Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PAK21

Kempen Guru Pembelajaran Abad Ke-21

Imej
Kempen Guru Pembelajaran Abad Ke-21 ini adalah untuk menggalakkan para guru untuk berkongsi kaedah Pembelajaran Abad Ke-21 secara kreatif dan interaktif. Inisiatif ini adalah untuk menggabungkan kaedah-kaedah pembelajaran yang unik dan menarik bagi memupuk 4K1N dalam kalangan pelajar di samping memberikan penekanan terhadap pencapaian akademik yang lebih baik. Dalam konteks Malaysia, Pembelajaran Abad Ke-21 terbahagi kepada 4K1N iaitu: - Komunikasi - Pemikiran Kritis - Kreativiti - Kolaboratif - Nilai Murni & Etika “GURU KREATIF BAKAL MELAHIRKAN MURID-MURID YANG LEBIH CEMERLANG” merupakan ungkapan yang dizahirkan sejak implementasi PAK21 di Malaysia. Pembelajaran Abad Ke-21 telah bermula sejak 2015 dan pasti kita mempunyai guru yang begitu kreatif dalam menyampaikan sesi pengajaran di dalam mahupun di luar bilik darjah. Inilah peluang terbaik untuk kongsikan kaedah pembelajaran masing-masing dalam bentuk video mahupun bertulis. 10 guru terbaik bakal dilatih secara profe

Bengkel Penyelarasan Pentaksiran Kompetensi dan Literasi Matematik dan Bacaan (PKLSMB) di bawah inisiatif PAK21

Imej
Bengkel Penyelarasan Pentaksiran Kompetensi dan Literasi Matematik dan Bacaan (PKLSMB) di bawah inisiatif PAK21. 4 Mei aku ke Kluang. Sekolah Bandar T6. Ada bengkel PKLSMB. Hmmm... Agak menarik. Semua sekolah akan terlibat. Ngeri nengokkan spec PC yang agak tinggi berbanding yang ada di sekolah. BTP tak over berkenaan peralatan yang bakal digunakan. Hope for the best.

Mesyuarat Penyelarasan Tugas Konvensyen PAK21 Negeri Johor 2017

Imej
Mesyuarat Penyelarasan Tugas Konvensyen PAK21 Negeri Johor 2017. Hehehe. Masuk yang lama lama lagi ye. Meeting bersama dengan wakil UTHM. Tapi sebelum tu masuk MPT dulu. Aku pun dah tak ingat apa yang aku bentang masa tu. Kekeke. Turun lif. Wahhh.. Dah ada pemakluman bantuan kecemasan. Satu pembaharuan yang memberansangkan. Masuk dalam bilik meeting. Seronok. Banyak benda baharu dapat aku kenal terutama aplikasi Zappar. Sama macam QR Code. Lebih interaktif. Ada komunikasi dua hala. Cumanya. Nak create code kena bayar. Tu jer yang nak kena fikir untuk personal use terutamanya. Hope for the best!