mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Jenjalan Cari Makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenjalan Cari Makan. Papar semua catatan

Isnin, 19 Februari 2018

Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Taman D'Utama, Johor Bahru


Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Taman D'Utama, Johor Bahru. Masa balik ke Gelang Patah, tetiba teringat gerai gerai kat sini. Alang alang dah dekat. Terus aje cilok masuk. Nak kata lapar tak la lapar sangat. Dah tibai Ayam Goreng Uncle Bob kat Bazar Karat sebelumnya. Tapau minum segala jenis air + susu. Iqi ngan Jagung Susu, Ici ngan Laici Susu dan Inaz ngan Tembikai Susu. Kat sini kami order berpasangan aje. Mama ngan Iqi makan mee goreng. Iqa ngan inaz ngan nasi goreng. Aku je solo. Sup Ayam pedas ngan nasi. Rasa. So so la. Portion memang banyak. Makan berdua pun masih tak habis. Mee OK. Sup Ayam ngan Nasi Goreng macam biasa aje.

Ahad, 18 Februari 2018

Jenjalan Cari Makan - On Video : Cendol Sathar, Simpang Renggam


Jenjalan Cari Makan - On Video : Cendol Sathar, Simpang Renggam. Singgah jap on the way back from Kluang. Tempat kegemaran mustakim sejak baby katanya. Layankan aje.

Jumaat, 16 Februari 2018

Jenjalan Cari Makan : Special Mee Bandung Udang Galah Muo Ori, Tanjung Agas, Ledang


Jenjalan Cari Makan : Special Mee Bandung Udang Galah Muo Ori, Tanjung Agas, Ledang. Tempat lepak lama. Terletak di deretan kedai sebelah Sekolah Sains Muo. Layan team TKS makan makan sementara nunggu slot malam. Meme terbaekkk!!!! kawasan ni. Udang galah kot. Sepinggan kurang kurang 3 ekor. Siap gi tapau Murtabak Singapore lagi gitu. Layannn. Mama pun suka jugak area ni. Murah dan sedap. Aku. Tumpang nengok je. Tapau nasi ayam penyet sama air markisa untuk berbuka depan TV sambil layan episod akhir Kekasih Paksa Rela. Ending tak best seperti yang dijangka. Hehehe.

Jenjalan Cari Makan : Selera Johor @Segget, Johor Bahru


Jenjalan Cari Makan : Selera Johor @Segget, Johor Bahru. 11 Februari. asalnya nak gi makan kat Vanggey. Sekali tutup daa.. Memang Tuhan nak buka peluang untuk aku gi makan kat sini la. Nice. Gelas ala hipster kot. Nasi ayam penyet pun marbeles. Yang tak best cuma bau kurang menyenangkan kat sini. Sib baik lepak luar dengan udara sepoi sepoi bahasa dari kawasan sekitar.

Sabtu, 10 Februari 2018

Jenjalan Cari Makan : Restoran Mak Teh, Johor Bahru


Jenjalan Cari Makan : Restoran Mak Teh, Johor Bahru. 30 Januari. Antara tempat yang penuh ngan pilihan lauk yang best. Menarik. Memang best lah. Kalau ikut jaman student dulu cam Pak Ali kat Taman U sana tu la.

Rabu, 31 Januari 2018

Jenjalan Cari Makan : Gerai Cendol Sathar, Simpang Renggam


Jenjalan Cari Makan : Gerai Cendol Sathar, Simpang Renggam. Beria betul si Mus nak bawak kami makan cendol Sathar ni. Kebetulan memang dalam laluan, jadi singgah la dulu. Hmmm. Apa aku nak cakap ya. Bagi aku ok ok la. Orang memang ramai kat sini. Kata Mus. Bahan dia semua buat sendiri. Ori la senang cakap. Boleh la kalau nak try. Aku tak rasa best sangat sebab aku just makan cendol jagung aje banding deme yang makan cendol sepesel tu. Layan aje ler. Tu pun masih rasa kacang merah yang kuat kat cendol jaung aku tu.

Isnin, 22 Januari 2018

Jenjalan Cari Makan : Ayam Penyet Z&Z, Bandar Penawar


Jenjalan Cari Makan : Ayam Penyet Z&Z, Bandar Penawar. Gerak semula ke Bandar Penawar sambil layan scenery Bayu Damai ni. Hajat nak ke PBT dahulu. Tapi sampai pun dah lajak waktu lunch. Singgah makan dulu di sini. Asalnya nak makan belangkas katanya. Sib baik tutup. Kekeke. Boleh tahan ramainya orang kat sini. Sempat tawaf sekali baru dapat meja. Tak lama lepas tu team adi sampai. Boleh tahan rasa dia. Patut la ramai orang.

Ahad, 21 Januari 2018

Jenjalan Cari Makan : Restoran ZZ Sup Tulang, Damansara Aliff


Jenjalan Cari Makan : Restoran ZZ Sup Tulang, Damansara Aliff. Lepas setel semua urusan kat Kompleks SME terus blank jap. Nak makan kat mana ni. Tetiba aje si Mus keluo idea dia. Restoran Sup Tulang ZZ kat Damansara Aliff. Belasah aje ler. Yang best nya. Pakat makan nasi campur aje pun. OK jugak la. Terliur tul aku nengokkan daging masak merah dia. Amik la barang 3 ketul. Hahaha. Kalau tergigit rezeki katanya. Hahaha. Meja a bit terhad sebab dia pakai stail meja dedulu tu. Macam cerita P Ramlee kena pow makan beef steak lam Bujang Lapok tu.

Ahad, 14 Januari 2018

Jenjalan Cari Makan : Restoran Ayam Penyet Jakarta, Taman Perling


Jenjalan Cari Makan : Restoran Ayam Penyet Jakarta, Taman Perling. Gedebak gedebik kat Bukit Indah, sedar sedar dah jam 1 petang. Mana taknya. Dari jabatan tadi pun kami dah keluar around 12.30 tengah hari kot. Hehehe. Pusing pusing jenjalan. at last kami pilih nak makan kat Jakarta. Hahaha. Memasing milih menu lelain. Last last adi ikut Zaid la pulak. Tapi. Memang nampak menarik tul Nasi Talapia Penyet dia. Kalau la aku leh makan, memang aku pun nak. Mus amik gambo gego tul la. Tak bedong kot tangannya nih.

Rabu, 10 Januari 2018

Jenjalan Cari Makan : Restoran Rumah Molek


Jenjalan Cari Makan : Restoran Rumah Molek. Ingatkan nak makan nasi ayam salai. Sekali takde la pulok. Dah merayap. Sekali nampak restoran ni. Singgah jap aje ler. Layan.

Ahad, 7 Januari 2018

Jenjalan Cari Makan : R&R Bistro


Jenjalan Cari Makan : R&R Bistro. Lunch hari ni kami gi dekat dekat aje. Kengkonon nak buat meetims lepas ni. Kengkonon la kan. OK la. Tempat pun dah makeover habih dah. Sesekali aku teringat Singgah Selalu. Ada kucen sekor dok ngendeng adi ngan mus. Aku dia tak datang pulak. Try la. Meme nice la tempat dia. Cendol je takde. Hahaha.

Jumaat, 5 Januari 2018

Jenjalan Cari Makan : Nasi Vanggey di penghujung 2017


Jenjalan Cari Makan : Nasi Vanggey di penghujung 2017. 31 Disember 2017. Sakan sungguh korams ni yer. Selesai majlis bersama TKPPM Operasi, mengambil peluang sambutan hujung tahun 2017; waktu lunch kami pakat ramai ramai gi vanggey. Layan juga kalu makan nasi vanggey tengahari ni.

Isnin, 25 Disember 2017

Jenjalan Cari Makan : Restoren Nasi Vanggey, Johor Bahru


Jenjalan Cari Makan : Restoren Nasi Vanggey, Johor Bahru. Yang ni memang serius aku pun pelik macamana tetiba main sebut aje tetiba sampai. Belasah macam biasa la apa lagi. Layan beb. Dah nama dedua utara kot. Taste lebih kurang aje. Kekeke. Memang marbeles kuah banjir melimpah dia. aku suruh taruk yang pedas tu lebih.

Sabtu, 23 Disember 2017

Jenjalan Cari Makan : Asam Pedas Madu Tiga


Jenjalan Cari Makan : Asam Pedas Madu Tiga. Angah ni memang pantang dia kalau dah ke Pekan Nenas, wajib singgah Asam Pedas Madu Tiga. Kena pulak dok harung jem tadi. Memang kena sengsangat la kan. Perut pun dah minta diisi. Berenti. Asal tapau dah jadi makan sini. Layan aje ler.

Rabu, 20 Disember 2017

Jenjalan Cari Makan : Damai Seafood


Jenjalan Cari Makan : Damai Seafood. 18 Disember. Sempat gi makan lunch sini. Sesambil ngetest food. Kalau OK kita leh wat hi tea kat sini nanti. Kami datang berempat. Makan udang butter nestum, ayam lemon madu, nasi goreng damai dan air fresh oren. Ambil medium khas untuk 4 orang. Boleh tahan juga rasanya. Aku tak sentuh ye udang tu. Amik nestum dia aje. Total semua RM90. Not bad. Ada kucen itam ekor kontot kaki pendek cam gebooz. Sempat la tapau gosok gosok lepas makan. Balik. Siap fadzli dapat KPI baharu tu sama mus. Durian hunter.

Sabtu, 16 Disember 2017

Jenjalan Cari Makan : Cakoi Mr Sam


Jenjalan Cari Makan : Cakoi Mr Sam. At last. Dapat jugak aku singgah sini. Asyik asyik lalu tutup aje. Berenti ngan mustakim. Harga untuk yang spesel adalah 1 set RM5. Aku amik dua set. Topping ikut suka dia. So. aku dapat 4 topping. 1 coklat, 1 cappucino, 1 ayam floss, 1 lagi aku sendiri dah lupa, tapi siap mayonis gitu. Memang marbeles. Terutama yang coklat tu. Terbaeekkk!!!!

Khamis, 14 Disember 2017

Jenjalan Cari Makan : Nasi Ayam Talib, Gelang Patah


Jenjalan Cari Makan : Nasi Ayam Talib, Gelang Patah. Balik singgah sini jap. Dah penat kot seharian. Sini yang best ada dua. Yang pertamanya adalah Nasi Ayam dia dengan sos super pedas. Yang keduanya adalah chicken chop yang ici sebut cocop. Kui kui kui. Try dulu baru tau. Parking depan kedai dia sangat terhad. Nak tak nak terpaksa aku turunkan mama depan kedai dia dan aku gerak ke Terminal Bas GP untuk parking. Sahih la penuh ngan snap snap kan. Kekeke. Mama sempat tapau rojak super best makcik sebelah lagi. Rojak orang lama kata nenek. Memang best!

Jenjalan Cari Makan : Asam Pedas Taman Desa Rahmat


Jenjalan Cari Makan : Asam Pedas Taman Desa Rahmat. Singgah jap sebelum hantar iqa tadi. Makan ikan merah. Aku cam biasa la ayam goreng kuah banjir. The girls semua mempunyai pendapat yang sama. Tok leh lawan asam pedas madu tiga. Kalau nak banding ngan Asam Pedas Selera Johor pun masih tok leh lawan. Apapun. Semua kata cempedak goreng kat sini best! Hehehe.

Jumaat, 1 Disember 2017

Jenjalan Cari Makan : Asam Pedas Madu Tiga


Jenjalan Cari Makan : Asam Pedas Madu Tiga. On the way back semalam, singgah gerai biasa kegemaran kebudaks. Nak asam pedas katanya. Amik dua potong isi ikan merah, kuah extra, ayam goreng kunyit dan telur dadar. Marbeles. Sampai menjilat jari gitu. Kekeke. TQ amikkan gambo kami

Jenjalan Cari Makan : Durian Lata Seri Pulai


Jenjalan Cari Makan : Durian Lata Seri Pulai. Actually. Sukar jugak aku nak gambarkan kat mana lokasi gerai derian ni. Tapi. Secara mudahnya. Letaknya betul betul berhadapan dengan jalan masuk ke Lata Seri Pulai. Harga diletakkan RM18 sekilo. Rasanya. Hmmm. OK la. Yok! Kami singgah masa nak gerak balik semalam.