat. Bahan juga dah perlu dimurnikan memandangkan semakin ramai pihak yang berminat untuk datang menjengah. All the best!

Jenjalan Cari Makan : Restoran ZZ Sup Tulang, Damansara Aliff

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran ZZ Sup Tulang, Damansara Aliff. Lepas setel semua urusan kat Kompleks SME terus blank jap. Nak makan kat mana ni. Tetiba aje si Mus keluo idea dia. Restoran Sup Tulang ZZ kat Damansara Aliff. Belasah aje ler. Yang best nya. Pakat makan nasi campur aje pun. OK jugak la. Terliur tul aku nengokkan daging masak merah dia. Amik la barang 3 ketul. Hahaha. Kalau tergigit rezeki katanya. Hahaha. Meja a bit terhad sebab dia pakai stail meja dedulu tu. Macam cerita P Ramlee kena pow makan beef steak lam Bujang Lapok tu.

Dapur Ummi : Popcorn & Kerepek Ubi super best!

Imej
Dapur Ummi : Popcorn & Kerepek Ubi super best! Dah alang alang kat Kompleks SME ni, harus la kami singgah kat Dapur Ummi ni. Tapau kerepek ubi pedas cheese dia sama popcorn. Susah aku nak cari kerepek rasa gini yang best. Layan.

Percetakan Kota Selatan : Sepanduk Maulud

Imej
Percetakan Kota Selatan : Sepanduk Maulud. Masa lunch kami gi Kota Selatan. Nak amik sepanduk untuk perarakan nanti. OK la tu. Lepas ni tinggal nak buat frame aje lagi ni. All the best to us!

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke-76

Imej
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke-76 DAULAT TUANKU! Merafak Sembah serta Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, D.K., D.K.H., D.U.K., D.K. (Kelantan)., D.K. (Johor)., D.K. (Perak)., D.K. (Selangor)., D.K. (Negeri Sembilan)., D.M.K., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K., S.S.D.K., S.P.M.K. (Kelantan)., PSM., DSDK., PAT., BCK.,KPK. Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Tengku Ariff, S.H.M.S., S.S.D.K., D.S.D.K. Sultanah Negeri Kedah Darul Aman bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke-76 pada 21 Januari 2018 Bersamaan 04 Jamadilawal 1439H Semoga Allah SWT Memberkati dan Melanjutkan Usia Tuanku. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Malu Adalah Akhlak Islam

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Malu Adalah Akhlak Islam. عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لِكُلِّ دِينٍ خُلُقًا وَخُلُقُ الْإِسْلَامِ الْحَيَاءُ Dari Annas, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap agama memiliki akhlak, dan akhlak Islam adalah malu.” (HR Ibnu Mâjah No: 4181) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Islam adalah agama RAHMAH yang dibawa oleh Rasulullah SAW. 2.  Sebagai Rasul, baginda diutus untuk menyempurnakan akhlak umat. 3.  Setiap agama memiliki akhlak dan akhlak Islam antaranya adalah sifat malu 4.  Malu mempunyai hubungan yang erat dengan akhlak yang lain seperti menjaga kemuliaan diri (iffah). Buah dari rasa malu adalah ‘iffah (menjaga kehormatan diri). Siapa saja yang memiliki rasa malu hingga mewarnai seluruh amalnya, niscaya ia akan berlaku ‘iffah 5.  Ibnul Qayyim: Malu berasal dari kata hayaah (hidup). Hidup dan matinya hati seseorang sangat mempengaruhi sifat malu seseorang. Hilangnya rasa malu

Sekolah Tun Fatimah : 20180120 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180120 Lawatan Hujung Minggu. Lepak sini petang ni. Makan. Study. Pelik. Macam aman damai pulak tak ramai orang hari ni. Yang tahu. Kebudaks Form 1 aje yang outing. Susah nak dapat suasana tenang gini. Hehehe.

Merayap @ Bandar Baru UDA

Imej
Merayap @ Bandar Baru UDA. Merayap jap tadi. Gi layan kain kat Jakel. Singgah tapau Apam Balik tepi Maybank. Singgah Mydin beli barang Iqa. Sempat tapau DVD untuk kebudaks layan lam kereta. Tak lupa tapau nasi ambeng kat Mat Corner.

Gebooz Gedikz : 20180120 Menghendap

Imej
Gebooz Gedikz : 20180120 Menghendap. Balik tadi nampak dia dok menghendap hujung parit tu. Sampai aje dia dah melepak. Terkejut aku dok depan dia. Marah la tu.

SK Taman Nusa Perintis : Kursus Pemimpin Muda 2018

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Kursus Pemimpin Muda 2018. Hari ni Inaz terlibat dengan kursus ni di sekolah. Hantar jap tadi. Sempat beli sandwich kat Petronas. All the best dik! Balik merayap jap.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Malu Sebahagian Dari Iman

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Malu Sebahagian Dari Iman عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الْإِيمَانِ Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Iman memiliki lebih dari enam puluh cabang, dan malu adalah sebahagian daripada iman".(HR Bukhari No: 8) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Iman memiliki lehih 60 cabang. Sifat Malu adalah sebahagian daripada keimanan seseorang. 2.  Satu daripada sifat orang beriman ialah memiliki perasaan malu untuk melakukan maksiat dan malu jika tidak melaksanakan perintah Allah dan Rasul. 3.  Malu itu menurut Kitab Mukhtashar Jaami’ Al-‘Uluum Wa Al-Hikam ada dua jenis: a.  Malu yang bersumber dari tabiat dan fitrah sejak lahir, ia merupakan diantara akhlak paling mulia yang dikurniakan Allah kepada seorang hamba. b.  Malu yang terhasil dari  usaha dan latihan, yang merupakan pengaruh po

Masjid Jamek Gelang Patah : 20180119 Solat Jumaat

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah : 20180119 Solat Jumaat. Datang awal untuk ceramah. Intipati. Jangan kejar dunia kerana sampai mati pun dunia akan lari meninggalkan kita. Kejar akhirat, dunia akan datang pada kita. Dana untuk pengubahsuaian masih tak cukup RM700k. Kalau ada yang nak menyumbang boleh berbuat demikian.

Home Sweet Home Renovation : 20180119 Testing 75 Degree Stabilizer

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20180119 Testing 75 Degree Stabilizer. Sesaja ngetest tadi. Nanti dah siap aku up sekali video dia. Nak kaki tu aje sebenarnya. Hehehe.

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) Fasa 2 Tahun 2018

Imej
Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) Fasa 2 Tahun 2018 untuk kemasukan ke Tingkatan Satu (1) (Rayuan) Sekolah Berasrama Penuh (SBP), KPM akan dilaksanakan pada 23 dan 24 Januari 2018 bagi calon yang belum menduduki ujian tersebut. Semakan dalam talian Pusat Ujian akan dibuka mulai 20 Januari 2018 hingga 24 Januari 2018. Sila layari laman sesawang berikut untuk keterangan Ianjut. https://sst1.moe.gov.my/ --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

CNY Lazada Shopping Spree : Part 2 of 3

Imej
CNY Lazada Shopping Spree : Part 2 of 3. Semalam. Petang. Sampai dah barang kedua aku ni. 75° Rotation Handle Stabilizer Mini Tripod for Mobile Phone Camera. Belasah aje. Hahaha. Sekali lagi ninja van memainkan peranan pentingnya dengan cemerlang. Terbaeekkk!!!!

Majlis Perutusan Tahun Baharu 2018 KPM : Teks Ucapan dan Slaid Perutusan

Imej
Majlis Perutusan Tahun Baharu 2018 KPM : Teks Ucapan dan Slaid Perutusan. Sesambil nunggu keputusan kat klinik semalam, sempat aku layan ni jap. Paginya dah layan FB live, petangnya layan softcopy. Nak muat turun leh klik pautan berikut : Teks Ucapan https://moe.gov.my/images/KPM/UKK/2018/01%20Jan/TEKS%20YBM%20PERUTUSAN%20TAHUN%20BAHARU%202018.pdf Slaid Perutusan https://moe.gov.my/images/KPM/UKK/2018/01%20Jan/PTB2018_YBM_Final%20precouncil.pdf --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Klinik Kesihatan Mahmoodiah : Bacaan Darah

Imej
Klinik Kesihatan Mahmoodiah : Bacaan Darah. Semalam. Ada appointment untuk bacaan keputusan darah aku itu hari. Lama nunggu kat bahagian rekod bacaan. Jumpa doktor. Alhamdulillah. Tu pun semua hampir ke hujung jugak la. Yang dia bulatkan tu bacaan untuk hati. Hari tu hampir 80. Memang patut la aku kena diet bagai. Jauh lari tu. Apapun. Doktor kata aku takde gout lah. Hehehe. Tu jer nak cakap. Lepas ni teruskan fisio aje.

Home Sweet Home Renovation : 20180116 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20180116 Progress. Makin tertutup dah.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Malu Suatu Kebaikan

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Malu Suatu Kebaikan حَدَّثَنَا آدَمُ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَبِي السَّوَّارِ الْعَدَوِيِّ قَالَ سَمِعْتُ عِمْرَانَ بْنَ حُصَيْنٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَيَاءُ لَا يَأْتِي إِلَّا بِخَيْرٍ فَقَالَ بُشَيْرُ بْنُ كَعْبٍ مَكْتُوبٌ فِي الْحِكْمَةِ إِنَّ مِنْ الْحَيَاءِ وَقَارًا وَإِنَّ مِنْ الْحَيَاءِ سَكِينَةً فَقَالَ لَهُ عِمْرَانُ أُحَدِّثُكَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَتُحَدِّثُنِي عَنْ صَحِيفَتِكَ Telah menceritakan kepada kami Adam telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Qatadah dari Abu As Sawwar Al 'Adawi dia berkata; saya mendengar 'Imran bin Hushain berkata; Nabi SAW bersabda: "“Malu itu tidak mendatangkan sesuatu melainkan kebaikan semata-mata.” Maka Busyair bin Ka'b berkata; "Telah tertulis dalam hikmah, sesungguhnya dari sifat malu itu terdapat ketenangan, sesungguhnya dari sifat malu itu terdapat ketenteraman." Maka Imran

Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : 20180118 More Doodling on Hari EKSA Zon 7

Imej
Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : 20180118 More Doodling on Hari EKSA Zon 7. Sikit ja masa yang kami ada hari ni. Sikit sikit aje. Si Anis ngan Wani sempat posing kat sini bersama hasil yang turut sama diaorang buat. Juga tak lupa tangan shida kat sebelah laptop si Fido tu. Sempat lagi deme contiang tarikh last deme kat sini. Hehehe.

Majlis Penghargaan Shahida dan Pelajar Praktikal SPMICT 2018 : Anis dan Wani

Imej
Majlis Penghargaan Shahida dan Pelajar Praktikal SPMICT 2018 : Anis dan Wani. Masa lunch tadi sempat kami adakan majlis ringkas untuk tiga orang yang bakal meninggalkan SPMICT pada minggu depan. Shahida yang dah bersama dengan kami sejak lebih 9 tahun. Lepas ni shida akan bertukar ke Unit Perkhidmatan A, SKPP. Semoga kecemerlangan diteruskan ditempat baharu. Juga pada Anis dan Wani yang menamatkan latihan industri mereka pada hari ni. Ada sedikit drama air mata walau baru nak mula. Hehehe. Selesai ja makan minum kami posing ramai ramai kat sudut luar tu. Bila lagi nak posing kan. Semoga suka duka pahit manis ketika bersama di SPMICT akan jadi kenangan terindah. Walau di mana anda berada, buat sehabis baik. All the best! Pada yang tak dapat join terutama pada KS, nanti kita return semula ye. Hehehe.

Mesyuarat Penyelarasan Maklumat dan ICT Negeri Johor Bil.1/2018

Imej
Mesyuarat Penyelarasan Maklumat dan ICT Negeri Johor Bil.1/2018. 17 Januari 2018. Alhamdulillah. Berjaya juga dilaksanakan walau ditunda sehari kemudian. Actually. Hampir semua meeting besar pada 16 Jan tu ditunda untuk beri laluan kepada lawatan Timbalan Menteri ke sekolah Johor. Apapun. Tahniah pada semua yang hadir dalam mesyuarat besar kita kali ni. Halatuju 2018 dibincangkan supaya dapat direalisasikan dengan berkesan. Terima kasih pada unit pembestarian dan media dari BTPN serta unit ICT SPA yang turut hadir sama. Semoga kita dapat bekerjasama erat dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kita pada sekolah-sekolah negeri Johor. Terima kasih pada wakil Utusan yang turut sama hadir dalam membantu melancarkan proses pengagihan tablet pada semua guru Johor yang layak bermula minggu depan. All the best to all! ps : jarang kan dapat nengok aku berblazer. kalau bukan pasal cuaca sejuk ni. memang tak ler. hehehe.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Dosa Besar Derhakai Ibu

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Dosa Besar Derhakai Ibu عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الْأُمَّهَاتِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ وَمَنَعَ وَهَاتِ وَكَرِهَ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ Dari Al Mughirah bin Syu'bah berkata; Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kalian durhaka kepada ibu, mengubur anak perempuan hidup-hidup,  mempercayai setiap khabar yang tak tentu  sumbernya, banyak bertanya dan menyia-nyiakan harta (boros)".(HR Bukhari No: 2231) Status: Hadis Sahih Pengajaran: Rasulullah melarang setiap Muslim daripada melakukan perkara berikut: 1.  Mendurhakai ibu 2.  Menanam anak perempuan hidup-hidup 3.  Mempercayai kepada khabar yang tidak pasti sumbernya (sama ada melalui lisan juga media sosial seperti FB, Twiter, Whatsapp, Telegram, Akhbar, TV dan lain-lain) lalu di sebarkan (forward). 4.  Banyak bertanya y

CNY Lazada Shopping Spree : Part 1 of 3

Imej
CNY Lazada Shopping Spree : Part 1 of 3. Kebetulan pulak si Inaz nak MP3 player sama macam iqa. Jenuh cari tapi tak jumpa. At last aku nengok kat Lazada. Jumpa. Kena pulak time CNY ni. Tiga benda aku borong. Cash out Nuffnang. Dapat la aku nyopping 3 benda untuk sesaja seronokkan diri. Ni yang first tiba. Ada dua lagi yang mana satunya opkos la MP3 player inaz tu kan. Memang terbaeeekkk!!!! team ninja van ni. Dapat mesej nak hantar. Call bila nak sampai. Marbeles beb. Dua SanDisk Ultra ni untuk dua cam aku; satu untuk Samsung Galaxy Camera, satu untuk SJ4000. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Nasi Ayam Thai Mustakim

Imej
Nasi Ayam Thai Mustakim. Bala. Bala. Semalam gi makan nasi ayam. Mus ngengade pulak ngoder Nasi ayam thigh. Ada orang sebut thigh ke kalau nak part ada bontot eh. Aku nengok je muka yang amik order tu. Rasa mesti datang benda lain dah ni. Sesambil ngerling dia tulis apa sebab dia macam dah blank bila tanya mus sekali lagi. Dia tulis Thai. Hahaha. Mesti kena nyer la lepas ni. Betul. Sekali datang nasi ayam penyet daaa... Hahaha. Tu sib baik lagi tu. Sebelum ni mus pernah kena datang nasi goreng petai. Kui kui kui. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Infografik JPN Johor : Pengurusan Data Berintegriti

Imej
Infografik JPN Johor : Pengurusan Data Berintegriti. Kelmarin lagi patutnya dah dapat diedarkan. Tapi disebabkan ada pertindanan tugas lain yang lebih mendesak, kita KIV jap. Semalam baru dapat setelkan last infografik. Aku taknak ada yang tercicir. Nak empat empat sekali jalan. All the best pada semua. Pastikan pengurusan data berintegriti untuk 2018. 'Data kita. Wajah kita. Maruah kita'. 

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) JPN Johor : Lapor Diri Pembantu Tadbir baharu

Imej
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) JPN Johor : Lapor Diri Pembantu Tadbir baharu. 15 Januari. Hari ni proses lapor diri resuffle Pembantu Tadbir bermula. SPMICT pun turut sama kali ni di mana Shahida akan ditukarkan ke Unit Perkhidmatan A. Tempat Shida akan diisi oleh Farrah dari Unit Perkhidmatan C. 22 Januari Farrah akan mula. Selamat datang Farrah ke SPMICT. Selamat maju jaya buat Shida dan Farrah di tempat baharu. All the best pada keduanya. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Keredaan Ibubapa dan Keredaan Allah

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Keredaan Ibubapa dan Keredaan Allah عَنْ عَبْدُ الله بن عَمْرٍو رضي الله عنهما قال قال رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: رِضَى اللهُ فى رِضَى الوَالِدَيْنِ و سَخَطُ الله فى سَخَطُ الوَالِدَيْنِ Dari Abdullah bin ‘Amrin bin Ash r.a. ia berkata, Nabi SAW telah bersabda: “Keredaan Allah itu terletak pada keredaan kedua ibubapa, dan murka Allah itu terletak pada murka kedua ibubapa”. (HR At-Tirmidzi No: 1821) Status: Hadis ini dinilai shahih oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim Pengajaran: 1.  Reda Allah terletak kepada reda kedua ibubapa, kerana Allah memerintahkan untuk mentaati orangtua. 2.  Imam Al Ghazali: Termasuk adab anak kepada kedua ibubapanya ialah mendengarkan perkataannya, mentaati perintahknya, tidak berjalan di hadapannya, tidak meninggikan suara di sisinya, serta berusaha untuk mendapatkan keredaannya. (lihat, Faidh Al Qadir, 4/33) 3.  Berbakti kepada kedua orang tua sering sekali disebutkan dalam Al-Quran, bahkan digandingkan dengan tuntun